Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Hampir sepuluh tahun lebih bekerja dan memerah keringat mencari rezeki yang halal untuk keluarga tersayang. Pada awalnya saya tidak merancang untuk bekerja lama disini namun banyak masalah yang timbul dan saya mengambil keputusan untuk bekerja sambil membesarkan kedua cahaya mata kesayangan.
Walaupun majikan seorang yang berbangsa Cina namun syukur dia seorang yang tidak cerewet dan sangat memahami segala masalah yang dihadapi oleh para pekerjanya. Bekerja shift dan memulakan tugasan sekitar jam 3 petang dan pulang ke rumah dalam pukul 11.30 malam. Saya memulakan tugasan seperti biasa, iaitu menyusun semula pau-pau yang ada agar ianya cukup untuk para pelanggan yang singgah minum petang di kedai saya ini.
Ada terdapat 4 jenis pau. Iaitu pau ayam, pau daging, pau kaya dan juga pau kacang.
Ada para pelanggan yang suka makan pau kaya dan juga tidak kurang juga yang suka makan pau ayam. Apa pun semuanya terletak kepada kehendak pelanggan yang mengikut selera masing-masing. Selain dari pau, di kedai ini juga ada menjual air minuman seperti kopi, teh, air,tongkat Ali dan juga beberapa jenis minuman lagi. Sambil pelanggan membeli dan makan pau, mereka juga boleh minum petang sambil menikmati pau yang telah dibeli tersebut.
Banyak aspek yang harus diambil berat semasa menjalankan tugasan saya. Antaranya ialah faktor kebersihan, pau dan juga layanan terhadap para pelanggan. Setiap hari saya mengharungi pelbagai karenah pelanggan yang datang daripada pelbagai bangsa dan juga agama. Tidak kurang juga para pelancong yang datang daripada luar negeri. Pelancong ini sangat tertarik akan bentuk pau tersebut dan mereka teringin untuk merasa akan kesedapan pau yang dijual disini.
Sepanjang bekerja disini pelbagai rintangan yang harus saya tempuhi. Antaranya terpaksa melayan gelagat pelanggan yang agak cerewet dan tidak kurang juga tidak berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan terhadap mereka. Setelah semua pau siap dikukus, air rebusan pau haruslah ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan pau senantiasa lembut dan juga gebu.
Setelah semua pau habis dijual, maka process membersihkan tempat mengkukus pau pula. Tempat mengkukus pau haruslah berada dalam keadaan yang bersih dan bebas daripada sebarang kekotoran. Airnya juga haruslah ditukar kepada yang baru setiap kali hendak mengkukus pau yang baru.
Insha Allah, suatu hari nanti saya juga teringin membuka dan juga kedai saya sendiri suatu hari nanti.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment