Tuesday, 15 April 2014

CARA UNIK ORANG CINA BERNIAGA

Teks : Sariah Awang Senik

Sumber : Koleksi Peribadi

Hampir bertahun-tahun lamanya bekerja dan menetap di sini. Dahulu terasa agak kekok bertemu dan melayan karenah para pelanggan yang bermacam-macam dengan ragam. Walaupun hanya sebagai satu kedai minumam yang terletak di tepi highway menghala arah ke Kuala Lumpur, namun segala produk dan beberapa jenis minuman semuanya diusahakannya sendiri. Tuan punya kedai ini adalah bangsa Cina dan amat pandai menguruskan perniagaan walaupun empayar perniagaannya tidaklah sehebat mana. Namun cara bagaiman dia melayan kehendak pelanggan, itulah daya tarikan utama pelanggan akan berkunjung lagi ke kedai ini. 

Perniagaan yang diusahakan, sebenarnya adalah " Family Bisness" ataupun turun temurun daripada datuk ke ayah dan juga cucu-cucunya. Nama produk yang diusahakannya hampir berpuluh abad lamanya. Penulis sendiri belum wujud lagi ke dunia ini, tetapi produk dan perkhidmatan telah pun wujud. Apa yang di kongsika disini bukanlah bertujuan untuk merendahkan keupayaan kaum sendiri, tetapi mengambil sikap positif supaya dapat diamalkan di dalam mengusahakan perniagaan ataupun perkhidmatan yang bakal dijalankan tidak lama lagi. 

Secara kebetulan penulis mengenalinya ialah ketika ingin memohon bekerja di kedainya beberapa tahun yang lepas. Orang nya agak pendiam tetapi tegas di dalam membuat sebarang keputusan. Dia pernah memberitahu yang kedainya cuma kedai biasa tetapi cara bekerja agak berat dan memerlukan kekuatan tenaga yang maksimum. Jikalau hari biasa mungkin pelanggan tidak berapa ramai, tetapi akan bertukar wajah menjadi suatu perhentian yang sesak apabila tiba hujung minggu dan juga musim perayaan. 

Uniknya cara dia melayan pelanggan ialah, dia menganggap pelanggan bagai raja. Apa sahaja ketidakpuasaan pelanggan  dia akan berusaha untuk memenuhinya semampu yang boleh. Setiap keuntungan yang diprolehi tidak pernah terlalu banyak berkira. Biarpun untungnya cuma RM500 ataupun RM600 namun dia tidak pernah merasa lelah untuk meneruskan perniagaan keluarganya.

Kebanyakan adik beradiknya dihantar belajar hingga ke luar negeri, namun setelah tamat pengajian, masing-masing tidak pernah merasa segan untuk meneruskan segala usaha dan titik peluh ayah dan datuk mereka. Masih ingat di fikiran penulis, tentang sikap para pelanggan yang sengaja mengumpan marah pekerjanya, supaya senantiasa bersabar dan mencuba sebaik yang mungkin untuk tidak berkasar dengan para pelanggan nya. Majikan pernah berkata walau bertapa banyak masalah dan perkara yang tidak sepatutnya dirumah supaya jangan mencampur adukkan masalah tersebut dengan hal pekerjaan di kedai. Katanya, setiap pekerjanya haruslah bersikap secara profesional dan senantiasa kemas penampilan para pekerjanya.

Antara ciri-ciri unik orang berbangsa Cina berniaga adalah;
- Berusaha sebaik yang mungkin mengusahakan sesuatu perniagaan.

- Tidak pernah merasa tergugat walaupun ada banyak perniagaan yang hampir sama dengannya.
- Usaha secara berterusan dan tidak pernah berhenti.
- Membuka perniagaan seawal yang mungkin.
- Senantiasa mencari kepercayaan para pelanggan dan memastikan akan datang lagi ke kedainya.
- Senantiasa berfikiran positif walaupun keuntungan tidak sebanyak mana.
- Berdisplin setiap kali membuat sebarang keputusan.
- Memberi kepercayaan yang sepenuhnya terhadap pekerjanya untuk menjalankan perniagaannya.
- Bertindak balas cepat terhadap sebarang rungutan dan juga masalah di antara para pelanggan dan juga produk-produknya yang tersendiri.
- Sedaya upaya berusaha menjual produknya sendiri dengan cara yang kreatif. Contohnya, kenapa pelanggan perlu membeli produk yang dijualnya sendiri. 
- Setiap produk yang di keluarkan ada keistimewaannya yang tersendiri. 
- Setiap masalah yang timbul harus diselesaikan secepat yang mungkin. 
- Segala keuntungan dan juga kerugiaan dicatatkan secara terperinci.
- Tidak terlalu wujud perbezaan antara pekerja dan juga majikan. Hormat menghormati di antara satu sama yang lain.
- Setiap para pekerjanya mampu menjalankan pelbagai tanggungjawab. Contohnya, mampu mengira, membuat air minumam para pelangan dan berbagai-bagai yang lain.

Sehingga kini, penulis masih tetap bekerja di kedai minumam ini. Walaupun gajinya tidaklah setinggi mana, namun alhamdulilah mampu menyara kehidupan anak-anak sekeluarga. Azam penulis mengutip seberapa banyak pengalaman supaya suatu hari nanti mampu juga membuka perniagaan dan juga produk berjenama sendiri. 

Segala sikap yang positif haruslah di ambil sebagai salah satu pengalaman kehidupan dan cuba sebaik yang mungkin menerapkannya ke dalam perniagaan yang bakal diusahakan suatu hari nanti. Sikap bangsa Cina yang tidak suka makan gaji dan lebih suka membuka perniagaan sendiri adalah suatu usaha yang harus di contohi oleh kaum melayu kita.
Memang sekarang ramai kaum melayu yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan, namun setiap golongan muda lebih suka bekerja dengan sesuatu syarikat sebelum membuat keputusan untuk membuka perniagaan sendiri. 

Coretan Tulus Ikhlas Sariah Awang Senik.



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH

Suatu pusat ataupun informasi maklumat bagi memberikan khidmat dan juga nasihat kepada para surirumahtangga dan juga wanita yang sedang bekerja bagi mencari pendapatan sampingan di rumah. Disini juga ada menyediakan beberapa kelas yang boleh dipelajari secara online mengikut kesesuaian masa anda sendiri di samping menguruskan urusan rumahtangga. 

Antara kelas-kelas yang terdapat disini ialah;
- Kelas Asas blog dan penulisan
- Kelas asas blog dan fanpage mula bisness
- Kelas penulisan kreatif
- Kelas beriklan di mudah.my
- Kelas urus akaun WAHM dan SOHO.
- Kelas penulisan ebook.
- Pendaftaran pengurus online pertanyann dan juga pendaftaran

Semua kelas dikendalikan oleh para pengurus online yang terlatih. Jika berminat ingin ketahui lebih lanjut tentang semua kelas-kelas ini bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik di no tel-019 4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...