Monday, 3 March 2014

SUKARNYA MEMAHAMI DIRIMU WAHAI ANAKKU

Teks : Sariah Awang Senik

Terasa baru semalam ibu mengandung dan melahirkan dirimu wahai abang. Ibu tahu terlalu banyak perkara yang tidak di ingini berlaku di dalam kehidupan kita. Tetapi ketahuilah segala yang terjadi telah di tentukan oleh Allah SWT dan ibu tidak pernah menyesali segala yang berlaku.

Hampir 15 tahun yang lepas ibu telah melahirkan seorang bayi lelaki yang paling comel dan sihat sekali. Tidak sangka di tengah kesibukan ibu menjaga dan merawat arwah kakak ibu telah dikurniakan lagi satu amanah yang amat tidak ternilainya di dunia ini. Selepas permergian arwah kakak, abanglah kekuatan dan cahaya hidup ibu selama ini sebelum kehadiran adik di dalam hidup ibu.

Sebenarnya abang membesar terlalu cepat dan kekadang ibu belum puas bermanja dan membelai diri abang. Abang apa yang berlaku di dalam kehidupan kita selama ini bukanlah kehendak kita. Telah habis daya upaya ibu berusaha menyelamatkan rumahtangga ibu namun takdir mengatasi segala-galanya. Tidak pernah sekalipun ibu menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku
segalanya ibu redha atas ketentuannya. Namun itu semua tidak bererti ibu menyerah kalah di dalam perjuangan ibu ini. Perjalanan kita ini masih jauh lagi dan kekuatan dan kesabaran adalah tunggak utama kehidupan kita.

Masa berlalu semakin pantas dan lantaran apa yang terjadi ibi terpaksa memasukan abang ke asrama bagi memudahkan abang belajar dan menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran. Masa abang banyak di asrama dan hanya 2 minggu sekali abang akan pulang bermalam di rumah ibu. Tidak terlintas di dalam hati ibu untuk melepaskan semua tanggungjawab menjaga abang kepada ustaz dan juga ustazah di sekolah. Ibu seboleh-bolehnya ingin abang senantiasa berada di depan mata ibu. Tetapi kerana tidak mempunyai pengangkutan sendiri , ibu tidak punya banyak pilihan. Insha Allah kalau ada rezeki yang lebih ibu akan berusaha mencari pengangkutan sendiri untuk kegunaan kita sendiri. Tetapi sejak kebelakangan ini sikap abang banyak berubah. Tiap kali pulang ke rumah abang banyak mendiamkan diri dan jarang bercakap banyak dengan ibu ataupun adik. Sikap abang yang sedemikian terlalu menrisaukan hati ibu. Sering juga ibu bertanya kepada abang, apakah masalah yang dihadapi di sekolah , namun abang selalu menafikannya. Ketahuilah ibu perlukan abang di dalam segenap kehidupan ibu. Jikalau ibu sudah melukakan dan mengecewakan hati dan perasaan abang, ibu mohon berteruslah kepada ibu dan janganlah takut kalau nanti ianya melukakan sedikit perasaan ibu.

Hidup ibu tidak akan lengkap tanpa abang dan adik. Sedaya upaya ibu berusaha untuk memahami jiwa dan perasaan abang yang sedang meningkat remaja. Walaupun abang sudah besar dan semakin dewasa namun abang dan adik tetap tunggak keutaman yang paling penting di dalam hidup ibu.

Akhir kata ibu perlukan sokongan abang dan adik di dalam memahami  dan menghadapi segala yang dugaan dan cabaran yang mendatang. Insha Allah suatu hari nanti kita juga mampu prolehi kebahagiaan yang tersendiri dan tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup bahagia.

Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

--------------------------------------------

KAPSUL MANJAKANI ASLI 100%
Tanpa bahan pengawet. Lebih berkhasiat berbanding merebus dan tidak merasa pahit. Sangat berguna untuk wanita yang ingin kekalkan kesihatan luaran dan dalaman.
Harga sangat berpatutan RM 40-50 biji.
Jika berkenaan dan ingin mencuba bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...