Tuesday, 9 December 2014

RINDU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, syukur masih di beri khudrat oleh Allah untuk menulis di blog yang tidak seberapa ini. Sebenarnya telah hampir 2 minggu lebih anak dara kesayangan berada di rumah mak saudaranya menghabiskan cuti persekolahan ini. Selalunya jarang sekali berada berjauhan lama dengan buah hati kesayangan ini.

Berbanding dengan abangnya, anak dara kesayangan ini seorang yang suka bercakap dan jarang memendamkan perasaannya. Mungkin sebab hampir setiap hari bersama-sama dan juga menghabiskan masa setiap hari. Kalau tidak sukakan sesuatu dia akan bercakap dan bersuara dari hatinya terus. Dia pandai memujuk dan juga mengambil hati, apabila saya merasa penat dan juga marah.

Kadang-kadang saya dan dia suka bertengkar akan perkara-perkara yang kecil. Selalunya segala masalah, kami akan selesaikan sebaik yang mungkin.
Sejak dia pergi ke rumah mak saudaranya, hati saya sebagai seorang ibu terasa rindu sangat. Kadang-kadang lagi terseksa rindunya daripada rindu orang yang sedang bercinta. Kalau boleh saya nak selalu dan juga peluk dia setiap masa.

Saya gemar memeluk dia walaupun hanya menghantar dia ke sekolah. Selalu dia cakap, " Ibu janganlah peluk adik selalu. Adik malu kawan adik tengok. ". Saya selalu cakap. " Tak pe, biarlah kawan adik tengok. " Itulah yang selalu anak dara kesayangan ini cakap bila setiap hari menghantar ke sekolah.

Apapun saya selalu merasa rindu pada dia hampir setiap saat dan juga masa. Sebagai seorang ibu saya tidak sabar menunggu kepulangannya pada hari Rabu minggu hadapan. Semoga anak dara kesayangan ini menjadi anak yang soleh dan juga solehah. Insha Allah.

Coretan Rindu Damia
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Produk Cheezy Wedges Sauce dan juga Tepung Magik. Boleh di jadikan hidangan ringan anak-anak di musim cuti persekolahan. Harga amat berpatutan.
Boleh di beli secara kombo ataupun berasingan.
Secara kombo ;
@@@ Cheezy Wedges Sauce dan Tepung Magik harga RM 33 sudah termasuk postage.
Secara berasingan ;
@@@ Cheezy Wedges Sauce RM 20 termasuk postage.
@@@ Tepung Magik terdapat di dalam 2 perisa. Spicy dan Orginal. Harga RM 20.

Jika berminat ingin mencubanya, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun sariah.awangsenik@gmail.com

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogspot.com Syukur alhamdulillah. Peperiksaan UPSR pun dah...