Wednesday 30 March 2016

HIDUP LEBIH CERIA BERSAMA MANDIAN GARAM AURA REZEKI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

Menjalani kehidupan yang serba maju ini, adakalanya akan membuatkan kita berasa penat dan juga letih. Terikat dengan rutin harian, melaksanakan pelbagai tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan juga pekerja kepada majikan kita.

Apabila telah seharian penat bekerja di pejabat pasti kita akan rasa penat dan juga lesu apabila pulang ke rumah. Sampai sahaja dirumah pula, akan ada bermacam pula urusan rumahtangga yang perlu diselesaikan sebaik yang mungkin. Menghadapi karenah anak-anak, memasak dan juga melayan suami tersayang. Jika badan dan juga minda susah berasa terlalu penat dan juga stress bagaimana kita akan dapat memberi layanan yang terbaik buat anak-anak dan juga suami tercinta.

Rasa letih dan tidak bermaya boleh juga menjadi penyebab utama di dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan juga isteri. Untuk mengatasi semua masalah tersebut, kita perlukan sesuatu untuk selesaikan semua masalah yang saya sebutkan tadi.

Antaranya ialah dengan mencuba mandian Garam Aura Rezeki. Melalui pengalaman penulis sendiri yang telah pun mandian ini, nyata ianya satu kesegaran baru kepada tubuh badan. Di adun dengan wangian bunga ros yang sangat menyegarkan dan juga telah dibacakan ayat-ayat shifa sebagai pelindung diri daripada gangguan mahluk halus dan bermacam lagi faedah yang lain.

Antara kelebihan Garam Mandian Aura Rezeki ialah :
@@ Menangani serta menghilangkan stress dan juga tekanan perasaan.
@@ Mengembalikan tenaga yang hilang.
@@ Membantu merawat dan menangani migrain dan sakit kepala.
@@ Melindungi kulit daripada kering.
@@ Mengimbangi tekanan darah.
@@ Meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh.
@@ Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit, melembut dan menghaluskan kulit badan.

Harga Garam Mandian Aura Rezeki ini amatlah berpatutan. Berharga RM 75 termasuk postage dan anda akan dapat satu botol penyegar daripada wangian bunga ros. Wangian ini disemburkan kepada muka setelah selesai mandi dengan Garam Mandian Aura Rezeki.

Garam Mandian Aura Rezeki ini pada peringkat permulaan hendaklah dimandi selama 21 hari dan kemudiannya terpulang kepada kita bagaimana dan berapa kali sehari untuk menggunakannya.

Jika anda hendak ketahui lebih lanjut tentang Garam Mandian Aura Rezeki ini, boleh juga hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 melalui whatshapp dan juga email sariah.awangsenik@gmail.com.
Yang pasti setelah hampir seminggu lebih menggunakan garam mandian ini, tubuh badan akan berasa lebih segar, tambah bersemangat untuk menjalankan apa jua tugasan.
Alhamdulilah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


DERMA KILAT UNTUK SAHABAT

Teks :  Sariah Awang Senik
Sumber : Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Syukur akhirnya dapat juga saya menulis satu entri yang agak bermanfaat buat semua. Sebenarnya banyak sangat dugaan yang terpaksa diharungi sejak kebelakangan ini.
Mungkin ini semua salah satu cabaran dan harus dilalui dengan penuh redha dan ikhlasnya.

Ada seorang sahabat karib yang sedang terlantar di sebuah hospital di Temerloh. Dia telah mengalami suatu musibah ketika menghantar anaknya ke sekolah. Kini dia sedang menunggu giliran untuk melalui satu lagi pembedahan untuk memasukkan besi dikakinya.

Sebenarnya dia mempunyai sebuah bengkel dan sekarang tidak dapat lagi bekerja kerana telah mengalami kemalangan dan terpaksa menjalani rawatan di hospital. Mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya bersekolah. Isterinya adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Tiada apa yang dapat dilakukan untuk sahabat saya ini, melainkan agar semua urusannya berjalan dengan lancar dan cepat sembuh dan dapat menjalani tanggungjawabnya seperti biasa. Untuk pengetahunan semua dia langsung tidak mempunyai sebarang perlindungan insurans dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatannya sebagai seorang mekanik.

Jika ada yang sudi membantu sahabat saya ini ataupun merancang untuk memberi sedikit sumbangan bolehlah terus berbuat demikian terus ke akaun.sahabat saya dan segala detailsnya seperti di bawah :

Nama : Noorkamalridzuan Bin Nordin
Maybank account no : 1560 5732 5651

Jika ada sebarang pertanyaan tentang jal ini, boleh juga hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4075634 atau boleh juga melalui whatshapp.

Sekian Terima kasih
Sariah Awang Senik


Thursday 24 March 2016

SEMANGAT MEMBARA BERSAMA GROUP SUPPORT LIKE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulilah. Rasanya lama betul tidak berkongsi sesuatu di blog ini. Sebelum terus berhabuk dan bersawang, saya akan berusaha untuk menulis suatu entri yang lebih bermanfaat buat semua.

Tidak lama lagi bulan Mac akan berakhir dan akan berlabuhlah tirai bulan April. Walau hanya beberapa hari bulan Mac akan berakhir namun saya tetap bersemangat menjalani kehidupan harian agar lebih bermotivasi dari semasa ke semasa.

