Saturday, 22 March 2014

CUTI PERSEKOLAHAN

Teks ; Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, semalam bermulalah cuti persekolahan selama satu minggu. Sebenarnya hati kecil ini rasa seronok sangat sebab dapat menghabiskan waktu yang secukupnya buat anak-anak tersayang. Walau tidak berkemampuan untuk bercuti bersama dengan anak-anak di tempat yang lain, namun tetap merasa bersyukur kami dapat bersama-sama semula. Di samping kesibukan menguruskan rumahtangga dan juga tanggungjawab sebagai seorang pekerja , menghabiskan masa bersama anak-anak dengan aktiviti yang berfaedah amat memberikan banyak kelebihannya. Kebetulan cuti sekolah ini, ada banyak aktiviti -aktiviti yang menarik. Salah satu yang menarik minat anak-anak dan juga diri sendiri adalah pameran Pesta Buku.

Membaca merupakan hobi yang di kongsikan bersama dengan anak-anak. Ada banyak buku-buku menarik yang menjadi kegemaran anak-anak aku. Kalau yang anak perempuan suka membaca cerita fantasi dan juga sains, manakala si abang lebih suka membaca cerita kisah nabi, komik dan juga buku-buku sejarah. Aku sendiri lebih suka membaca novel ataupun buku motivasi. Tidak kisah apa bahan bacaan yang di baca selalunya kami anak beranak suka mengumpulkan semua buku-buku tersebut di suatu tempat yang istimewa.

Cuti persekolahan ini sebenarnya aku memang tidak berpeluang untuk ke mana-mana memandangkan selalu terikat dengan kerja yang terpaksa aku selesaikan terlebih dahulu. Namun itu bukanlah alasan untuk aku menggelakkan diri untuk tidak bersama-sama menghabiskan waktu yang ada bersama-sama dengan anak-anak. Memang cuti yang ada tidaklah selama mana tetapi cukup itu aku lebih mendekati anak-anak dan sekaligus menyelami hati dan perasaan mereka. Aku sedar mereka lebih memerlukan diriku berbanding orang lain.

Mereka berdua adalah permata hatiku dan memang wajarlah segalanya patut diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan pekara yang lain. Jiwa dan hati mereka terlalu sensentif. Insha Allah segala masa yang ada , akan aku dan anak-anak habiskan sebaik mungkin. 

Kepada anak-anak tersayang, walau ibu bekerja sesibuk mana sekalipun, ibu tidak akan melupakan diri kamu berdua.
Yakin dan percaya, kita juga mampu hidup bahagia dengan jalan yang Allah SWT tetapkan untuk kita bersama.


Nukilan Rasa Oleh Sariah Awang Senik.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...