Monday 15 February 2016

KISAH SI PENJUAL PAU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hampir sepuluh tahun lebih bekerja dan memerah keringat mencari rezeki yang halal untuk keluarga tersayang. Pada awalnya saya tidak merancang untuk bekerja lama disini namun banyak masalah yang timbul dan saya mengambil keputusan untuk bekerja sambil membesarkan kedua cahaya mata kesayangan.

Walaupun majikan seorang yang berbangsa Cina namun syukur dia seorang yang tidak cerewet dan sangat memahami segala masalah yang dihadapi oleh para pekerjanya. Bekerja shift dan memulakan tugasan sekitar jam 3 petang dan pulang ke rumah dalam pukul 11.30 malam. Saya memulakan tugasan seperti biasa, iaitu menyusun semula pau-pau yang ada agar ianya cukup untuk para pelanggan yang singgah minum petang di kedai saya ini.
Ada terdapat 4 jenis pau. Iaitu pau ayam, pau daging, pau kaya dan juga pau kacang.

Ada para pelanggan yang suka makan pau kaya dan juga tidak kurang juga yang suka makan pau ayam. Apa pun semuanya terletak kepada kehendak pelanggan yang mengikut selera masing-masing. Selain dari pau, di kedai ini juga ada menjual air minuman seperti kopi, teh, air,tongkat Ali dan juga beberapa jenis minuman lagi. Sambil pelanggan membeli dan makan pau, mereka juga boleh minum petang sambil menikmati pau yang telah dibeli tersebut.

Banyak aspek yang harus diambil berat semasa menjalankan tugasan saya. Antaranya ialah faktor kebersihan, pau dan juga layanan terhadap para pelanggan. Setiap hari saya mengharungi pelbagai karenah pelanggan yang datang daripada pelbagai bangsa dan juga agama. Tidak kurang juga para pelancong yang datang daripada luar negeri. Pelancong ini sangat tertarik akan bentuk pau tersebut dan mereka teringin untuk merasa akan kesedapan pau yang dijual disini.

Sepanjang bekerja disini pelbagai rintangan yang harus saya tempuhi. Antaranya terpaksa melayan gelagat pelanggan yang agak cerewet dan tidak kurang juga tidak berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan terhadap mereka. Setelah semua pau siap dikukus, air rebusan pau haruslah ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan pau senantiasa lembut dan juga gebu.

Setelah semua pau habis dijual, maka process membersihkan tempat mengkukus pau pula. Tempat mengkukus pau haruslah berada dalam keadaan yang bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Airnya juga haruslah ditukar kepada yang baru setiap kali hendak mengkukus pau yang baru.

Insha Allah, suatu hari nanti saya juga teringin membuka dan juga kedai saya sendiri suatu hari nanti.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Sunday 14 February 2016

BERMULALAH SATU HARI YANG BARU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik. blogspot.com

Assalamualaikum. Terasa lama benar tidak menulis sebarang entri baru di blog kesayangan ini. Rasa kesal menyelebungi hati kerana membiarkan blog ini sepi seketika dek terlalu sibuk dengan tugasan yang lain. Apa pun rasa nekad di pasakkan dalam hati agar berusaha sedaya upaya untuk kembali menulis entri baru yang lebih memberi manfaat dan juga rasa segar kepada para pembaca yang singgah membaca di blog ini.

Cuti panjang selama seminggu bersempena dengan sambutan tahun baru Cina telah pun berakhir. Pagi ini anak-anak tersayang bakal memulakan kembali seisi persekolahan seperti biasa. Walaupun sekarang anak-anak syurga masih belum bangun, namun sebagai ibu saya pasti rutin harian mereka setiap hari pasti sibuk dengan pelbagai aktiviti persekolahan.

Tahun ini anak teruna tersayang bakal menduduki peperiksaan SPM. Dah besar panjang rupanya si abang ini dan semakin hari makin dewasa dan matang dalam mengharungi pelbagai dugaan dan juga rintangan. Setiap hari tidak pernah lekang di bibir ini menitipkan doa buat kedua buah hati tersayang dalam melayari bahtera kehidupan ini.

Solat, zikir dan doa adalah kekuatan yang paling utama dalam diri seorang mukmin. Maka hanya itulah bekalan yang selalu dipesan kepada anak-anak tersayang agar tidak sesekali meninggalkannya. Permulaan yang baru bagi suatu hari yang baru dan nekad hanya akan mengutamakan apa Allah suka daripada apa yang hambanya suka.

Utamakan dan dahulukan hanya apa yang Allah suka hambanya buat daripada asyik memikirkan apa yang tidak sepatutnya. Belajar untuk lebih banyak bersyukur dan mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kerana esok lusa belum tentu pasti kita akan menikmatinya lagi.

