Saturday, 15 March 2014

BERSYUKUR

Teks : Sariah Awang Senik
Assalamulaikum, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masalah jerebu yang melanda ruang udara negara ini hampir berkurangan dan moga masalah air juga dapat di atasi dengan kehadiran hujan sejak beberapa hari walaupun tidak lebat. Tetapi sekurang-kurangnya membantu mengatasi masalah air. Berita tentang kehilangan pesawat MH 370 juga bakal diketahui tidak lama lagi. Moga semua penumpang dan juga anak kapal yang terlibat kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing.

Segala-galanya yang terjadi ada hikmah yang tersendiri. Kita patut sedar walau bertapa modennya sesuatu dan cekapnya seseorang tidak akan dapat mengatasi segala ketentuan yang Allah telah tetapkan. Apa sahaja yang ada hari ini hanyalah suatu pinjaman daripada Allah SWT. Dan apabila telah sampai satu masa nanti, semuanya akan kembali kepada yang maha kuasa.

Harta, kuasa dan juga kekayaan bukanlah sesuatu yang kekal abadi. Yang abadi hanyalah syurga dan neraka. Itu yang pasti. Dunia yang ada sekarang hanyalah suatu landasan untuk kita berbuat kebajikan dan amal jariah. Semuanya itu nanti akan dikira apabila kita telah berada di sana nanti. Kita patut bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang. 

Bersyukur saat dilanda suatu musibah, kesusahan, kehilangan insan tersayang atau dugaan yang datang tanpa hentinya. Belajar bersyukur walaupun apa yang kita miliki sekarang tidak sebanyak mana. Namun semuanya datang dari Allah dan hanya dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita dan juga keluarga.

Akhir kata jangan pernah putus asa berdoa walaupun sesaat. Doa adalah kekuatan paling utama seseorang umat. Hanya dengan berdoa segala kesusahan dan keperitan dapat di atasi secara beransur-ansur.

Moga kita selalu diberi kekuatan dan juga ketabahan untuk menghadapi semuanya dengan penuh keimanan. Insha Allah. Amin.


Ikhlas Dari Sariah Awang Senik

TUHAN, JAGAKAN INSAN-INSAN TERSAYANG INI

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogsot.com Inilah wajah-wajah kesayangan yang senantias...