Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Hari Rabu yang lepas 30 November 2016, adalah hari terakhir kertas Ekonomi Asas SPM 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali dan semoga keputusan SPM 2016 yang lebih baik dari percubaan SPM 2016. Apa pun sebagai seorang ibu, hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar semua dipermudahkan.
Selesai saja kertas terakhirnya, anak bujang ini terus sahaja memulangkan segala buku-buku teksnya. Terasa dia dah semakin dewasa dan juga makin berdikari. Almaklumlah, diab telah menghabiskan persekolahannya selama 5 tahun di Sekolah Menengah Agama Sungai Selisik. Saya pasti banyak kenangan pahit dan juga manis yang telah dilalui.
Malam ini pula dia dan rakan-rakan sekolahnya akan mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Pinang. Saya berdoa semoga selamat sampai ke destinasi dan pulang semula ke rumah,
Apa pun rasanya banyak kenangan pahit dan juga manisnya selama dia bersekolah di situ. Tentang gambar-gambarnya, saya sengaja saja ambil dari facebooknya buat kenang-kenangan sebagai entri baru di blog saya ini.
Cuaca semakin mendung. Baru tadi saja hujan lebat. Rasa sejuknya makin menguasai seluruh rumah saya ini. Insha Allan, akan saya sambung lagi dengan entri yang lebih baik dan juga bermanfaat.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment