Posts

Showing posts from July, 2017

MENJELANGNYA PEPERIKSAAN UPSR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasanya cepat sangat masa berlalu. Anak dara tersayang pun dah berumur 12 tahun. Dulu masa kecil, anak dara ini memang anak yang tidak cerewet. Nama anak dara saya yang seorang ini ialah Nur Damia Rifqah Bin Ahmad Roslan.

Saya panggil dia Damia ataupun Mia. 
Masa nak bersalinkan dia dulu, saya dah terlewat beberapa hari.
Memang tahu dah lewat tapi yang peliknya langsung tidak rasa sakit nak bersalin.

Itulah sebabnya saya terpaksa pergi ke hospital Selayang untuk rujuk kes saya disana. Bila sampai disana, faham-faham jelah apa yang doktor buat.
Dipaksa bersalinlah apa lagi. Sakit rasa terpaksa bersalin ini, lain sikit dari bersalin biasa.

Jujur saya lebih suka bersalin biasa macam arwah kakaknya dan juga abangnya. Tapi dah tidak rezeki nak bersalin cara macam itu. Sejak dari kecil, dia memang tidak banyak ragam. Bila dah besar ini, lain pulak ceritanya.

Hobi dia yang paling utama adalah membaca dan juga suka…

MENULIS SATU TERAPI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rasa macam dah lama sangat tidak menulis ini. Terasa pulak yang traffic pembaca yang singgah baca blog Travelog kehidupan ini makin kurang. Apa pun semuanya adalah salah sendiri.
Kalau konsisten menulis dengan entri-entri yang baru pasti ramai yang akan singgah membaca blog ini.

Jujurnya saya ini sedang berusaha untuk menulis dengan lebih santai lagi. Tidaklah terlalu skema sangat. Nanti bosan pulak orang yang membaca entri ini.

Bila tiap kali nak menulis ini, saya mesti bayangkan seolah-olah bercakap dengan seseorang. Kalau tidak saya masih terikut-ikut​ cara menulis karangan masa nak SPM dulu.

Masa sekolah subjek Bahasa Melayu dan Sastera adalah 2 subjek yang paling saya minat. Tiap kali buat karangan je, pasti ayat-ayat lebih dari beberapa patah perkataan yang telah ditetapkan. Kadang saya rasa menyesal juga sebab tidak belajar betul-betul dalam bidang penulisan ini.

Dulu , diari saya adalah rakan yang paling rap…

TUHAN, JAGAKAN INSAN-INSAN TERSAYANG INI

Image
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogsot.com


Inilah wajah-wajah kesayangan yang senantiasa memberikan kekuatan kepada saya untuk mengharungi seluruh kehidupan ini. Percaya dan yakin bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Abah, mak cik dan juga adik yang paling bongsu sekali.

Tidak lama lagi abah, mak cik dan adik bakal berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada 28 haribulan 7 ini. Syukur setelah hampir 5 atau 6 tahun penantian, akhiratnya cita-cita abah dan makcik termakbul jua.

Sebak rasa mengenangkan segala susah payah abah membesarkan kami adik-beradik sejak arwah emak meninggal akibat penyakit kanser Payudara. Waktu itu, abah menguruskan segala urusan rumahtangga dan menjaga arwah emak sebaik dan semampu yang boleh. Walau banyak kekurangan dan tidak selengkap arwah emak, namun abah telah melakukan yang terbaik buat kami adik-beradik.

Abah banyak berusaha dan juga hidup berdikari . Segala kemahiran a…

RINDU SEORANG IBU

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semakin hari, makin cepat masa berlalu. Hari itu si anak bujang tersayang sudah melanjutkan pelajarannya di Politeknik Kuantan. Yang tinggal hanyalah si anak dara yang selalu tidak sependapat. Apa pun sejak abangnya tidak ada ini, dia makin pandai hidup berdikari dan belajar segala urusan rumahtangga.

Sejak abangnya tidak ada ini, saya kerapkali juga menghabiskan masa bersama. Yalah, tidak lama lagi si anak dara akan menduduki peperiksaan UPSR dan insha Allah ada rezeki, pasti dia nak melanjutkan pelajarannya di sekolah berasrama penuh. Sebagai seorang ibu, saya senantiasa mendoakan yang terbaik buat kedua anak tercinta.

Kata orang naluri seorang ibu itu sangat kuat. Apa saja yang berlaku kepada anak-anaknya, hati seorang ibu itu dapat merasai hal yang sama juga. 

Dengan keadaan saya sebagai seorang ibu sekaligus seorang ayah, terlalu banyak perkara yang perlu saya selesaikan seberapa segera. Bila dah s…

CEPATNYA MASA BERLALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Cepatnya masa berlalu. Sekarang pun dah nak masuk pertengahan bulan 7. Dan tidak lama lagi anak dara tersayang bakal menduduki peperiksaan percubaan UPSRnya. Kalau tahun saya sibuk dengan abangnya yang menduduki peperiksaan SPM . Kini tibalah pula giliran si adiknya pula.

Sekarang anak bujang tersayang telah pun melanjutkan pelajarannya di Politeknik Kuantan di Semambu Kuantan. Alhamdulilah. Syukur seadanya, saya telah berusaha yang terbaik buat kedua anak-anak tersayang. 

Apa pun bukan mudah apabila menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga ayah ini. Bukan mengeluh, malah bersyukur kerana Allah telah memilih saya dalam mengharungi dugaan ini.

Kini hampir bertahun lamanya saya cub membina kembali segala impian yang berkecai satu masa dahulu. Ada hikmah semua ini terjadi. Mengajar saya untuk lebih berdikari dan berusaha lebih gigih lagi dalam membina kehidupan yang bukan saja untuk dunia malah yang pasti…

MEMBULI DAN DIBULI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Rasa ngeri pula, bila dengar macam-macam kes tentang buli. Dan yang jadi makin serius bila perlakuan ini telah menyebabkan kematian. Paling menyedihkan ianya berlaku disalah sebuah pusat pengajian tinggi. Sepatutnya kes buli seperti ini tidak berlaku lagi dimasa hadapan.

Banyak cerita yang tidak sepatutnya tentang kes buli ini. Mengapa dan sebab dan sebagainya , harus diteliti secara lebih terperinci. Semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Sebagai salah seorang ahli dalam sesuatu masyarakat menyalahkan mana-mana pihak , menunding jari dan menghukum bukanlah salah satu langkah yang paling bijak.

Semalam sempat mendengar tentang isu ini yang dibincangkan secara terbuka dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Seorang penceramah terkenal, iaitu Profesor Datuk Muhya ada pandangannya yang tersendiri. Kemungkinan besar, anak-anak yang jadi pembuli ini, dia kurang mendapat perhatian kasih sayang yang secukupnya. 

Buk…

PENGORBANAN DI AIDILFITRI

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogsot.comAlhamdulilah. Syukur seadanya dan terima kasih Ya Allah atas segala rahmat dan anugerahnya.Masa berlalu amat pantas. Sekejap sahaja dah berakhir bulan Ramadan. Dan tibalah bulan Syawal dengan penuh keberkatan dan kerahmatan. Walaupun saya terpaksa berkorban untuk bekerja di hari raya pada tahun ini, saya redha dan pasrah.Percaya semua ini mungkin ada hikmah yang tersendiri.
Pada tahun ini, inilah kali pertama saya menyambut hari raya Aidilfitri hanya bersama anak-anak tersayang dan jauh daripada ayah dan mak cik .Adik-beradik yang tersayang pun hanya sempat berjumpa pada hari raya yang ke tiga. Apa pun saya masih tetap berasa bersyukur, kerana kemeriahan hari raya dapat dirasai saat pergi mengerjakan solat Aidilfitri bersama anak-anak tersayang.Walaupun semua persiapan Aidilfitri hanya ala kadar saja, namun tetap bersyukur atas segala rahmat yang Allah telah tetapkan.Masih lagi dibulan Syawal yang …