Thursday 22 December 2016

WANGIAN KEGEMARAN-BOMBSHELL


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah.

Ya. Allah semoga dipermudahkan segala urusan dalam menaip entri ini, dan semoga dapat membuka hati setiap pembaca yang membacanya sekaligus memberi manfaat dan juga berkongsi kebahagiaan.

Musim- musim cuti sekolah ini pasti banyak rancangan yang menarik untuk dihabiskan bersama keluarga tersayang dan juga anak-anak.

Balik kampung ziarah kedua ibubapa, kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan juga cuti perayaan Hari Krismas. Itu adalah antara agenda yang paling menarik dan juga bakal mengakhiri penghujung tahun 2016 ini.

Selalunya kalau pergi kerja atau ke tempat-tempat menarik, saya suka spraykan sesuatu yang boleh membuatkan saya lebih yakin dan segar. Dan kalau kita yakin dan rasa segar, segala macam dugaan dan cabaran akan dapat saya lalui dengan jayanya.

Dan antara wangian yang paling saya suka apabila memulakan setiap aktiviti harian saya ialah BOMBSHELL dari DEXANDRA.

BOMBSHELL mengandungi  rasa Fruity, Sweet, Citrus, dan sedikit rasa Floral, Tropical yang memberi rasa Fresh .

Dengan rasa Freshnya itulah saya dapat senantiasa kekalkan perasaan positif dan dapat menjalankan segala tugasan dengan sebaik yang mungkin.

Wangian BOMBSHELL ini kalau nak tahu ianya kekal lama sehingga melebihi 8 jam dan iannya adalah wangian EDP.

Bersempena dengan penghujung tahun 2016 dan juga bakal membukanya tirai 2017, sekarang di DEXANDRA sedang berlangsungnya YES iaitu Year End Sale.

Jadi bolehlah saya dapatkan wangian BOMBSHELL ini dengan harga paling menarik.
Harga asalnya wangian DEXANDRA ini untuk botolnya 35ml ialah RM 65.

Tetapi disebabkan YES, harganya adalah RM 55 untuk 35ml. Dan boleh dapatkan 2 botol RM 100.
Promosi ini berlangsung sehingga 10 Januari 2017 dan masa tersebut bukanlah lama sangat.

Sementara stok masih ada jom dapatkan wangian kegemaran anda dengan harga yang paling BEST. Nak tahu lebih lanjut boleh terus hubungi saya, Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 21 December 2016

MEMBINA IMPIAN BERSAMA DEXANDRA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismilahirahmanirahim.

Ya, Allah semoga dipermudahkan segala coretan entri ini sekaligus dapat memberi manfaat kepada semua yang membacanya.

Impian adalah satu keinginan manusia untuk mencapai sesuatu yang paling membanggakan sepanjang kehidupannya.

Dengan impianlah seseorang itu akan menyusun pelbagai strategi dan juga rancangan untuk mencapai segala apa yang dicita-citakannya.

Keinginan yang bersungguh-sungguh dalam membina sesuatu impian menyebabkan seseorang itu tidak akan pernah berputus asa dalam menghadapi segala dugaan dan juga kegagalan .

Demikian jugalah hal yang bersama, telah dilalui oleh seorang wanita hebat iaitu pengasas empayar perfume yang sedang terkenal iaitu Pn Ernayanee Julaimi dalam membina perniagaannya DEXANDRA INSPIRED PERFUME.

DEXANDRA dihasilkan dari pati gred A yang  diilhamkan dari jenama-jenama terkenal. Dahulu Pn Ernayanee menjual inspired perfume, tetapi disebabkan sukar mendapatkan stok dan juga menghadapi masalah yang lain, maka terciptalah DEXANDRA yang diasaskan dari pati jenama-jenama terkenal, malah setanding dengan jenama terkenal yang sedia ada dipasaran dengan nilai ratusan ringgit.

Dengan secara rasminya, iaitu pada tahun 2015, maka pelbagai usaha dan juga susah payah Pn Ernayanee dalam memperkenalkan produk perfume DEXANDRA telah berjaya.

Itulah kepuasannya dan juga impian Pn Ernayanee dalam membina empayar perniagaan perfumenya.
Berkat restu kedua ibubapanya dan juga seluruh pasukannya dalam menjayakan perniagaan DEXANDRA telah membuahkan hasil serta meninggalkan impak yang sangat terkesan di setiap pengguna perfume DEXANDRA.

Melalui DEXANDRA, bukan sahaja impian pengasasnya tercapai, tetapi membuka juga peluang kepada seluruh pasukannya untuk membina kehidupan yang lebih baik buat seluruh ahli keluarga pasukannya.

Berbekallan tunjuk ajar dan juga bimbingan dari pengasasnya serta tidak pernah mengenal erti kesusahan dan berputus asa, ramai yang berjaya meraih pendapatan yang lumayan sekaligus menjadi stokis-stokis yang hebat dan juga berjaya.

Tiada impian yang lebih terindah melainkan melihat semua insan-insan yang kita sayangi gembria dengan setiap pencapaian yang telah kita capai, bukan?

Bukan itu sahaja, memenuhi setiap keinginan terutamanya orang yang kita sayang dalam kehidupan kita, amatlah bermakna dan paling membahagiakan.

Maka dengan sebab itulah DEXANDRA dipanggil wangian kehidupan dan dapat menambah nilai kehidupan agar lebih bermakna kepada setiap pengguna-pengguna DEXANDRA perfume.

Dengan harga yang paling berpatutan dan sangat pratikal dibawa kemana sahaja ianya tidak membebankan semua penggunanya.
Mampu milik serta tahan lama dan terus dibawa bersolat,

DEXANDRA sentiasa membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mencapai segala impian agar kehidupan lebih bermakna dan bukan sahaja berjaya didunia, malah diakhirat juga nanti.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Nak tahu lagi apa lagi yang menarik tentang DEXANDRA serta apakah lagi peluang-peluang keemasan yang ada di DEXANDRA, bolehlah hubungi saya disini:

Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah,awangsenik@gmail.com

Tuesday 20 December 2016

DEXANDRA PILIHAN YANG TERBAIK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Bukan lama pun bulan Januari 2017. Dan 10 Januari itu pun tidak berapa lagi . Lagipun bukan selalu Dexandra buat sale. Harganya pula memang sangat berpatutan.

Dexandra pula mempunyai hampir 80 lebih wangian yang sangat sesuai untuk lelaki dan juga perempuan. Antara wangian yang paling mendapat sambutan dan selalu kehabisan stok ialah Bombshell, Gucci Bamboo, Invcitus , Hugo Boss dan juga beberapa lagi wangian yang segar dan tidak menjemukan.

Wangian Dexandra juga tahan lama sehingga 8 jam dan boleh terus dibawa bersolat. Tidak salah rasanya jika kita berwangi-wangian apabila hendak menunaikan solat, asalkan niat kita betul dan kena pada tempatnya.

Nak beli yang mahal sampai harga 300 atah 400 ratus memang tidak mampu. Jadi apa salahnya membeli wangian yang sama dengan harga yang paling berpatutan.

Harga sehingga 10 Januari 2017, masih lagi sama iaitu:
Sebotol 35ml RM 55
Dan 2 botol RM 100

Kalau harga asal RM 65, 35ml.
Jadi memang terbaik memilih membeli Dexandra dan duit yang selebihnya bolehlah disimpan atau digunakan untuk tujuan yang lagi penting.

Jika ada yang masih berminat untuk dapatkan wangian Dexandra dengan harga yang paling terlajak laris, bolehlah hubungi saya disini:

Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Fb : Sariah Awang Senik
Ig  : sariah0274

Dexandra adalah pilihan yang terbaik dan terlajak laris.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday 19 December 2016

JALAN-JALAN CARI MAKAN-CHAR KUE TIAW


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismillahirahmannirahim.

Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang sangat dihormati.
Sekarangkan musim cuti sekolah, pasti semua ibubapa sedang sibuk merancang aktiviti yang menarik bersama anak-anak tersayang.

Sambil kita sibuk berjalan-jalan ditempat-tempat yang menarik itu, mesti kita akan merasa lapar dan juga dahaga.
Dan dah tentulah kita akan sibuk mencari tempat-tempat makanan ataupun medan selera yang ada menjual masakan yang sedap-sedap.

Apa kata, singgah sebentar di Gombak?
Sebab di situ ada satu gerai ini yang menjual Char Kue Tiaw yang sungguh lazat dan menyelerakan.

Apa nama tempatnya dan terletak dimana ya?

Tempatnya terletak berdekatan dengan pejabat pos Sri Gombak dan berhampiran dengan restoran makanan segera KFC dan juga MCDONALD.
Alamatnya ialah :
No 26,  Jalan Sg 1/8
Medan Selera Sengkuap MPS
Taman Sri Gombak.

Gerai ini diusahakan oleh dua orang rakan baik dan salah seorangnya ialah En Rostam Bin Mat Piah.
Dia juga akan memasak sendiri Char Kue Tiawnya mengikut citarasa para pelanggan dan sambutan dari semua pelanggannya amatlah menggalakkan.

Beroperasi dari jam 5pm sehinggalah 12pm. Jika ada yang berminat nak tahu lebih lagi tentang Char Kue Tiaw ini bolehlah hubungi En Rostam sendiri di no 019-3922881 ataupun 019-2099065.

Seperti biasa Char Kue Tiaw ini ada udang dan juga kerang dan yang pasti boleh dimasak sama ada pelanggan ingin pedas ataupun sebaliknya.

Jadi kalau anda berada disekitar kawasan Gombak atau tersesat di Gombak, janganlah lepaskan peluang untuk singgah dan juga merasa kesedapan Char Kue Tiaw ini. Gerai ini juga dibuka setiap hari termasuk hari Sabtu dan juga Ahad.

Ada juga dijual masakan yang lain terutamanya Gulai Tempoyak Ikan Patin. Kalau teringin nak rasa kedua masakan ini, bolehlah pergi ke Gombak.
Nama gerai ini ialah Tok-E Char Kue Tiaw. Nama pun unik dan dah tentulah char kue tiawnya juga sedap dan anda pasti tertarik ingin mencubanya lagi.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota Penting:

Setiap keuntungan dari blog Travelog Kehidupan ini akan disalurkan ke sebuah badan amal iaitu Amal Till Jannah.

Wednesday 14 December 2016

YEAR END SALE OLEH DEXANDRA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook dan Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi! Dah nak habis tahun 2016. Beberapa minggu lagi, dah dekat sangat. Tidak lama lagi kita akan menyambut pula tahun 2017.
Musim cuti sekolah ini, pasti banyak rancangan istimewa yang kita nak habiskan bersama dengan anak-anak dan juga keluarga tersayang bukan?

Kalau ikutkan hujung tahun terutamanya bulan Disember ini pasti banyak kenduri-kendara yang kita nak pergi kan.
Terutamanya majlis perkahwinan, doa selamat dan sebagainyakan.

Apa pun kita mesti terfikir hadiah apa yang paling sesuai kita jadikan sebagai hadiah nanti kan.
Tentu ada yang sedang terfikir, hadiah apa yang paling sesuai kan?

Okey. Saya tidak nak pening-peningkan kepala lagi dan bercerita panjang lebar.
Nak tahu tidak apa yang menarik bulan Disember ini?

Secara kebetulan bulan Disember ini, DEXANDRA INSPIRED PERFUME sedang mengadakan Year End Sale bermula 10 Dec 2016 hinggalah 10 Jan 2017.

Apa yang menarik dan tertarik ya?

Dah tentulah ada yang sesuatu paling istimewa yang DEXANDRA sedang tawarkan.

Yang pasti harganya paling terbaik.
Biasanya sebotol minyak wangi DEXANDRA berharga RM 65 sebotol .
Sekarang tawaran yang paling hebat.
Beli 2 botol minyak wangi DEXANDRA dengan harga RM 100.

Hebat kan!!
Anda boleh pilih apa saja jenis bauan mengikut kegemaran memasing. Nak bau yang manis dan lembut pun ada,
Dah itu tahan lama sehingga 8 jam dan yang sangat penting boleh terus bawa bersolat.

Bukan itu sahaja. Ada lagi yang paling terbaik.
Selain membeli minyak wangi DEXANDRA, anda juga berpeluang cabutan bertuah pada bulan Disember ini.

Nak tahu apa hadiah yang menariknya?

Hadiahnya ialah 3 biji motosikal dan juga beberapa botol minyak wangi DEXANDRA.
Tawaran ini berlanjutan sehingga 10 Jan 2017.

Jadi jangan lepaskan peluang yang terbaik ini.
Sebab peluang yang baik hanya datang sekali sahaja. Jangan tunggu habis stok minyak wangi ini, baru nak order ya.