Itulah yang selalu saya lakukan setiap kali bangun di pagi hari. Mengucap syukur dan berterima kasih kepada Allah atas segala rahmat yang telah diberi selama ini. Sebentar lagi azan subuh akan berkumandang. Maka cukuplah setakat ini entri yang baru dan insha Allah, saya akan usahakan untuk menulis entri-entri baru yang lebih segar dan berfaedah kepada semua.
Salam ceria dari saya dan semoga apa yang dirancang oleh semua para sahabat dan sesiapa sahaja yang singgah membaca blog ini akan dipermudahkan segala urusannya.
Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Friday 12 February 2016

RAYA CINA DAN CUTI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum.
Alhamdulilah. Hampir seminggu bekerja keras selama seminggu bersempena cuti raya Cina dan juga cuti sekolah selama seminggu. Anak-anak pun bercuti sekolah selama seminggu dan nampaknya semakin hari semakin sibuk membuat aktiviti memasing. Secara jujurnya saya sudah lama juga tidak menulis sebarang entri baru untuk blog kesayangan saya ini.

Rasa kesal timbul dalam hati kerana telah membiarkan blog ini sepi buat seketika. Apa pun kini saya berusaha sedaya upaya untuk menulis entri yang baru walaupun tidak dapat menulis dengan secara details. Masa bekerja sepanjang cuti raya ini, nampak pelbagai bangsa mengambil kesempatan mengambil peluang bercuti bersama keluarga dan juga pulang ke kampung halaman.

Mereka semua berasa seronok bersama keluarga masing-masing dan sesekali saya juga teringin membawa anak-anak bercuti suatu masa nanti. Memandangkan cuti hanya tinggal dua hari lagi, maka banyak urusan kerja yang perlu diselesaikan dengan segera.

Apa pun saya tetap bersyukur dengan apa yang ada. Mempunyai pekerjaan, anak-anak, sahabat dan juga keluarga tersayang. Walaupun tidak hidup mewah sebagaimana orang lain, namun saya tetap bersyukur dapat hidup berdikari dan berusaha membina kehidupan yang lebih baik buat kedua anak tersayang.

Doakan agar semua urusan dapat diselesaikan secara baik dan lancar. Selamat Hari Raya Cina buat semua sahabat yang berbangsa Cina dan juga selamat bercuti buat semua rakan-rakan ataupun pembaca blog yang sudi singgah membaca di blog yang tidak seberapa ini.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday 3 February 2016

DEMI DUA CINTA HATI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Kehidupan ini tidak akan sepi dari sebarang dugaan dan juga rintangan. Walau sedaya upaya kita mengelakkannya, dugaan itu akan tetap hadir jua dan setiap dugaan bagaikan kertas peperiksaan yang perlu kita lalui untuk melayakkan kita ke peringkat yang seterusnya.

Mempunyai dua cinta hati yang senantiasa bersama melayari seluruh kehidupan ini, dan tidak akan membuatkan saya gentar untuk menghadapi segala halangan. Mengharungi kehidupan bersendirian membesarkan dua cinta hati bukanlah alasan untuk saya sesekali berasa lemah semangat.

Menghadirkan diri di mahkamah untuk urusan kes Tuntutan Tunggakan Nafkah Anak, bukanlah perkara yang mudah. Semua yang saya lakukan adalah demi dua cinta hati saya agar mereka berdua mendapat hak yang sepaturnya. Bukanlah bertujuan untuk membalas dendam terhadap bekas suami, tetapi lebih untuk mengajarnya tentang erti tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Walaupun telah berpisah hampir empat tahun lamanya, namun pembayaran nafkah anak masih tetap berubah.

Mungkin dia mempunyai masalah tersendiri ataupun sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan. Surat perintah mahkamah telahpun dikeluarkan namun pihak bekas suami masih engkar dengan arahan mahkamah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk berbincang dan selesaikan hal nafkah anak ini secara baik tetapi tidak mendapat sambutan yang baik daripada bekas suami.

Memikirkan ada jalan yang lain untuk selesaikan hal ini, maka saya mengambil keputusan untu langkah yang seterusnya iaitu menfailkan kes Tuntutan Tunggakan Nafkah anak sekali lagi dimahkamah. Banyak process yang perlu dilakukan namun tidak sekali saya berasa berputus asa.

Alhamdulilah. Tanggal 2/2/2016 kes saya diperdengarkan sekali lagi di Mahkamah Syariah Hulu Selangor Kuala Kubu Baharu. Perbicaraan selanjutnya akan disambung pada bulan April tidak lama lagi. Semua perjalanan kes dan juga keputusan kes ini akan ditentukan oleh hakim dimahkamah kelak.

Saya berdoa agar kes ini akan berjalan dengan lancar dan anak-anak saya mendapat hak yang sepatutnya sebagaj seorang anak dan juga dapat menjalani kehidupan seperti mana anak-anak yang lain.

Sekian
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...