Sunday, 30 March 2014

SYURGA YANG DINANTI

Teks ; Sariah Awang Senik
Sumber ; Bismillah TV3

Assalamulaikum, bersyukur sangat kepada Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk menulis dan berkongsi sedikit ilmu yang tidak seberapa ini . Kebetulan kita baru sahaja menghabiskan cuti persekolahan yang telah kita habiskan selama seminggu bersama dengan anak-anak dan juga keluarga tersayang.

Bagi yang mempunyai anak-anak yang bersekolah di asrama tentu cuti sekolah ini adalah masa yang sesuai untuk menghabiskan waktu yang ada bersama dengan anak.

Berbalik seperti mana tajuk di atas,kita tentu tertanya-tanya apa yang kita boleh lakukan dan amalkan supaya kita boleh masuk syurga berdasarkan apa yang kita lakukan semasa hayat dan juga semasa hidup dahulu.

Antara tips yang dapat diamalkan supaya kita dapat memasuki syurga nanti inshallah ialah:

Senantiasa membaca Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita. Memahami dan juga mengamalkan segala apa yang di catat di dalam sesuatu ayat dan juga meninggalkan segala apa yang dilarang di dalam Al-Quran.
Selain daripada itu jagalah percakapan dan lidah daripada berkata-kata sesuatu perkara yang tidak berfaedah dan juga menyinggung perasaan hati insan yang lain. Elakkan daripada mengumpat dan berkata-kata sesama sendiri.
Kita juga boleh senantiasa bersedekah dan juga berkongsi sedikit kesenangan yang kita miliki kepada golongan yang kurang berkemampuan. Contohnya kepada anak-anak yatim , orang miskin, dan juga yang sedang mengalami kesusahan.
Puasa yang kita lakukan semasa di bulan ramadhan adalah salah satu.cara kita akan sampai ke syurga nanti. Bagaimana cara kita berpuasa dan adakah kita telah berusaha meninggalkan sebaik yang mungkin segala larangan dan mengamalkan segala yang di tuntut di dalam ajaran agama islam yang suci ini.

Itu adalah salah amalan yang boleh diamalkan bagi memastikan kita boleh dapat memasuki syurga.
Walaupun syurga dan neraka itu masih jauh dan belum nampak di pandangan mata , namum kematian itu adalah pasti dan begitu jugalah dengan syurga dan neraka. Segalanya telah tertulis di dalam Al-Quran dan semuanya jelas nyata.

Marilah kita bersama-sama mengamalkan segala amalan diatas dan berusaha menempatkan diri kita di syurga nanti inshallah. Semoga kita akan senantiasa bertakwa dan berimam kepada Allah SWT.

Yang Ikhlas Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...