Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum. Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang sangat dihormati.
Sekarangkan musim cuti sekolah, pasti semua ibubapa sedang sibuk merancang aktiviti yang menarik bersama anak-anak tersayang.
Sambil kita sibuk berjalan-jalan ditempat-tempat yang menarik itu, mesti kita akan merasa lapar dan juga dahaga.
Dan dah tentulah kita akan sibuk mencari tempat-tempat makanan ataupun medan selera yang ada menjual masakan yang sedap-sedap.
Apa kata, singgah sebentar di Gombak?
Sebab di situ ada satu gerai ini yang menjual Char Kue Tiaw yang sungguh lazat dan menyelerakan.
Apa nama tempatnya dan terletak dimana ya?
Tempatnya terletak berdekatan dengan pejabat pos Sri Gombak dan berhampiran dengan restoran makanan segera KFC dan juga MCDONALD.
Alamatnya ialah :
No 26, Jalan Sg 1/8
Medan Selera Sengkuap MPS
Taman Sri Gombak.
Gerai ini diusahakan oleh dua orang rakan baik dan salah seorangnya ialah En Rostam Bin Mat Piah.
Dia juga akan memasak sendiri Char Kue Tiawnya mengikut citarasa para pelanggan dan sambutan dari semua pelanggannya amatlah menggalakkan.
Beroperasi dari jam 5pm sehinggalah 12pm. Jika ada yang berminat nak tahu lebih lagi tentang Char Kue Tiaw ini bolehlah hubungi En Rostam sendiri di no 019-3922881 ataupun 019-2099065.
Seperti biasa Char Kue Tiaw ini ada udang dan juga kerang dan yang pasti boleh dimasak sama ada pelanggan ingin pedas ataupun sebaliknya.
Jadi kalau anda berada disekitar kawasan Gombak atau tersesat di Gombak, janganlah lepaskan peluang untuk singgah dan juga merasa kesedapan Char Kue Tiaw ini. Gerai ini juga dibuka setiap hari termasuk hari Sabtu dan juga Ahad.
Ada juga dijual masakan yang lain terutamanya Gulai Tempoyak Ikan Patin. Kalau teringin nak rasa kedua masakan ini, bolehlah pergi ke Gombak.
Nama gerai ini ialah Tok-E Char Kue Tiaw. Nama pun unik dan dah tentulah char kue tiawnya juga sedap dan anda pasti tertarik ingin mencubanya lagi.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
Nota Penting:
Setiap keuntungan dari blog Travelog Kehidupan ini akan disalurkan ke sebuah badan amal iaitu Amal Till Jannah.
No comments:
Post a Comment