Sunday 30 March 2014

SYURGA YANG DINANTI

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber ; Bismillah TV3

Assalamulaikum, bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk menulis dan berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa ini . Kebetulan kita baru sahaja menghabiskan cuti persekolahan yang telah kita habiskan selama seminggu bersama dengan anak-anak dan juga keluarga tersayang.

Bagi yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di asrama tentu cuti sekolah ini adalah masa yang sesuai untuk menghabiskan waktu yang ada bersama dengan anak.

Berbalik seperti mana tajuk di atas,kita tentu tertanya-tanya apa yang kita boleh lakukan dan amalkan supaya kita boleh masuk syurga berdasarkan apa yang kita lakukan semasa hayat dan juga semasa hidup dahulu.

Antara tips yang dapat diamalkan supaya kita dapat memasuki syurga nanti inshallah ialah:

Senantiasa membaca Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita. Memahami dan juga mengamalkan segala apa yang di catat di dalam sesuatu ayat dan juga meninggalkan segala apa yang dilarang di dalam Al-Quran.
Selain daripada itu jagalah percakapan dan lidah daripada berkata-kata sesuatu perkara yang tidak berfaedah dan juga menyinggung perasaan hati insan yang lain. Elakkan daripada mengumpat dan berkata-kata sesama sendiri.
Kita juga boleh senantiasa bersedekah dan juga berkongsi sedikit kesenangan yang kita miliki kepada golongan yang kurang berkemampuan. Contohnya kepada anak-anak yatim , orang miskin, dan juga yang sedang mengalami kesusahan.
Puasa yang kita lakukan semasa di bulan ramadhan adalah salah satu.cara kita akan sampai ke syurga nanti. Bagaimana cara kita berpuasa dan adakah kita telah berusaha meninggalkan sebaik yang mungkin segala larangan dan mengamalkan segala yang di tuntut di dalam ajaran agama islam yang suci ini.

Itu adalah salah amalan yang boleh diamalkan bagi memastikan kita boleh dapat memasuki syurga.
Walaupun syurga dan neraka itu masih jauh dan belum nampak di pandangan mata , namum kematian itu adalah pasti dan begitu jugalah dengan syurga dan neraka. Segalanya telah tertulis di dalam Al-Quran dan semuanya jelas nyata.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan segala amalan diatas dan berusaha menempatkan diri kita di syurga nanti inshallah. Semoga kita akan senantiasa bertakwa dan berimam kepada Allah SWT.

Yang Ikhlas Sariah Awang Senik

Saturday 29 March 2014

INDAHNYA PAGI AHAD

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Google

Hari Ahad, datang lagi dan saat itulah terlalu banyak perkara dan aktiviti yang hendak dilakukan. Bermula daripada menguruskan rumahtangga dan juga tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka keutaman dan kekuatan diri ini. Segala keputusan dan gerak langkah haruslah mengutamakan terlebih dahulu. Perasaan mereka berdua terlalu lembut. Dan sebagai seorang ibu,  segala usaha dan tenaga adalah untuk kepentingan mereka berdua bersama.
Memandangkan catuan air masih lagi berjalan, air yang disimpan haruslah mencukupi untuk keperluan selama 2 hari ini.

Bukan mudah untuk menyimpannya kerana sudah terbiasa dengan air yang senantiasa ada. Mungkin itulah kelemahannya kalau sudah terbiasa dengan segala kelengkapan harian.
Terasa penat menguruskan simpanan air ini. Air yang hendak di simpan tidaklah banyak mana, tapi alhamdulilah berusaha sebaik mungkin untuk mencukupkannya selama 2 hari ini.

Anak bujangku sekarang sedang menghabiskan masanya dengan bekerja sambilan di sebuah kedai minuman dan lewat petang nanti akan balik semula ke asrama untuk bersekolah pada hari esoknya. Anak daraku pun baru sahaja pulang bercuti di kampung halaman aku. Nyata anak perempuanku merasa seronok menghabiskan masanya bersama-sama dengan datuknya di kampung.

Cuti sekolah ini, memang aku agak sibuk dengan kerja, dengan perniagaan kecil-kecilan ku secara online, berblog sambil cuba mengasah bakat dan belajar menjadi seorang penulis. Walaupun segalanya masih terlalu awal namun semuanya ku lakukan demi minat dan juga tanggungjawab ku sebagai seorang ibu. 

Apa sekalipun semua ini demi kasih sayangku kepada mereka berdua. Urusan rumahtangga dah hampir selesai. Air simpanan pun mungkin mencukupi untuk dua hari ini. Insha Allah ku akan berusaha yang terbaik untuk kebahagiaan kami bersama.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Saturday 22 March 2014

JUALAN MURAH REJECT BRANDED PERFUME

Teks ; Sariah Awang Senik

Sumber ; Whatshapp

Reject bukan bermakna rosak tetapi ada kecacatan dari segi pembungkusan botol, label, kotak dan lain-lain lagi. Wangian ini memang asli dan tahan lama selama beberapa jam . Sekarang Reject Branded Perfume mengeluarkan wangian yang kini terdapat di dalam saiz yang kecil iaitu 6ml. Sebotol Rm 35 dan postagenya adalah free. 

Terdapat banyak jemana yang terkenal antaranya ialah; 

Hugo boss
Pasco rabbane black
Ysl elle women
Burberry the beat man
Ralph lauren romance
Paris hilton men
Cool water men

Jika berkenaan dan ingin mencuba bolehlah hubungi saya,
Sariah 019 4075634 ataupun wechat atau whatshapp saya.


Sekian Terima Kasih






CUTI PERSEKOLAHAN

Teks ; Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, semalam bermulalah cuti persekolahan selama satu minggu. Sebenarnya hati kecil ini rasa seronok sangat sebab dapat menghabiskan waktu yang secukupnya buat anak-anak tersayang. Walau tidak berkemampuan untuk bercuti bersama dengan anak-anak di tempat yang lain, namun tetap merasa bersyukur kami dapat bersama-sama semula. Di samping kesibukan menguruskan rumahtangga dan juga tanggungjawab sebagai seorang pekerja , menghabiskan masa bersama anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah amat memberikan banyak kelebihannya. Kebetulan cuti sekolah ini, ada banyak aktiviti -aktiviti yang menarik. Salah satu yang menarik minat anak-anak dan juga diri sendiri adalah pameran Pesta Buku.

Membaca merupakan hobi yang di kongsikan bersama dengan anak-anak. Ada banyak buku-buku menarik yang menjadi kegemaran anak-anak aku. Kalau yang anak perempuan suka membaca cerita fantasi dan juga sains, manakala si abang lebih suka membaca cerita kisah nabi, komik dan juga buku-buku sejarah. Aku sendiri lebih suka membaca novel ataupun buku motivasi. Tidak kisah apa bahan bacaan yang di baca selalunya kami anak beranak suka mengumpulkan semua buku-buku tersebut di suatu tempat yang istimewa.

Cuti persekolahan ini sebenarnya aku memang tidak berpeluang untuk ke mana-mana memandangkan selalu terikat dengan kerja yang terpaksa aku selesaikan terlebih dahulu. Namun itu bukanlah alasan untuk aku menggelakkan diri untuk tidak bersama-sama menghabiskan waktu yang ada bersama-sama dengan anak-anak. Memang cuti yang ada tidaklah selama mana tetapi cukup itu aku lebih mendekati anak-anak dan sekaligus menyelami hati dan perasaan mereka. Aku sedar mereka lebih memerlukan diriku berbanding orang lain.

Mereka berdua adalah permata hatiku dan memang wajarlah segalanya patut diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan pekara yang lain. Jiwa dan hati mereka terlalu sensentif. Insha Allah segala masa yang ada , akan aku dan anak-anak habiskan sebaik mungkin. 

Kepada anak-anak tersayang, walau ibu bekerja sesibuk mana sekalipun, ibu tidak akan melupakan diri kamu berdua.
Yakin dan percaya, kita juga mampu hidup bahagia dengan jalan yang Allah SWT tetapkan untuk kita bersama.


Nukilan Rasa Oleh Sariah Awang Senik.

Wednesday 19 March 2014

INILAH KEHIDUPANKU

Teks ; Sariah Awang Senik


Kehidupanku ini baru sahaja bermula. Sama ada ianya sudah terlambat ataupun baru bermula, hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui. Ku hanya mampu merancang dan yang selebihnya tuhan yang menentukannya. Segala apa yang terjadi hampir 2 tahun yang lepas tidak pernah ku kesali. Semuanya telah ditentukan oleh yang maha esa. Sebagai salah seorang hambanya yang lemah, kehidupan ini ku lalui penuh redha dan takwa. Yakin bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. Semakin banyak dugaan dan masalah yang berlaku, hubunganku dengan yang maha esa makin erat dan utuh.