Jika ada yang berminat, boleh hubungi saya,
Sariah Awang Senik
019-4075634 atau boleh terus email sariah.awangsenik@gmail.com


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday 7 December 2016

DEXANDRA BUKAN SEKADAR WANGIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alahai, panasnya hari diluar itu. Dua atau tiga minggu yang lepas, asyik hujan je. Sekarang giliran hari panaslah pulak.
Apa pun kita patut bersyukur dengan semua keadaan yang Allah telah kurniakan.

Dah berpanas dan dah tentulah berpeluhkan.
Balik ke rumah je, mesti kita nak sesuatu yang wangi dan suasana yang mendamaikan.

Sekarangkan musim cuti. Dah tentulah anak-anak semua ada dirumah. Dengan rumah bersepah dan juga suara anak-anak bergaduh.

Meriahkan susana macam itu.
Meriah ke, atau pening kepala?

Tidak kisahlah yang memana. Yang pasti sebagai seorang ibubapa, kita pasti nak kan sesuatu yang terbaik buat anak-anak tersayang.

Bila anak-anak dah siap mandi, saya juga suka lihat anak-anak berwangi-wangian. Tidak kiralah anak yang besar ataupun yang dah bujang. Syukur juga anak-anak suka dengan bau perfume. Jadi senanglah kerja saya sikit.

Anak yang bujang suka dengan bau Dunhill ataupun Bond. Yang si dara pulak, suka dengan bau Bombshell ataupun Miracle.
Jangan tidak tahu, dengan bau perfume Dexandra ini juga mampu mengubah mood seseorang,

Kalau sedang risau ataupun rasa hari itu macam tidak best je, bila cium je bau Dexandra perfume ini, terus berubah mood yang tidak elok itu kan.

Jadi kesimpulannya, Dexandra perfume bukan sekadar minyak wangi, malah lebih daripada itu. Lagipun tidak payah risau tentang halal ataupun tidak.

Perfume Dexandra boleh terus dibawa bersolat dan juga tahan sehingga 8 jam. Jadi bolehlah kita beberapa botol untuk dihadiahkan buat kedua ibubapanya kita.

Nak jumpa Allah juga, kita wajib berwangi-wangian tahu.

Tapi kini ada TAWARAN YANG MENARIK!!!

Dengan pembelian perfume Dexandra, anda berpeluang menangi cabutan bertuah berupa 3 buah biji motorsikal dan juga beberapa hadiah yang menarik lagi.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, bolehlah hubungi saya, Sariah Awang Senik 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik.blogspot.com

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota Penting !!!

Setiap pembeli perfume Dexandra, RM 10 akan disalurkan ke badan kebajikan Amal Till Jannah.

Tuesday 6 December 2016

APABILA ANAK DARA SUNTI SUDAH MENJADI ANAK DARA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Cepat sungguh masa berlalu kan. Rasanya baru sahaja nak sambut tahun 2016. Ini dah sambut tahun 2017. Biasanya cuti sekolah ini, tiada agenda istimewa yang saya selalu lakukan. Hanya fikir nak luangkan seberapa banyak masa yang ada bersama anak-anak yang semakin membesar dan juga ada yang bakal melangkah ke alam dewasa.

Kalau nak diikutkan saya selalu bayangkan nak bersama anak-anak habiskan cuti sekolah yang ada ditempat-tempat yang menarik.
Tapi mungkin tidak ada rezeki lagi. Mungkin saya perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mereka berdua.

Anak bujang tersayang baru sahaja selesai peperiksaan SPM . Dan pada hari Isnin yang lepas pula, si anak dara tersayang sudah pun menjadi anak gadis.

Maka secara tidak langsung makin bertambahlah lagi tanggungjawab menjaga dan juga mendidik mereka berdua. Bukan sahaja barus dididik dari segi mental dan fizikal,malah lebih daripada itu. Dari segi sosial dan juga aspek keagamaan harus selalu dititik beratkan.

Yalah, bukan mudah menjaga si anak gadis ini. Nak dikongkong duduk dirumah juga, bukanlah satu perkara. Nanti menjadi seorang yang tidak pandai bercampur gaul bersama dengan rakan-rakan yang sebaya. Apa pun banyak aspek yang harus diambil kira.

