Friday, 12 December 2014

BERSYUKUR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kehidupan ini terlalu indah dan penuh dengan warna-warninya yang tersendiri. Setiap hamba Allah di muka bumi ada kehidupannya yang tertentu. Setiap kehidupan yang dilalui oleh seseorang hamba Allah tidak sama diantara satu sama dengan yang lain. Namun apa sahaja bentuk kehidupan dan juga cabaran adalah berbeza-beza.

Mungkin ada yang hidup senang dengan harta dan juga pangkat yang ada. Tetapi tidak kurang juga yang mempunyai kehidupan yang serba kekurangan. Apa pun bentuk kehidupan yang di lalui, kita haruslah bersyukur senantiasa kepada yang maha esa.

Bersyukur adalah tanda berterima kasih di atas segala nikmat yang di beri daripada Allah kepada semua hamba-hambanya. Rasa bersyukur tidak semesti semasa berada di dalam kesenangan, bahkan juga haruslah diluahkan saat di landa kesusahan ataupun sesuatu musibah.

Walaubagaiman pun, kita selalu merasa lalai dan leka dengan segala nikmat yang di beri dan jarang sekali berasa syukur dengan kehidupan yang sedang kita miliki sekarang. Kita selalu merasa bahawa kehidupan orang lain lebih bertuah dan bahagia, padahal kehidupan yang selama ini kita lalui pun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kadangkala perasaan cemburu ataupun iri hati senantiasa menguasai fikiran . Maka atas desakan hati dan perasaan cemburu yang meluap-luap, akan mendorong seseorang untuk bertindak mengikut perasaan dan bukannya akal dan juga fikiran yang waras.

Bersyukurlah atas apa yang kita miliki sekarang. Lihatlah di sekeliling kita. Betapa susah pun kehidupan dan terpaksa melalui pelbagai cabaran, kita dan juga keluarga masih tetap bersama-sama menghadapi. Apabila kita bangun keesokan harinya dan berpeluang bernafas lagi , bersyukurlah kita kerana Allah masih memberi kesempatan kepada kita, untuk menjalankan semua tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada kita.

Akhirkata janganlah kita merasa sombong dan juga bongkak dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Janganlah sesaat ataupun seminit pun kita lupa untuk mengucapkan rasa bersyukur kepada maha pencipta alam ini. Semuanya berada di bawah kawalannya. Dan apa sahaja bakal berlaku di dalam kehidupan kita. Kita ini, hanyalah menumpang di bumi Allah yang serba indah ini.

Coretan Syukur
Sariah Awang Senik

Wishlist :
@@@ Membina impian menubuhkan Yayasan Billary Artesia . Khusus untuk membantu keluarga yang ada anak-anak sakit Billary Artesia ini.
@@@ Ingin memberi sokongan moral kepada ibu-ibu tunggal yang baru melalui process perceraian, sekaligus membina kembali kehidupan yang lebih baik.
@@@ Ingin berjaya  dan juga kaya supaya dapat membuat lebih banyak sedekah.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH
Mencari pendapatan sampingan hanya daripada rumah. Banyak kelas-kelas kemahiran secara online. Masa ditentukan oleh anda sendiri.
Anda telah bersedia dan berminat ingin.ketahui lebih lanjut, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...