Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah. Kehidupan ini tidak akan sepi dari sebarang dugaan dan juga rintangan. Walau sedaya upaya kita mengelakkannya, dugaan itu akan tetap hadir jua dan setiap dugaan bagaikan kertas peperiksaan yang perlu kita lalui untuk melayakkan kita ke peringkat yang seterusnya.
Mempunyai dua cinta hati yang senantiasa bersama melayari seluruh kehidupan ini, dan tidak akan membuatkan saya gentar untuk menghadapi segala halangan. Mengharungi kehidupan bersendirian membesarkan dua cinta hati bukanlah alasan untuk saya sesekali berasa lemah semangat.
Menghadirkan diri di mahkamah untuk urusan kes Tuntutan Tunggakan Nafkah Anak, bukanlah perkara yang mudah. Semua yang saya lakukan adalah demi dua cinta hati saya agar mereka berdua mendapat hak yang sepaturnya. Bukanlah bertujuan untuk membalas dendam terhadap bekas suami, tetapi lebih untuk mengajarnya tentang erti tanggungjawab sebagai seorang ayah.
Walaupun telah berpisah hampir empat tahun lamanya, namun pembayaran nafkah anak masih tetap berubah.
Mungkin dia mempunyai masalah tersendiri ataupun sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan. Surat perintah mahkamah telahpun dikeluarkan namun pihak bekas suami masih engkar dengan arahan mahkamah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk berbincang dan selesaikan hal nafkah anak ini secara baik tetapi tidak mendapat sambutan yang baik daripada bekas suami.
Memikirkan ada jalan yang lain untuk selesaikan hal ini, maka saya mengambil keputusan untu langkah yang seterusnya iaitu menfailkan kes Tuntutan Tunggakan Nafkah anak sekali lagi dimahkamah. Banyak process yang perlu dilakukan namun tidak sekali saya berasa berputus asa.
Alhamdulilah. Tanggal 2/2/2016 kes saya diperdengarkan sekali lagi di Mahkamah Syariah Hulu Selangor Kuala Kubu Baharu. Perbicaraan selanjutnya akan disambung pada bulan April tidak lama lagi. Semua perjalanan kes dan juga keputusan kes ini akan ditentukan oleh hakim dimahkamah kelak.
Saya berdoa agar kes ini akan berjalan dengan lancar dan anak-anak saya mendapat hak yang sepatutnya sebagaj seorang anak dan juga dapat menjalani kehidupan seperti mana anak-anak yang lain.
Sekian
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment