Posts

Showing posts from April, 2014

PROMOSI TUDUNG SHAWL 2 TONE

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi FacebookKoleksi Shawl 2 tone yang cantik dan menarik ini sangat sesuai dipakai untuk ke majlis-majlis istimewa ataupun ke rumah saudara mara.
Diperbuat daripada kain Chiffon yang ringan dan selesa.
Panjangnya 68 dan lebarnya adalah 20.Terdapat di dalam pelbagai warna-warna yang menarik. Harga amat berpatutan. Jika berkenaan bolehlah hubungi saya :

Sariah 019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Facebook Sariah Awang Senik

KAPSUAL MANJAKANI ASLI

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi SendiriIngin menghilangkan masalah kewanitaan dengan tidak memerlukan belanja yang banyak, mampu menyelesaikan masalah kewanitaan yang dihadapi selama bertahun-tahun. Inilah dia Kapsual Manjakani Asli. Ramuan yang diadun asli dan tidak mempunyai bahan kimia yang lain.
Dapat mengatasi masalah kewanitaan seperti :
- Kedatangan haid yang tidak teratur
- Selalu merasa letih, lesu dan tidak bersemengat
- Masalah keputihan
- Peranakan jatuh
- Masalah hubungan intim di dalam rumahtangga
- Sebagai langkah awal mencegah barah rahim
- Menghadapi masalah anggota sulit wanita yang longgar dan berbauDengan mengamalkan pengambilan Kapsual Manjakani Asli, badan akan terasa lebih segar dan bersemengat dan kebaikannya ialah :
- Lebih sihat dan ceria
- Hubungan suami dan isteri kembali ceria
- Merapatkan kembali anggota sulit wanita
- Anggota sulit wanita bebas daripada masalah bau dan juga keputihanTestimoni:
Sejak mengamalkan pengambilan Kapsual Manjakani Asli, badan ter…

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : GoogleTiada kata yang tidak dapat diungkap tatkala menunggu keputusan yang diberikan oleh pihak yang berkuasa. Hari ini segala urusan dan rancangan yang diatur, semuanya berjalan dengan lancar. Hampir bertahun lamanya, segala tuntutan ini cuba di selesaikan sebaik yang mungkin. Walaupun keputusan dan tuntutan yang diterima tidak sebanyak mana, namun hati ini tetap bersyukur dengan segala ketentuan yang telahpun ditetapkan oleh Allah SWT.Akan tetapi , selepas ini bakal berhadapan dengan cabaran yang lebih besar dan juga dugaan yang maha hebat bagi memastikan segala tuntutan dapat di bayar setiap bulan. Jumlah yang diterima memang tidak mencukupi tetapi dapat  membantu di saat di landa kesusahan. Masih teringat saat pertama kali terpaksa melalui segala peraturan-peraturan yang telah di tetapkan, terlalu banyak dugaan dan cabaran untuk menfailkan semua tuntutan ini dimahkamah. Sebaik sahaja berpisah, segala tuntutan nafkah terus difailkan di mahkamah, ga…

AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk berkongsi idea dan juga pengalaman.
Secara jujurnya, hampir beberapa tahun yang lepas cuba mencari informasi dan juga maklumat di alam maya ini yang dapat memberi manfaat sekaligus membuka peluang untuk memajukan diri dan juga keluarga. Masih ingat beberapa tahun yang lepas apabila terjumpa suatu perkataan yang mengatakan boleh bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan untuk keluarga. Ketika itu hanya mampu menjadi pemerhati tetapi sikap ingin tahu di dalam diri senantiasa menghantui diri ini. Hinggalah suatu saat berkenalan dengan seorang wanita yang hebat yang juga sekarang guru online iaitu Anys Idayu Zakaria yang telah membuka peluang dan juga minda tentang kebaikan menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini.

Tidak disangka rupanya wujud kelas yang diadakan secara online mengikut kesesuaian masa kita dirumah. Antara kelas yang diadakan secara online adalah;
- Kelas asas blog dan pe…

PROMOSI TERHEBAT NOVEL DARI EMP

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber: Koleksi SendiriTentu anda minat membaca novel dan sering meminjam daripada kawan-kawan untuk membaca novel kegemaran anda. Anda teringin membeli novel dengan harga yang paling berpatutan tetapi dapat memiliki novel yang bukan sahaja 1 buah buku novel malah daripada satu buah novel.Kini di EMP sekarang menawarkan jualan kombo untuk 5 buah tajuk novel yang.terpilih. Antara tajuk yang menjadi pilihan EMP yang dijual.secara kombo ialah,
- Kabus Rindu - Monalita Mansor
- Kerana Dia Bidadari Syurgaku- Nana Rumaysa
- Hati Yang Kau Sentuh- Siti Hanisah
- Suami Terhangat- Rafina Abdullah
- Kerdipan Bintang Cinta- Yumi ZinnitaKesemua 5 buah novel ini boleh didapati secara kombo dengan harga RM100 . Tawaran ini sedang terbuka dan akan ditutup tidak lama lagi. Jika ada yang berminat ingin memiliki novel ini, bolahlah hubungi saya Sariah 019-4075635 ataupun melalui email saya sariah.awangsenik@gmail.com. Cepat dapatkan novel ini semua sementara stok masih ada.Sekian Te…

CARA UNIK ORANG CINA BERNIAGA

Image
Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

Hampir bertahun-tahun lamanya bekerja dan menetap di sini. Dahulu terasa agak kekok bertemu dan melayan karenah para pelanggan yang bermacam-macam dengan ragam. Walaupun hanya sebagai satu kedai minumam yang terletak di tepi highway menghala arah ke Kuala Lumpur, namun segala produk dan beberapa jenis minuman semuanya diusahakannya sendiri. Tuan punya kedai ini adalah bangsa Cina dan amat pandai menguruskan perniagaan walaupun empayar perniagaannya tidaklah sehebat mana. Namun cara bagaiman dia melayan kehendak pelanggan, itulah daya tarikan utama pelanggan akan berkunjung lagi ke kedai ini. 

