Monday 22 July 2019

TARBIAH HATI


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Ada sedikit getaran dihati ini. Bimbang sang syaitan membisikkan sesuatu yang tak sepatutnya, maka pilihan yang pertama adalah lebih baik.

Jika sudah ada sebesar zarah pun dosa yang sedang bercambah dihati ini, hanya keampunan dipohon daripada yang maha esa.
Sesungguhnya manusia tak akan pernah sempurna.

Dalam nekad pilih untuk buat lebih banyak kebaikan, ujian tak akan pernah sunyi dalam hidup ini.
Irama musibah dahulu agak berbeza dari sekarang.

Dendangannya lebih halus dan menusuk kalbu.
Maka perisai keimanan mesti diperkukuhkan lagi.
Ingatan buat diri segalanya terjadi dan dipertemukan dengan izinnya.

Maka kepada Allah jualah memohon agar dipermudahkan segala urusan ini.
Boleh sahaja membuat pilihan untuk memohon pertolongan dari keluarga tercinta.

Tapi sampai bila?
Masih ingat lagi pesanan abah tersayang.
Berusaha, berdikari dan berdoa jangan sesekali lupa.

Insyaallah. Walau perit untuk hari ini, namun mengalah tidak sesekali sebelum berjuang.
Jikalau sudah mampu melepasi sang ombak yang pernah membadai dan menghancurkan mahligai impian, jadi tiada bezanya ujian ini.

Diri, kau mesti boleh.
Ikutlah rentak yang sama, dan pasakkan senjata kesabaran dan keimanan mengatasi segalanya.
Dan siapa tahu nikmat kemanisannya ujian ini Allah telah aturkan pahala yang maha besar.
Insyaallah. Aamiin Ya Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday 14 July 2019

CORETAN R&R HIGHWAY


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.my/sariahawangsenik

Semalam dalam sibuk bekerja, sempat jugalah tengok temuramah penulis Tuan Khairul Abdullah dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.

Dalam slot bedah buku itu, Tuan Khairul membincangkan tentang bukunya iaitu Mentaliti Masih Jamban.
Bukunya bersambung kisah dengan buku yang terdahulu iaitu Mentaliti Jamban.

Secara ringkasnya bukunya berkisar tentang sikap kita yang terlalu mementingkan diri sendiri sehingga ada yang menyusahkan orang lain.

Sebenarnya bercakap akan kisah pentingkan diri ini, setiap hari Kak Long terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yang sebegini.

Bukan kata diri Kak Long dah cukup sempurna tapi berazam untuk jadi lebih baik hanya untuk diri sendiri dan keluarga.
Sikap manusia yang sengaja melupuskan
erti kesabaran dalam menuntut satu perkhidmatan yang terbaik

Ya, Kak Long sedar pekerjaan sebagai seorang pembantu kedai ini bukanlah satu pekerjaan yang jadi impian orang ramai.

Namun tanpa sumbangan kami golongan pertengahan ini mana mungkin sistem lebuhraya dapat berfungsi dengan baik.
Yang paling menyedihkan silap sikit layanan yang diberikan kamilah yang terpaksa menanggung bahangnya.

Pernah juga berhadapan sikap pelanggan yang menganggap kami ini bagaikan seekor anjing kurap.
Bercakap kasar tidak sopan dan bermacam lagi.

Terfikir Kak Long, kalau golongan macam Kak Long ini kurang ajar sikit terus mengadu kepada pihak atasan, tapi bagaimana kalau pelanggan yang kurang ajar terhadap kami?

Memang pelanggan selalunya betul tapi tak akan mengabaikan hak Kak Long sebagai seorang pekerja juga.
Apa pun bila mendengar perbincangan Tuan Khairul semalam, ada kebenarannya.

Bukanlah nak mintak selalu dihargai tapi sesekali berusaha untuk berfikir dalam keadaan seperti golongan macam Kak Long ini.
Pekerja tandas, tukang sapu, pembantu gerai, pekerja tol dan highway semuanya bukan satu tugas yang mudah.

Dalam keadaan panas, hujan, kami selalu sedia berkhidmat.
Walau nampak kami tersenyum melayan para pelanggan, namun pernah tak terfikir apa yang ada dalam minda kami?

Di minda kami, teringin juga seperti anda semua.
Bawa keluarga berjalan-jalan, cuti Sabtu dan Ahad.
Tapi tak mampu sebab Sabtu dan Ahadlah orang ramai dan kenalah bekerja kerana pada hari Sabtu dan Ahadlah bayaran agak mahal.

