Thursday, 10 April 2014

KEGIATAN HARIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google

Assalamulaikum, alhamdulilah bersyukur kepada Allah SWT kerana masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di ruangan kesayangan ini. Sebenar nya terlalu banyak urusan dan juga perkara yang penting yang harus diselesaikam terlebih dahulu.
Antara perkara penting itu, adalah menguruskan anak pergi ke sekolah di samping memastikan segala kerja sekolahnya berjalan dengan lancar.

Memang sejak anak perempuan yang seorang ini memegang pelbagai jawatan di sekolah, masanya agak sibuk dan kekadang dia akan mengalami keletihan . Selesai dengan menguruskan anak-anak disebelah pagi, kini tibalah untuk mengemas rumah dan juga memasak untuk diri sendiri juga anak perempuan tersayang. Setelah siap semua urusan berkaitan dengan rumahtangga, maka sampailah giliran perniagaan atas talian yang sudah berjalan lancar selama hampir beberapa bulan kebelakangan ini.

Terlalu banyak perkara yang remeh temeh yang perlu diselesaikan secara beransur-ansur. Namun berkat doa dan kesungguhan semua urusan tersebut dapat dihabiskan lewat petang tadi.

Kalau diikutkan memang banyak yang perlu dikemas kinikan sekali lagi. Apa pun berdoa dan berharap agar semuanya esok berjalan dengan lancar. Selagi ada khudrat ini, insha Allah segala usaha akan diselesaikan sebaik yang mungkin.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

-----------------------------------------------------------------------------------------

PUR Q ACTIVE
Sangat berkesan untuk masalah kanak-kanak yang kurang daya tumpuan dan juga sesuai untuk wanita yang mengandung.

Harga sangat berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya Sariah ataupun boleh whatshapp .

Sekian,
Sariah Awang Senik

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogspot.com Syukur alhamdulillah. Peperiksaan UPSR pun dah...