Aspek kebersihan diri juga harus diambil kira.
Bagaimana menghadapi segala pergolakan emosi yang ada semasa sakit perut dan juga sebagainya.

Menjaga penampilan dan juga apa yang harus dilakukan setelah habis kedatangan haid. Perkara yang perlu diingatkan ialah, harus mandi wajib setelah bersih dari darah haid.

Memang bukan senang nak ajar dia semua perkara itu, Tapi sebagai seorang ibu yang selalu berusaha yang terbaik buat anak-anak tersayang, itu sudah menjadi suatu amanah Allah yang sangat besar dan sangat besar ganjarannya disisi Allah nanti.

Ingatkan, masih lambat. Rupanya belum mencecah 12 tahun dah pun menjadi anak gadis. Tapi dia sempat berpesan kepada saya supaya tidak memberitahu sesiapa. Dan saya juga mengingatkannya, perkara itu, bukanlah satu perkara yang memalukan.

Dan sebagai seorang wanita, semuanya harus dilalui. Apa pun syukur segalanya berjalan dengan lancar dan saya telah pun memberitahu si anak gadis apa yang harus dilakukannya.

Semoga dia menjadi seorang anak yang solehah dan tahu menjaga kedua ibubapanya.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Saturday 3 December 2016

JADI FAMOUS DI GOOGLE DENGAN HANYA SATU KEYWORDS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mohon dilancarkan segala penulisan tentang entri ini dengan harapan dapat memberi manfaat buat semua.

Alhamdulillah. Sudah empat hari kita berada dalam bulan terakhir dalam tahun 2016 iaitu bulan Disember. Rasanya banyak aktiviti yang kita nak lakukan bersama-sama dengan anak-anak dan juga keluarga tersayang.

Samalah juga macam saya. Syukur juga anak bujang tersayang baru sahaja selesai SPM dan berdoa agar dia dapat keputusan yang membanggakan.

Tapi jika sebaliknya, saya tetap terima dengan hati yang redha dan ikhlas dan percaya dia ada kelebihan yang tersendiri, betul tidak?

Okey, berbalik kepada entri saya yang utama hari ini, yang saya sharekan sebagai posting di facebook tentang bagaimana nak jadi famous di papan GOOGLE dengan hanya satu keywords semalam.

Jujurnya saya tidak sangka sambutan dari rakan facebook yang lain begitu menggalakkan. Terfikir juga, tamai rakan-rakan yang gila glamour rupanya.

Jangan marah. Sebenarnya saya hanya bergurau. Menjadi terkenal di papan GOOGLE tu bukanlah berkenaan dengan diri kita, tapi lebih kepada apa yang kita sedang lakukan.
Sebagai contoh, kita ada produk, perkhidmatan ataupun mungkin ada pengalaman yang menarik untuk dikongsikan dengan semua rakan dan juga pembaca blog yang lain.

Tapi apa kaitannya blog, google dan juga keywords ya?

Sebenarnya, sekarang dah jadi satu trend, kita mencari segala maklumat hanya dengan satu klik di internet. Semuanya hanya dihujung jari.
Rata-rata semua rumah ada kemudahan internet tidak kira pakai data ataupun wifi.

Nak cari satu maklumat sahaja, kita pasti akan cari di GOOGLE. Taip saja satu perkataan maka akan secara automatiklah akan keluar segala maklumat.

Sebagai contohnya, taip sahaja perkataan AYAM maka keluarlah segala macam tentang AYAM. Jadi maknanya disini keywordsnya adalah AYAM.

Jadi dari mana datangnya semua maklumat tentang AYAM dan siapa yang menulis dan berkongsi segalanya ya?

Jangan tidak tahu GOOGLE dan BLOG macam adik-beradik yang tidak akan dapat dipisahkan. Macam irama dan lagu dalam cerita P. Ramlee tu. Kira rapat sangaf. Sebab BLOG adalah medium laman sosial yang sangat praktikal dan details tentang semuanya.

Di BLOG kita boleh berkongsi tentang apa sahaja. Minat, kemahiran, pengalaman , perniagaan dan juga perkhidmatan. Kongsikan tentang sesuatu yang bermanfaat yang mampu membuatkan pembaca dan juga pemcari maklumat di GOOGLE ingin tahu.