Bersama anak-anak tersayang, tugas dan tanggungjawab ku sebagai seorang ibu ku jalani dengan seikhlas mungkin. Memang kadangkala  banyak dugaan di dalam membesar dan mendidik mereka sendirian. Namun ku pasti suatu masa nanti , kebahagiaan bakal jua milik ku abadi.
Anak-anak adalah kekuatan ku yang paling utama. Mereka tunggak semengatku untuk meneruskan segala kehidupanku ini. Andai mereka berdua bersedih, aku juga akan tetap bersedih dan begitu jugalah sebaliknya.

Kegembriaan dan kesedihan mereka adalah nadi kehidupanku yang agak sederhana ini. Tidak pernah mengeluh kerana apabila perasaan sedih dan derita itu menjenguk...ku selalu pejamkan mata dan berkata pada diri ini bahawasaya , " Ya Allah, inilah kehidupanku yang telah engkau tetapkan, ku bersyukur Ya, Allah kerana engkau selalu berada di samping aku. Setiap kesusahan dan penderitaan yang ku hadapi selama ini telah banyak memantangkan diriku. Ku tidak perlukan simpati sesama insan, dan cukuplah bagiku simpati dan kasih sayangmu Ya, Allah. 

Dan apabila kelopak mata ini terbuka, ku mampu tersenyum dan terlihat ada sinar di sebalik segala kedukaan dan penderitaan ini. Ya, Allah moga kau selalu kekalkan keimanan dan ketabahan ku ini. Apa yang ku perlu dan kekalkan hanyalah dirimu yang selalu berada di dalam hatiku ya Allah..amin.


Ikhlas Dari Sariah Awang Senik.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAPSUAL MANJAKANI ASLI


100% Tanpa bahan pengawet dan bahan kimia yang lain. Sangat berkesan untuk mengatasi masalah kewanitaan seperti ;

Peredaran haid yang tidak teratur
Selalu merasa lemah dan lesu
Sakit-sakit otot
Masalah keputihan dan juga bau
Mampu merawat masalah peranakan
Dapat merapatkan kembali otot-otot vagina selepas bersalin
Mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman seseorang wanita.

Harga mampu milik. Iaitu RM40 untuk 50 biji. Mampu dimiliki oleh semua golongan. Jika inginkan maklumat lanjut boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun boleh juga whatshapp.


Sekian Terima Kasih

Saturday 15 March 2014

BERSYUKUR

Teks : Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masalah jerebu yang melanda ruang udara negara ini hampir berkurangan dan moga masalah air juga dapat di atasi dengan kehadiran hujan sejak beberapa hari walaupun tidak lebat. Tetapi sekurang-kurangnya membantu mengatasi masalah air. Berita tentang kehilangan pesawat MH 370 juga bakal diketahui tidak lama lagi. Moga semua penumpang dan juga anak kapal yang terlibat kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing.

Segala-galanya yang terjadi ada hikmah yang tersendiri. Kita patut sedar walau bertapa modennya sesuatu dan cekapnya seseorang tidak akan dapat mengatasi segala ketentuan yang Allah telah tetapkan. Apa sahaja yang ada hari ini hanyalah suatu pinjaman daripada Allah SWT. Dan apabila telah sampai satu masa nanti, semuanya akan kembali kepada yang maha kuasa.

Harta, kuasa dan juga kekayaan bukanlah sesuatu yang kekal abadi. Yang abadi hanyalah syurga dan neraka. Itu yang pasti. Dunia yang ada sekarang hanyalah suatu landasan untuk kita berbuat kebajikan dan amal jariah. Semuanya itu nanti akan dikira apabila kita telah berada di sana nanti. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. 

Bersyukur saat dilanda suatu musibah, kesusahan, kehilangan insan tersayang atau dugaan yang datang tanpa hentinya. Belajar bersyukur walaupun apa yang kita miliki sekarang tidak sebanyak mana. Namun semuanya datang dari Allah dan hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita dan juga keluarga.

Akhir kata jangan pernah putus asa berdoa walaupun sesaat. Doa adalah kekuatan paling utama seseorang umat. Hanya dengan berdoa segala kesusahan dan keperitan dapat di atasi secara beransur-ansur.

Moga kita selalu diberi kekuatan dan juga ketabahan untuk menghadapi semuanya dengan penuh keimanan. Insha Allah. Amin.


Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Monday 10 March 2014

KEPULANGAN

Teks : Sariah Awang Senik

Baru sejenak terpaksa berpisah lantaran tuntutan tugas dan tanggungjawab yang tidak pernah selesai. Berharap semuanya berjalan dengan lancar atas tugasan yang diberi dan dapat kembali semula kepada orang tersayang setelah selesai semua tugas dan tanggungjawab yang telah di amanahkan.

Namun siapalah yang menyangka perpisahan itu adalah perpisahan terakhir di dalam sebuah kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.
Andai dapat di ulang kembali segala pertemuan dan kenangan, adakah masih dapat berpeluang menghalang pemergian itu daripada berlakunya sebuah tragedi yang paling menyayat hati kecil ini.

Kita hanyalah manusia biasa. Yang hanya mampu merancang dan yang selebihnya tuhan yang menentukan segala-gala.
Perpisahan dan kepulangan adalah dua perkara yang teramat berbeza. Kekadang sebuah perpisahan hanya bersifat sementara dan akhirnya akan kembali pulang seperti biasa. Tetapi ada juga perpisahan yang tidak akan kembali lagi dan tidak akan wujudlah sebuah kepulangan yang selama ini dinanti-nantikan.

Sebuah pemergiaan yang tidak pasti sama ada berakhir dengan kepulangan ataupun sebaliknya. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui apa yang berlaku pada hari yang melakar sejarah dan sekaligus mengemparkan seluruh dunia ini. Mungkin ada hikmah di atas apa yang berlaku. Ataupun selama ini segala nikmat dan kesenangan membuatkan manusia sering lupa dan leka.
Apa pun yang pasti terlalu ramai insan yang ternanti-nanti akan kepulangan daripada insan tersayang. Ada ramai ibubapa yang tidak pernah jemu menunggu kepulangan dari anak yang tersayang. Anak-anak juga tertunggu-tunggu kepulangan dari ayah tersayang. Di suatu sudut yang lain ada seorang isteri yang penuh setia menunggu kepulangan dari suami tercinta. Menunggu kepulangan seorang adik ataupun abang yang entah bila kunjung tiba.

Walaupun semua yang terlibat di dalam tragedi yang hilang tanpa di kesan itu berlainan bangsa dan agama namun apa yang pasti semuanya mengharapkan sebuah kepulangan .

Mungkin pengajarannya kita patut lebih menghargai di antara satu sama lain. Sebab setiap yang berpisah itu tidak dapat dipastikan sama ada akan bertemu kembali ataupun tidak. Yang mengetahuinya hanya yang maha esa. Jikalau sudah ditakdirkan siapalah kita sebagai hambanya yang dapat menghalang segala kekuasaannya. Bertapa besar ataupun gahnya kecekapan dan kepandaian tidak mampu mengatasi segala kekuasaannya. Apa yang diciptakan oleh manusia di zaman ini tidak akan mampu mengatasi maha pencipta. Dia yang lebih berhak di atas segala-galanya.

Hanya doa dan harapan yang tidak pernah putus. Berharap semuanya selamat dan kembali ke pangkuan insan yang tercinta. Airmata dan penderitaan ini tidak setanding dengan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

Kepulangan mu tetap dinanti dengan penuh doa dan kesabaran. Insha Allah suatu saat segala misteri ini akan terungkai jua suatu masa nanti.

Yang penting doa dan tawakal yang tidak pernah henti. Moga semuanya selamat dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku insha Allah.

Ditujukan khas kepada semua keluarga yang terlibat di dalam penerbangan MH 370. Doa dan harapan yang tidak pernah putus semoga semua penumpang yang terlibat juga anak kapal yang ada berada di dalam keadaan yang selamat insha Allah.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

Tuesday 4 March 2014

REJECT BRANDED PERFUME

Teks : Sariah Awang Senik

Tentu ada yang tertanya apakah itu reject branded perfume kan? Sebenarnya reject bererti ada kecacatan di bahagian bungkusan, botol, label dan sebagainya di mana ia tidak sesuai dijual di kaunter.

Factory minor depect pula biasanya perfume yang di jual di kaunter kaunter 100% sempurna dari segi bungkusan(kotak) dan sebagainya, reject perfume adalah sebaliknya.

Shipment fault- Kebiasannya apabila sampai ke negara penerima, bungkusan mengalami kerosakan dan tidak sesuai dijual di kaunter, oleh itu ianya dijual melalui saluran kami.

Barangan contoh- Setiap jenama baru yang dikeluarkan akan dipromosikan di kaunter-kaunter seluruh dunia. Barangan promosi akan diperuntukan di setiap kaunter dan dilabelkan sebagai " TESTER NOT FOR SALE". Akan tetapi kadang-kadang terdapat juga lebihan stok promosi dimana produk ini tidak boleh dijual dikaunter dan terpaksa dijual melalui saluran kami ini.

