Monday, 1 December 2014

BENCANA ALAM TIADA SIAPA YANG MENDUGA

TEKS : SARIAH AWANG SENIK
SUMBER : SENDIRI
http://sariahawangsenik.blogspot.com

APABILA HAMPIR SAHAJA PENGHUJUNG TAHUN PELBAGAI PERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU. ANTARA YANG PALING KETARA ADALAH MUSIM HUJAN DAN BERKAIT RAPAT DENGAN BENCANA BANJIR YANG BERLAKU, TERUTAMANYA DI NEGERI-NEGERI PANTAI TIMUR, KHUSUSNYA KELANTAN, TERENGGANU DAN JUGA PAHANG.

TETAPI MUSIM HUJAN INI JUGA BERLAKU DI BEBERAPA NEGERI YANG LAIN , TERUTAMANYA SELANGOR DAN JUGA PERAK. MUNGKIN ADA HIKMAHNYA TUHAN MENDUGA KITA DENGAN SEMUA KEJADIAN BENCANA ALAM INI. MANUSIA SEKARANG BERTINDAK TERLALU RAKUS DEK KERANA MENGEJAR ARUS PERMODENAN. KEBANYAKAN HUTAN DAN JUGA BUKIT DIRATAKAN UNTUK MENDIRIKAN KAWASAN PERUMAHAN. HUTAN YANG SEPATUTNYA MENJADI TEMPAT PENAKUNGAN AIR , DITERANGKAN UNTUK MENDIRIKAN PELBAGAI JENIS PERUMAHAN. BINATANG-BINATANG LIAR HILANG TEMPAT TINGGAL HABITATNYA DAN AKAN PUPUS BEGITU SAHAJA.

APABILA INI SEMUA INI BERLAKU, BERMAKNA BUMI DAN JUGA ALAM SEKITARNYA BERADA DI DALAM KEADAAN YANG TENAT. APABILA SEMAKIN PARAH, MAKA TUHAN AKAN MENURUNKAN SESUATU UNTUK MEMBUAT MANUSIA SEDAR AKAN KESILAPAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.  APA SAHAJA BAKAL BERLAKU DI SEKELILING KITA. BENCANA ALAM YANG BERLAKU ADALAH PETANDA BAHAWA KITA SEMAKIN LEKA DAN ASYIK DENGAN DUNIA KITA YANG TERSENDIRI. BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR , TANAH RUNTUH ATAUPUN APA SAHAJA
SEMUANYA BOLEH BERLAKU KEPADA KELUARGA, JIRAN TETANGGA, ATAUPUN SESIAPA SAHAJA.

MAKA DENGAN ITU KITA HARUSLAH BERSIAP SEDIA DENGAN SEMUA KEMUNGKINAN INI . HARUS MEMPUNYAI SIKAP BERHATI-HATI DAN JUGA BERSIAP SEDIA DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN DAN APA SAHAJA BENTUK BENCANA ALAM YANG BAKAL TERJADI. KITA HARUS BERINGAT BAHAWA MALANG TIDAK BERBAU. DAN BERHATI-HATILAH SELALU.

CORETAN ALAM
SARIAH AWANG SENIK

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

INGIN MEMILIKI KEDAI ONLINE DENGAN  HARGA MAMPU MILIK?
SEMUA INI BOLEH DIMILIKI DENGAN PAKEJ YANG DISEDIAKAN DARI AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH ATAUPUN NAMA SINGKATANNYA ABDR.
ANDA JUGA BERPELUANG BELAJAR MENULIS BLOG TENTANG PERNIAGAAN DAN JUGA PERKHIDMATAN ANDA.
ANDA TELAH BERSEDIA DAN INGIN KETAHUI LEBIH LANJUT, HUBUNGI SAYA SARIAH, SALAH SEORANG PENGURUS ONLINE DI NO 019-4075634 ATAUPUN EMAIL sariah.awangsenik@gmail.com.
BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA DI WHATSHAPP DI NO YANG SAMA.

SEKIAN.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...