Ditakdirkan oleh Allah bergelar seorang ibu tunggal bukanlah alasan saya untuk merasa rendah diri. Ada hikmah disebaliknya dan hanya dia sahaja yang maha mengetahuinya. Dahulu saya tidak punya banyak masa untuk fikirkan tentang diri sendiri dan masa hadapan. Tetapi kini setelah hidup bersama dengan anak-anak, banyak perkara yang ingin saya capai dan jayakan. Saya bersyukur kepada Allah kerana masih mempunyai keluarga, rakan-rakan dan juga anak-anak tersayang yang senantiasa memberi dorongan yang sepatutnya.

Selain daripada itu, saya juga ada sahabat-sahabat yang kenal secara online yang senantiasa ada aura positif dan sekaligus membantu menaikkan semangat saya setiap hari. Mereka ini saya kenal melalui satu kelompok kumpulan sokongan yang dinamakan Group Support Like /Komen.

Kumpulan ini adalah dibawah kelolaan oleh Tuan Khairul Zahrin Abd Karim. Fungsi utama adalah untuk bantu dan memberi sokongan antara satu sama yang lain. Bernaung dan bergerak bersama kumpulan ini hanyalah secara online dan menggunakan laman sosial Facebook sebagai medan utama untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru.

Memberi sokongan dan semangat dengan cara LIKE status ataupun posting sahabat dan sesekali KOMEN barulah kita tahu bahawa ada orang yang mengikuti setiap perkembangan diri kita ataupun perniagaan yang sedang kita jalankan.

Dengan membaca setiap newsfeed rakan-rakan secara automatik kita tidak akan pernah rasa rendah diri. Setiap hari semua rakan-rakan daripada group ini akan berkongsi tentang ilmu, motivasi ataupun tips-tips tentang bidang perniagaan. Segala perkongsian mereka walau hanya di Facebook sangat membantu saya untuk kekalkan semangat agar senantiasa hangat dan membara.

Alhamdulilah. Syukur saya kerana dapat berkenalan dan juga beramah mesra bersama mereka semua tanpa melebihi sempadan yang telah ditetapkan.
Semangat yang membara bersama Group Support Like/Komen telah membantu saya untuk sentiasa kekal positif walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota : Jika ada sebarang pertanyaan tentang group ini ataupun tentang Akademi Bekerja Dari Rumah, bolehlah hubungi saya seperti dibawah :
Sariah Awang Senik
019-4075634
sariah.awangsenik@gmail.com
Fb : Sariah Awang Senik


Wednesday 9 March 2016

TULISLAH SELAGI MAMPU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Akademi Bekerja Dari Rumah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Salam sejahtera buat semua sahabat dan juga pembaca blog yang sangat dihormati sekalian. Agak lama juga tidak menulis entri baru untuk blog kesayangan ini. Mujur belum sempat berhabuk dan juga bersawang. Apa pun itu bukanlah alasan untuk saya terus berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat semua pembaca blog yang sudi singgah membaca blog yang tidak seberapa ini.

Sebenarnya sejak zaman persekolahan lagi saya memang minat menulis, melukis dan juga membaca. Dan ketika itu mata pelajaran yang paling saya sukai adalah Bahasa Melayu dan juga lukisan. Setiap kali kalau ada esei ataupun karangan sayalah yang paling banyak perkara yang akan ditulis dikarangan tersebut.

Beberapa tahun lepas saya tidak tahu bahawa dengan menulis juga saya mampu menjana pendapatan tambahan. Hinggalah saya berkenalan dengan seseorang iaitu Pn Anys Idayu Zakaria dari Akademi Bekerja Dari Rumah. Terlebih dahulu saya telahpun mempunyai blog sendiri namun blog tersebut tiada arah tujuannya.

Saya mendaftarkan diri dan menjadi jemaah di Akademi Bekerja Dari Rumah. Di bimbing oleh guru online Anys Idayu Zakaria. Dan yang sangat bagusnya kelas-kelas yang diadakan adalah secara online dan masa ditentukan oleh diri kita sendiri. Selama hampir beberaoa bulan saya belajar banyak perkara dan harus menyiapkan entri sebanyak 44 entri sebagai pengenalan diri kepada bakal pembaca blog yang akan singgah membaca di blog saya tersebut.

Apa pun pastikan setiap entri yang ditulis adalah sesuatu yang bakal memberi manfaat buat semua pembaca blog. Kini saya menulis di blog kesayangan saya iaitu http://sariahawangsenik.blogspot.com. Setiap entri yang ditulis adalah berdasarkan segala pengalaman yang dilalui sendiri oleh saya.

Kebanyakannya adalah kisah pengalaman kehidupan dan juga apa yang lakukan selama ini. Pernah juga beberapa kisah saya keluar di beberapa buah majalah. Mengenangkan itu semua saya nekad untuk menulis dan terus menulis selagi mampu. Ada juga yang sudah menjana pendapatan sendiri hanya dengan menulis. Contohnya nya menulis ebook dan juga buku.

Jika ada yang hendak ketahui lebih lanjut bagaimana blog menjana pendapatan tambahan, bolehlah hubungi saya 019-4075634 melalui whatshapp ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com

Sekian
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...