Terdapat banyak jenama terkenal . Antaranya ialah :
Giorgio Armani
Dunhill
Ralph Lauren
Boss
Versace
Christian Dior
dan juga beberapa jenama yang lain.

Bagaimana ketulinan dapat dibuktikan secara fizikal. Dengan menggoncang botol perfume 180 darjah ke kiri dan ke kanan, anda akan dapat melihat buih-buih halus yang akan mengewap ke bahagian atas permukaan cecair perfume. Buih-buih yang terhasil bukan buih-buih udara tetapi lebih kepada molekul-molekul  halus yang dapat dilihat.

Harga memang agak berpatutan
Jika berkenaan, boleh hubungi saya Sariah ataupun msg.dan.wwchat saya.

Gemar wangian Sariah Awang Senik

Monday 3 March 2014

SUKARNYA MEMAHAMI DIRIMU WAHAI ANAKKU

Teks : Sariah Awang Senik

Terasa baru semalam ibu mengandung dan melahirkan dirimu wahai abang. Ibu tahu terlalu banyak perkara yang tidak di ingini berlaku di dalam kehidupan kita. Tetapi ketahuilah segala yang terjadi telah di tentukan oleh Allah SWT dan ibu tidak pernah menyesali segala yang berlaku.

Hampir 15 tahun yang lepas ibu telah melahirkan seorang bayi lelaki yang paling comel dan sihat sekali. Tidak sangka di tengah kesibukan ibu menjaga dan merawat arwah kakak ibu telah dikurniakan lagi satu amanah yang amat tidak ternilainya di dunia ini. Selepas permergian arwah kakak, abanglah kekuatan dan cahaya hidup ibu selama ini sebelum kehadiran adik di dalam hidup ibu.

Sebenarnya abang membesar terlalu cepat dan kekadang ibu belum puas bermanja dan membelai diri abang. Abang apa yang berlaku di dalam kehidupan kita selama ini bukanlah kehendak kita. Telah habis daya upaya ibu berusaha menyelamatkan rumahtangga ibu namun takdir mengatasi segala-galanya. Tidak pernah sekalipun ibu menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku
segalanya ibu redha atas ketentuannya. Namun itu semua tidak bererti ibu menyerah kalah di dalam perjuangan ibu ini. Perjalanan kita ini masih jauh lagi dan kekuatan dan kesabaran adalah tunggak utama kehidupan kita.

Masa berlalu semakin pantas dan lantaran apa yang terjadi ibi terpaksa memasukan abang ke asrama bagi memudahkan abang belajar dan menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Masa abang banyak di asrama dan hanya 2 minggu sekali abang akan pulang bermalam di rumah ibu. Tidak terlintas di dalam hati ibu untuk melepaskan semua tanggungjawab menjaga abang kepada ustaz dan juga ustazah di sekolah. Ibu seboleh-bolehnya ingin abang senantiasa berada di depan mata ibu. Tetapi kerana tidak mempunyai pengangkutan sendiri , ibu tidak punya banyak pilihan. Insha Allah kalau ada rezeki yang lebih ibu akan berusaha mencari pengangkutan sendiri untuk kegunaan kita sendiri. Tetapi sejak kebelakangan ini sikap abang banyak berubah. Tiap kali pulang ke rumah abang banyak mendiamkan diri dan jarang bercakap banyak dengan ibu ataupun adik. Sikap abang yang sedemikian terlalu menrisaukan hati ibu. Sering juga ibu bertanya kepada abang, apakah masalah yang dihadapi di sekolah , namun abang selalu menafikannya. Ketahuilah ibu perlukan abang di dalam segenap kehidupan ibu. Jikalau ibu sudah melukakan dan mengecewakan hati dan perasaan abang, ibu mohon berteruslah kepada ibu dan janganlah takut kalau nanti ianya melukakan sedikit perasaan ibu.

Hidup ibu tidak akan lengkap tanpa abang dan adik. Sedaya upaya ibu berusaha untuk memahami jiwa dan perasaan abang yang sedang meningkat remaja. Walaupun abang sudah besar dan semakin dewasa namun abang dan adik tetap tunggak keutaman yang paling penting di dalam hidup ibu.