Dan ada juga yang terpaksa kerja sampai malam demi menyara keluarga tercinta.
Anak-anak yang bersekolah, belajar, ibu dan ayah yang uzur dan pelbagai lagi seribu satu kisah.

Harapan dengan adanya buku seperti Mentaliti Masih Jamban ini dapatlah menyedarkan dan mendidik lagi masyarakat bahawa sikap pentingkan diri tidak akan menguntungkan sesiapa malah memburukkan lagi keadaan.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 8 July 2019

LAMAN SOSIAL GEDUNG PAHALA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Syukur atas segala rahmatNYA yang dikurniakan kepada hambanya walau tahu hambanya tak sebaik mana. Namun Allah tetap jua aturkan sesuatu supaya hambanya kepada bertaqwa kepada Allah yang maha esa. Berkongsi kisah ini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan diri baik atau apa. Perkongsian adalah sekadar satu pengalaman bahawa kesusahan yang sedemikian rupa boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Untuk membuat kebaikan tidak Allah tetapkan kepada hambanya hanya kepada bangsa atau seagama sahaja. Malah Allah suka umatnya membuat kebaikan terhadap sesiapa sahaja. Hatta juga kepada seekor binatang.

Kejadian hari ini memberi satu keinsafan buat diri ini. Mungkin juga satu peringatan.
Mohon juga abaikan wajah saya yang tak berapa nak cantik jelita itu. Almaklumlah bekerja dalam keadaan panas dan tempat yang terhad, banyak menguji gunung kesabaran ini.

Bekerja sebagai seorang pembantu kedai, banyak memberi peluang kepada diri ini untuk bertemu dengan sejuta ragam manusia. Ada manusia yang elok budi pekertinya dan tak kurang juga sebaliknya. Namun itulah juga sumber inspirasi saya untuk terus menulis dan juga memberi manfaat buat semua.

Alkisahnya, semalam rakan sekerja yang berbangsa India telah terjumpa satu dompet di depan kedai di tempat saya dan juga rakan-rakan yang lain bekerja.
Semalam adalah hari Ahad, maka ramailah pelanggan yang singgah untuk rehat dan minum di R&R tempat saya bekerja.

Rakan saya itu pada mulanya sudah lama ternampak dompet itu. Namun hampir beberapa ketika tiada yang mengambil dompet tersebut. Risau akan sesuatu, rakan saya tadi memberi tahu kepada rakan yang lain supaya mengambil dompet tersebut dan simpan di dalam kedai tempat saya dan rakan yang lain bekerja.
Menurut rakan saya, tiada ic dalam dompet tersebut.

Yang ada hanya beberapa not duit RM 50 yang agak banyak jugak. Selain daripada itu terdapat kad bank juga kad macam ic berserta nama dan juga syarikat tempat dia bekerja. Jelas hamba Allah ini bukanlah rakyat Malaysia. Dia warganegara India dan datang bekerja di salah sebuah syarikat di bukit Jalil. Dalam hati macam mana nak cari no telefon syarikat ini. Tiba-tiba terfikir nak cari segalanya di Google.

Laju sahaja jari jemari ini mencari maklumat. Selagi tak cari rasa hati ini bagai tak tenteram.
Terkenangkan duit tunai yang ada dalam dompet tersebut. Lagilah bertambah runsing jadinya. Rakan sekerja saya memang tahu yang saya agak aktif di laman sosial. Mana tahu hamba Allah ini ada akaun fb dan sebagainya.


Setelah beberapa lama saya mencari maklumat, barulah terjumpa no tel syarikat tempat hamba Allah ini bekerja. Waktu bekerja pejabat itu bermula pada pukul 9 pagi.
Memandangkan tadi masih awal, maka saya mengambil keputusan untuk menunggu seketika. Sementara itu saya berusaha mencari maklumat di laman fb.
Mungkin saya dapat hantar message di fb akaun messenger.

Alhamdulillah. Rupanya hamba Allah ini akaun fb. Dari fbnya jelas dia bukan warganegara India yang biasa-biasa. Berlatar belakangkan seorang yang berpendidikan tinggi dan mungkin berjawatan agak tinggi di syarikat di tempat dia bekerja sekarang.
Sudah pun bernikah dan rasanya pernikahan hamba Allah ini baru sahaja berlangsung.
Lega dengan maklumat yang terkini, saya langsung memberitahu rakan sekerja akan perkembangan tuan punya dompet ini.


Kira-kira pukul 9.30, saya berusaha menghubungi hamba Allah tersebut.
Namun hampa kerana menurut operator tadi, dia belum lagi masuk ke pejabatnya.
Dalam pukul 11, lagi sekali saya menelefon dan tinggalkan semua detail dan sebagainya kepada operator tersebut.

Rasa syukur yang teramat sangat, bila hamba Allah yang bernama Mr Ravi ini call saya pada kira-kira 12 tengahari. Sewaktu menjawab panggilan beliau dia terus bertanya akan dompetnya dan lokasi kedai tempat saya bekerja. Tak sampai beberapa minit, baru saya terperasan yang Mr Ravi ini sudah pun berada di dalam kedai saya.

Mr Ravi dan isterinya rasa sangat terkejut dan berpelukan sesama sendiri.
Mungkin juga mereka berdua rasa terharu dan seakan tak percaya akan terjumpa dompet berserta duit tunai mereka berdua.
Sebenarnya bagi pihak diri saya, rasa sangat bersyukur dapat pulangkan dompet kepada tuannya sendiri. Membantu bukan atas dasar apa-apa hanya berharap Allah jua yang membalasnya.

Kerana kita tidak tahu bila akan ditimpa sesuatu kesusahan. Cubalah bayangkan kita berada di negara orang dan telah kehilangan pengenalan diri.
Tentu sangat susah dan perit. Yang memudahkan semuanya hanyalah Allah yang maha esa.
Sementara Google dan fb ada hero dan juga heroin saya untuk cari segala maklumat.
Yalah, sekarang kan maklumat dihujung jari.

Pasti hampir semua dari kita dah ada akaun fb. Jadi samalah halnya dengan Mr Ravi dan isterinya. Malam ini dah tentulah Mr Ravi dan isterinya dapat tidur dengan lena. Esok bolehlah Mr Ravi masuk ke office seperti biasa.
Sebagai rakyat Malaysia, wajiblah tunjukkan contoh yang baik kepada rakyat negara yang lain. Supaya nama Malaysia semakin terkenal bukan sahaja makanannya tetapi juga rakyat negara Malaysia sendiri. Tapi bukanlah nak puji diri sendiri pulak ya.

Apa pun laman fb adalah satu tempat untuk bersosial.
Gunakan laman sosial ini untuk berbuat seberapa banyak amal kebaikan.
Berusahalah untuk berkongsi kebaikan dan juga sebaliknya.
Maka tak mustahil juga boleh dijadikan sebagai salah satu gedung pahala buat di kampung abadi nanti.
Insyaallah.

Nota : Maaf keadaan diri yang kurang cantik sebab ada kipas yang buatkan tudung jadi tak kemas.πŸ˜…πŸ˜…


Sekian
Sariah Awang Senik

Friday 5 July 2019

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Masih mengharap orang lain untuk berikan sebuah kebahagiaan?

Usah membuang masa menunggu sebuah kebahagiaan.
Kerana hakikatnya kebahagiaan telah lama wujud dalam diri kita sendiri.

Cuma sinar kebahagiaan itu tertutup oleh nafsu yang senantiasa merasuk diri.
Gemar melihat insan lain, hinggakan terlupa untuk melihat apa yang ada selama ini.

Sesekali jika terus lalai, Allah akan tarik secara perlahan-lahan segala nikmat yang telah dianugerahkan.
Tanpa sedar semakin lama makin hilang dari genggaman.

Jangan terkejut kalau kelak Allah kurniakan satu ujian.
Satu teguran kasih sayang agar jangan terus hidup dalam khayalan.

Ingat tiada satu apa pun didunia ini milik kita kekal abadi.
Buat peringatan kepada diri dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

Rasa bimbang ubatlah jiwa dan minda dengan doa, zikir dan selawat.
Tanamkanlah benih istiqamah supaya ianya jadi satu kemestian sebagaimana wujudnya rutin makan, minum, tidur dan sebagainya.

Dan itulah bahagia yang sebenarnya apabila senantiasa berada tetap disamping Allah apabila tiba pada waktunya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday 2 July 2019

FREE EBOOK IDEA MENULIS



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Ada masanya tugas sebagai seorang ghostwriter taklah semudah yang disangka.
Adakalanya tiba-tiba hilang idea.

Tugas Penulis Upahan ataupun Ghoswriter ialah menulis.

Tapi kadang-kadang kita ketandusan idea untuk menulis.

Hari ini saya ingin hadiahkan anda ebook PERCUMA 7 Rahsia Lubuk Idea Penulisan. Sila dapatkan ebook ini dilink pada ruangan komen.

Dapat free ebook ini di link ini
http://upahmenulis.onpay.my/order/form/efreeebooklubukideamenulis/Sariah1974


Sekian
Sariah Awang Senik

SYARAT UNTUK JADI SEORANG GHOSTWRITER


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik




Ada yang tanya

Boleh ke saya menjadi Penulis Upahan?

Apa syarat-syaratnya.

Jika anda ada ciri-ciri berikut (di dalam gambar), insyaAllah anda boleh lakukannya.

Cubalah, mana tahu tahun 2019 tahun anda membina kerjaya baru yang anda impikan selama ini.

Boleh buat sepenuh masa atau separuh masa. Saya pun tak sangka ada rupanya kerja begini dalam industri penerbitan.

Hanya kita sahaja yang tiada maklumat.

Surirumah antara calon berpotensi besar menjadi penulis upahan.

Kita tentukan masa dan kerja kita.

Itulah kebebasan!                   

Klik link dibawah jika berminat untuk jadi seorang ghostwriter http://upahmenulis.onpay.com/order/form/kelasghostwriteronline/Sariah1974


Sekian
Sariah Awang Senik

SATU KEJAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Satu kejayaan yang sangat bermakna.
Setelah 45 tahun minat menulis terbiar tanpa diberikan sentuhan peribadi.

Kini impian tercapai sudah dengan terbitnya buku sendiri walau hanya gabungan dengan penulis yang lain.
Harapannya kejayaan ini adalah satu permulaan yang baru dalam dunia penulisan.

Semoga dapat hasilkan penulisan yang lebih bermanfaat buat semua dan yang penting ikhlas menulis dari ini sendiri.

Jika ada yang sudi ingin membacanya bolehlah wasap terus disiniπŸ‘‰πŸ‘‰ 019-4075634

#bukuanekdotpeniagaonline


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday 1 July 2019

DIA DAH BALIK


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Sunyi bila dia dah balik.
Abahnya setia saja tunggu depan rumah.
Alhamdulilah.
Biarlah selamanya kekal begitu.

Walau hampir bertahun lamanya kami tak pernah bercakap, berbincang dan sebagainya, namun tetap saja aku berfikir yang baik-baik.
Melihat dia menjemput dan menghantar anak balik ke asrama, itu pun sudah sangat melegakan diri aku.

Waktu anak-anak masih kecil dan bersekolah rendah, memang masa itu aku berdikari sendiri.
Hantar anak dengan hanya berjalan kaki.
Mujur tak jauh mana.
Pernah jugalah terasa perit saat dilanda keletihan.

Syukur Ya Allah kau pilih aku untuk lalui semua ujian-ujian itu.
Dengan ujian inilah makin menjadikan aku tak gentar dengan apa jua cabaran yang mendatang.
Alhamdulilah.


Sekian
Sariah Awang Senik

UPAH SEORANG GHOSTWRITER


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dari Group Facebook
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Jika kalian lihat disekeliling, ada juga kawan-kawan yang relaks sahaja tanpa perlu membuat kerja part-time.

Adakah kalian tahu yang mereka ini diam-diam sahaja menjadi penulis upahan? Atau dalam Bahasa inggerisnya ialah Ghost Writer.

Ini antara bayaran yang biasa diterima oleh penulis upahan:

Artikel RM200-RM300/artikel.

Menukar Audio kepada teks (RM500-RM1,000)

Buku Konsep Mudah ditulis dalam masa 15 hari (RM2,000)

Buku Konsep Sederhana ditulis dalam masa 30 hari (RM5,000)

Buku Konsep Berat ditulis dalam masa 60 hari (RM10,000)

Buku Tokoh ditulis dalam 60 hari (RM18,000)

Buku Kajian dan Penyelidikan (RM20,000-RM30,000)

Buku Agensi (RM100,000-RM150,000)
Laporan Syarikat (RM14,000)

Biografi (RM20,000-RM30,000)

Penyediaan Modul Pembelajaran (RM1,000)
SOP Syarikat (RM20,000)

Menulis Skrip Drama (RM5,000-RM20,000).

Aha, ok tak?

Bayangkan kita dah balik ke rumah, kita hanya perlu siapkan artikel yang kita boleh search dan rujuk melalui buku dan beberapa tempat lain. Kemudiannya, kita submit. Dan kita akan dapat cash terus.

Perkara ini kita boleh lakukan sebagai part-time, malah jika kita perform dengan baik, kita boleh lakukannya secara full-time.

Betapa seronoknya kita akan menerima pulangan atas buku yang kita sudah sediakan.

Suka tak jadi Penulis Upahan?

Jika  suka, boleh belajar bagaimana nak menjadi penulis upahan atau Ghostwriter secara online.

Secara online?

Ya secara online je. Kat rumah santai-santai belajar.

Best ke best?

Nak info lanjut boleh klik link di link yang disediakan ya.
http://upahmenulis.onpay.com/order/form/kelasghostwriteronlinr/Sariah1974


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...