Tuesday, 4 July 2017

MEMBULI DAN DIBULI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Rasa ngeri pula, bila dengar macam-macam kes tentang buli. Dan yang jadi makin serius bila perlakuan ini telah menyebabkan kematian. Paling menyedihkan ianya berlaku disalah sebuah pusat pengajian tinggi. Sepatutnya kes buli seperti ini tidak berlaku lagi dimasa hadapan.

Banyak cerita yang tidak sepatutnya tentang kes buli ini. Mengapa dan sebab dan sebagainya , harus diteliti secara lebih terperinci. Semua yang berlaku mungkin ada hikmahnya. Sebagai salah seorang ahli dalam sesuatu masyarakat menyalahkan mana-mana pihak , menunding jari dan menghukum bukanlah salah satu langkah yang paling bijak.

Semalam sempat mendengar tentang isu ini yang dibincangkan secara terbuka dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Seorang penceramah terkenal, iaitu Profesor Datuk Muhya ada pandangannya yang tersendiri. Kemungkinan besar, anak-anak yang jadi pembuli ini, dia kurang mendapat perhatian kasih sayang yang secukupnya. 

Bukanlah nak salahkan semua ibubapa seratus-peratus​ tapi dek terlalu sibuk untuk menambah pendapatan keluarga, adakalanya kita terlepas pandang tentang beberapa perkara. Sebagai ibubapa bila terlalu sibuk dengan segala tugasan yang diamanahkan, pasti kita akan berasa letih apabila pulang ke rumah.

Kalau boleh masa bila sampai dirumah itu, nak semuanya dalam keadaan yang kemas dan menyenangkan hati. Tapi bukan selalu keadaan begitu berlaku. Pulang saja ke rumah terpaksa melayan karenah anak-anak dahulu, mengemas dan juga memasak untuk hidangan keluarga tersayang. Semuanya​ membuatkan kita rasa terlalu penat dan terlupa untuk memberi lebih perhatian terhadap anak-anak tersayang. 

Dalam keadaan yang letih itu, kita akan berasa marah dan minda hanya mahu berehat tanpa diganggu oleh sesiapa saja termasuklah anak-anak. Keadaan ini menyebabkan anak-anak terpaksa membuat sesuatu untuk menarik perhatian kedua ibubapanya. Bila ibubapa kurang memberi perhatian dan asyik memarahi apa saja perlakuan anak-anak, jika setiap hari jadi begitu boleh mencetuskan satu tanggapan yang negatif pada anak-anak.

Sebagai ibubapa kita haruslah lebih menghargai anak-anak kita. Anak-anak adalah amanah Allah yang telah dianugerahkan kepada kita. Terpulang kepada kita ibubapanya untuk mencorakkan masa hadapan yang lebih baik. 

Antara aspek-aspek yang telah Profesor​ Datuk Muhya nyatakan sebagai ibubapa kita haruslah lebih menghargai anak-anak, memberikan kasih dan sayang yang secukupnya. Bukan selalu memarahi dan juga memukul anak-anak. Apa pun sama ada sebagai ibubapa, ahli masyarakat ataupun sesiapa saja, kita haruslah bekerjasama menghadapi isu Buli ini dan sama-sama mengatasinya agar tidak berlaku lagi dimasa hadapan.



Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

TUHAN, JAGAKAN INSAN-INSAN TERSAYANG INI

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogsot.com Inilah wajah-wajah kesayangan yang senantias...