Teks : Sariah Awang Senik
Sumber ; Google
Hari Ahad, datang lagi dan saat itulah terlalu banyak perkara dan aktiviti yang hendak dilakukan. Bermula daripada menguruskan rumahtangga dan juga tanggungjawab kepada anak-anak. Mereka keutaman dan kekuatan diri ini. Segala keputusan dan gerak langkah haruslah mengutamakan terlebih dahulu. Perasaan mereka berdua terlalu lembut. Dan sebagai seorang ibu, segala usaha dan tenaga adalah untuk kepentingan mereka berdua bersama.
Memandangkan catuan air masih lagi berjalan, air yang disimpan haruslah mencukupi untuk keperluan selama 2 hari ini.
Bukan mudah untuk menyimpannya kerana sudah terbiasa dengan air yang senantiasa ada. Mungkin itulah kelemahannya kalau sudah terbiasa dengan segala kelengkapan harian.
Terasa penat menguruskan simpanan air ini. Air yang hendak di simpan tidaklah banyak mana, tapi alhamdulilah berusaha sebaik mungkin untuk mencukupkannya selama 2 hari ini.
Anak bujangku sekarang sedang menghabiskan masanya dengan bekerja sambilan di sebuah kedai minuman dan lewat petang nanti akan balik semula ke asrama untuk bersekolah pada hari esoknya. Anak daraku pun baru sahaja pulang bercuti di kampung halaman aku. Nyata anak perempuanku merasa seronok menghabiskan masanya bersama-sama dengan datuknya di kampung.
Cuti sekolah ini, memang aku agak sibuk dengan kerja, dengan perniagaan kecil-kecilan ku secara online, berblog sambil cuba mengasah bakat dan belajar menjadi seorang penulis. Walaupun segalanya masih terlalu awal namun semuanya ku lakukan demi minat dan juga tanggungjawab ku sebagai seorang ibu.
Apa sekalipun semua ini demi kasih sayangku kepada mereka berdua. Urusan rumahtangga dah hampir selesai. Air simpanan pun mungkin mencukupi untuk dua hari ini. Insha Allah ku akan berusaha yang terbaik untuk kebahagiaan kami bersama.
Ikhlas Dari Sariah Awang Senik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AKHIRNYA
26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi http://www.facebook.com/sariahawangsenik Sunyi bila dia dah balik. Abahnya seti...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syai...
-
Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Dari Group Telegram http:www.facebook.com/sariah.awangsenik Amboi! Bukan main lagi si ...
No comments:
Post a Comment