Kongsi dan ceritalah lebih lanjut tentang apa sahaja. Tapi pastikan hanya berkongsi tentang kebaikan dan elakkan berkongsi perkara yang tidak sepatutnya.
Terutama tentang hal-hal yang sensitif.

Dah ada BLOG , tapi bagaimana nak jadikan ianya terkenal dan senantiasa dikunjungi ramai pelawat ya?

Tipsnya, senang je.
Tidaklah susah mana.
Asal rajin dan ada komitmen.
Dan tidak perlu tulis entri yang panjang.
Dan tidak perlu juga ada asas yang tertentu.

Tulislah entri setiap hari agar para pembaca senang nak cari dan juga agar GOOGLE jadi lebih mesra dengan BLOG kita itu. Kalau nak tahu, BLOG kita akan jadi lebih cepat terkenal dengan bantuan satu kumpulan sokongan.

Macam saya dahulu pernah ada satu blog yang saya tulis sendiri. Tapi tanpa asas dan tujuan, blog saya jadi tidak tentu arah dan juga tujuan. Hinggalah saya ditemukan jodoh berkenalan dengan seseorang yang bernaung di bawah satu kumpulan sokongan, bergerak secara online dan juga pembelajaran secara online.

Kumpulan tersebut dinamakan sebagai AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH yang membantu sesiapa saja menjana pendapatan melalui penulisan di BLOG.

Kumpulan ini diasaskan oleh Pn Masayu Ahamd dan merupakan salah seorang penulis tetap di Majalah Minggun Wanita yang mendidik minda terutamanya wanita untuk mencari pendapatan sampingan daripada berblog .

Menarik bukan. Kumpulan ini juga terdiri dari ramai golongan profesional terutamanya para wartawan. Jadi tidak hairanlah saya pernah dilamar sebanyak dua kali untuk berkongsi tentang kisah kehidupan di majalah Mingguan Wanita satu masa dahulu.

Jadi tidak mustahil, rakan-rakan yang lain boleh juga jadi seperti saya satu masa nanti. Dengan bernaungnya BLOG saya di bawah kumpulan ini, maka secara tidak langsung ahli kumpulan yang lain akan melawat BLOG saya dan juga memberi sokongan.

Dengan cara itu, maka BLOG saya akan jadi lebih cepat terkenal di papan GOOGLE.
Senang kan macam itu.
Ada kumpulan sokongan dan mana tahu akan jadi salah seorang pengguna produk dan juga perkhidmatan kita.


Nak tahu lebih lanjut lagi tentang kumpulan sokongan ini?
Boleh je. Tiada masalah.
Hubungi saya kat sini 019-4075634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com untuk maklumat yang lebih lanjut ya.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Setiap manfaat dan juga keuntungan hasil daripada perkongsian di blog ini, RM 10 akan saya sumbangkan ke sebuah tabung amal kebajikan yang dinamakan Amal Till Jannah.

Thursday 1 December 2016

SELESAI SUDAH SPM 2016

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hari Rabu yang lepas 30 November 2016, adalah hari terakhir kertas Ekonomi Asas SPM 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali dan semoga keputusan SPM 2016 yang lebih baik dari percubaan SPM  2016. Apa pun sebagai seorang ibu, hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar semua dipermudahkan.

Selesai saja kertas terakhirnya, anak bujang ini terus sahaja memulangkan segala buku-buku teksnya. Terasa dia dah semakin dewasa dan juga makin berdikari. Almaklumlah, diab telah menghabiskan persekolahannya selama 5 tahun di Sekolah Menengah Agama Sungai Selisik. Saya pasti banyak kenangan pahit dan juga manis yang telah dilalui.

Malam ini pula dia dan rakan-rakan sekolahnya akan mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang. Saya berdoa semoga selamat sampai ke destinasi dan pulang semula ke rumah,

Apa pun rasanya banyak kenangan pahit dan juga manisnya selama dia bersekolah di situ. Tentang gambar-gambarnya, saya sengaja saja ambil dari facebooknya buat kenang-kenangan sebagai entri baru di blog saya ini.

Cuaca semakin mendung. Baru tadi saja hujan lebat. Rasa sejuknya makin menguasai seluruh rumah saya ini. Insha Allan, akan saya sambung lagi dengan entri yang lebih baik dan juga bermanfaat.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...