Akhir kata ibu perlukan sokongan abang dan adik di dalam memahami  dan menghadapi segala yang dugaan dan cabaran yang mendatang. Insha Allah suatu hari nanti kita juga mampu prolehi kebahagiaan yang tersendiri dan tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup bahagia.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

KAPSUL MANJAKANI ASLI 100%
Tanpa bahan pengawet. Lebih berkhasiat berbanding merebus dan tidak merasa pahit. Sangat berguna untuk wanita yang ingin kekalkan kesihatan luaran dan dalaman.
Harga sangat berpatutan RM 40-50 biji.
Jika berkenaan dan ingin mencuba bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634

Sekian Terima Kasih.

Saturday 1 March 2014

MARUAH SEORANG IBU TUNGGAL

Teks : Sariah Awang Senik

Assalamulaikum, berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah yang terpaksa dilalui oleh seseorang yang bergelar ibu tunggal. Apa yang terjadi di dalam sesebuah perkahwinan bukanlah dipinta sebaliknya takdir yang telah menentukan semuanya. Masyarakat kita pada hari ini terlalu mudah menghukum dan menilai seorang yang bergelar ibu tunggal. Banyak pandangan negatif yang selalu dilemparkan kepada ibu-ibu tunggal tanpa mengenali mereka dengan lebih dekat lagi. Ada sesetengah suka melabelkan seorang ibu tunggal adalah perosak kebahagian rumahtangga orang lain. Namun bukan semua ibu tunggal bersikap demikian. Memang tidak dapat dinafikan , wujud sesetengah golongan ibu tunggal yang suka mencari jalan mudah untuk menyara kehidupan seharian tanpa mengambil kira halal ataupun tidak mata pencarian mereka.  Seseorang ibu tunggal juga mempunyai hak untuk menentukan kebahagiaan mereka sendiri. Ada yang lebih suka menumpukan sepenuh perhatian membina kembali kehidupan bersama-sama dengan anak-anak yang ada.

Bagi mereka anak-anak adalah kekuatan mereka yang paling utama dan berusaha membesarkan kesemua anak-anak dengan menjadi seorang ibu dan bapa sekaligus. Tanggungjawab nya terlalu berat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal juga kesabaran yang kuat. Hanya doa dan harapan yang tidak putus yang senantiasa memohon kepada yang maha esa.

Sesetengah golongan ibu tunggal sanggup berkorban dengan melupakan kebahagiaan sendiri dengan mengutamakan kebahagiaan anak-anak adalah tunggak utama kebahagiaan di dalam kehidupan mereka. Percayalah  tiada wanita yang berkahwin dan kemudiannya bercerai. Dan kekadang sebuah perceraian itu terjadi bukanlah kehendak dan kemahuan wanita tersebut.

Mungkin seseorang wanita itu menjadi mangsa keadaan dan terpaksa akur dengan keputusan si suami dengan alasan yang selalu diberikan kepada seorang isteri bahawa hati dan perasaan suami sudah beralih arah.

Apalah daya seorang wanita yang terpaksa menerima semua keputusan pihak suami
walaupun bukan kehendak pihak si isteri.

Walau bertapa perit semua keputusan yang diterima seorang ibu tunggal terpaksa meneruskan kehidupan yang telah musnah bersama-sama dengan anak-anak dan menjadi perhatian masyarakat setempat di dalam melalui kehidupan seharian.

Kesusahan dan rintangan yang dilalui oleh seorang ibu tunggal tidak akan pernah melemahkan hati dan perasaan seorang ibu tunggal. Berkat kesabaran dan doa, insha Allah golongan ibu tunggal akan berjaya juga membina kembali kehidupan mereka. Malah ada golongan ibu tunggal yang mampu membina empayar perniagaan mereka sendiri. Kesabaran dan usaha di samping doa adalah kekuatan yang utama di dalam diri seorang wanita. Jangan mudah menyerah kalah dengan masalah yang di lalui oleh seorang ibu tunggal. Jaga diri dan maruah sebaik mungkin. Usah menagih simpati kerana itu hanya akan melemahkan jati diri seorang ibu tunggal.

Akhir kata percayalah melalui kehidupan sebagai seorang ibu tunggal tidak banyak bezanya dengan kehidupan insan-insan yang lain. Cuma golongan ibu tunggal diberi sedikit kelemahan untuk mengatur dan membuat semua keputusan. Wahai, ibu tunggal hargailah masa yang ada dan hadapi semua masalah dengan penuh tulus dan ikhlas. Moga berjaya semua ibu tunggal dan ceriakan selalu kehidupan anda.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...