Perniagaan yang diusahakan, sebenarnya adalah " Family Bisness" ataupun turun temurun daripada datuk ke ayah dan juga cucu-cucunya. Nama produk yang diusahakannya hampir berpuluh abad lamanya. Penulis sendiri belum wujud lagi ke dunia ini, tetapi produk dan perkhidmatan telah pun wujud. Apa yang di kongsika disini bukanlah bertujuan untuk…

MUSIBAH SEBAGAI SUATU RAHMAT

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi GoogleTiada siapa yang mahu ditimpa sesuatu musibah dan juga dugaan di dalam kehidupan. Rata-rata hampir semua daripada kita impikan sebuah kehidupan yang aman dan bahagia. Sepanjang perjalanan hidup seseorang, semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.Kekadang apabila membina sebuah kehidupan, kita selalu berharap akan kebahagiaan akan selalu berada di samping kita. Namun tanpa diduga, musibah datang dan sebagai seorang hamba Allah, kita harus menghadapinya dengan penuh redha dan takwa.
Sebenarnya sesuatu dugaan dan juga musibah yang datang dan hadir didalam kehidupan seharian terlalu banyak hikmahnya yang tersendiri.
Apabila musibah berlaku di dalam kehidupan seseorang, kita selalu berfikir, kenapa kita diuji, mengapa aku yang dipilih untuk menghadapi semua permasalahan ini. Kenyataan yang sedemikian bukan sahaja melemahkan kekuatan keimanan seseorang bahkan menjadikan diri seseorang tidak redha dengan segala yang berlaku di dalam kehidupannya…

BIASA KEPADA YANG LUARBIASA

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : GoogleAgak lama tidak menulis entri baru untuk ruangan kesayangan ini. Bertapa banyak halangan dan dugaan untuk terpaksa di lalui di dalam berbuat sesuatu yang baru dan berfaedah. Selama ini diri sudah terlalu lama berada di zon hinggakan terlepas banyak peluang dan juga rakan-rakan yang baru. Mungkin ada hikmahnya berlaku sesuatu musibah di dalam diri seseorang. Jikalau tidak berlaku sesuatu perkara ataupun sesuatu dugaan , seseorang tidak akan pernah belajar daripada sebuah kesilapan. Kebiasaannya diru sudah terbiasa melakukan hal-hal yang biasa, umpamanya menguruskan rumahtangga dan anak-anak dan sebelah petang pula memulakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tetapi sekarang walau perbezaannya tidak banyak daripada segi tugas dan tanggungjawab namun semua nya itu bakal berubah. Ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita luar biasa kerana hampir terlalu lama menjadi wanita biasa yang hanya menguruskan rumahtangga dan anak-anak.Ingin …

KEGIATAN HARIAN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : GoogleAssalamulaikum, alhamdulilah bersyukur kepada Allah SWT kerana masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan kesayangan ini. Sebenar nya terlalu banyak urusan dan juga perkara yang penting yang harus diselesaikam terlebih dahulu.
Antara perkara penting itu, adalah menguruskan anak pergi ke sekolah di samping memastikan segala kerja sekolahnya berjalan dengan lancar. Memang sejak anak perempuan yang seorang ini memegang pelbagai jawatan di sekolah, masanya agak sibuk dan kekadang dia akan mengalami keletihan . Selesai dengan menguruskan anak-anak disebelah pagi, kini tibalah untuk mengemas rumah dan juga memasak untuk diri sendiri juga anak perempuan tersayang. Setelah siap semua urusan berkaitan dengan rumahtangga, maka sampailah giliran perniagaan atas talian yang sudah berjalan lancar selama hampir beberapa bulan kebelakangan ini.Terlalu banyak perkara yang remeh temeh yang perlu diselesaikan secara beransur-ansur. Namun berkat doa dan …

BENGKEL BRANDING YOURSELF AND BUSINESS STRATEGIES

Image
Teks : Sariah Awang SenikAssalamulaikum, alhamdulilah segala urusan dipermudahkan kan bermula mengorak langkah untuk majlis menuntut ilmu dengan menghadirkan diri ke BENGKEL BRANDING YOURSELF AND BUSINESS STRATEGIES. Walaupun tajuk bengkel di dalam bahasa Inggeris , namun penyampaian isi dan kandungan bengkel semuanya di dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya diri rasa bertuah dan beruntung kerana diberi kepercayaan untuk menjadi krew di bengkel tersebut. Bukan wang ringgit yang dikejar tetapi lebih kepada ilmu dan pendedahan serta bertemu dengan semua rakan-rakan yang baru.Tidak sangka doa diperkenaan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan rakan-rakan yang baru termakbul jua. Walaupun doa itu hampir dah terlupa di fikiran namun ternyata Allah senantiasa tidak melupakan segala doa yang di pohon oleh semua hambanya. Dengan mengosongkan minda dan menerima semuanya dengan lapang dada, kelas bermula agak rancak sekali. Tidak sangka pertemuan dan perbualan yang selama ini berlangsung di alam maya te…