Wednesday 27 May 2015

HIPPOTERAPI ATAU TERAPI BERKUDA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Bismilahirahmannirahim. Ya Allah semoga urusan dipermudahkan dengan jalan yang sebaik-baiknya.
Sebenarnya saya merasa sangat bersyukur dan lega kerana masih berpeluang untuk menulis suatu entri yang mungkin ataupun jarang kita ketahui tentang suatu kaedah rawatan yang terbaru iaitu Hippoterapi ataupun rawatan berkuda.

Sebenarnya hippo adalah suatu perkataan yang berasal dari bahasa greek yang bermaksud kuda dan juga rawatan pemulihan. Hippoterapi merupakan satu bentuk terapi yang menggunakan pergerakan haiwan khususnya kuda bagi menjalankan sesuatu rawatan. Mungkin kaedah rawatan ini masih baru dan hanya diperkenalkan di negara kita sejak beberapa tahun yang lepas.  Penyakit yang memerlukan kaedah rawatan hippoterapi ini adalah golongan orang kurang upaya, kanak-kanak down sindrom dan juga kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran.

Hippoterapi adalah satu bentuk kaedah komunikasi dengan kuda yang melibatkan pergerakan secara fizikal dan juga lisan. Kesan daripada pergerakan  secara fizikal ianya menjadi suatu isyarat ataupun arahan untuk kuda bergerak. Dengan pergerakan tersebut yang secara dinamik, kuda digunakan untuk mencapai tahap matlamat terapi.

Menurut pakar perubatan, kaedah rawatan hippoterapi ini dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Antara penyakit yang dapat dipulihkan menggunakan kaedah rawatan ini antaranya adalah penyakit yang berkaitan mental , masalah komunikasi dan juga autisme. Ada beberapa tempat yang menawarkan rawatan hippoterapi ini. Salah satu daripadanya ialah Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia.

Selalunya bagi orang biasa menunggang kuda adalah perkara biasa dan juga aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu rawatan alternatif  dan juga keadah penyembuhan yang dapat membantu kanak-kanak ini menjalani kehidupan sepertimana kanak-kanak yang lain.

Coretan Rawatan
Sariah Awang Senik

Tuesday 26 May 2015

AKTIVITI HARIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Rutin harian aku hari ini berjalan seperti biasa. Bangun seawal pukul 4 pagi dan menjalankan tanggungjawab kepada yang maha esa. Sebelum bersolat subuh, aku menyiapkan sarapan untuk anak-anak tersayang. Tiada apa yang istimewa. Kadang-kadang cuma nasi goreng, roti telur ataupun cuma makan roti sahaja. Satu lagi kebiasaan aku ialah memberi kucing-kucing kesayangan aku makan terlebih dahulu. Walaupun cuma kucing peliharaan namun aku senang melayan makhluk Allah yang comel dan manja ini. 

Setelah selesai bersolat subuh, aku akan bersiap-siap untuk menghantar anak bujang tersayang menunggu bas di simpang rumah aku tersebut. Selalunya bas akan sampai dalam pukul 6.30 pagi. Tetapi kadang awal juga. Sampai je dirumah, aku sibuk menyiapkan pulak anak dara kesayangan ke sekolah. Yang seorang ini, memang susah nak bangun awal. Jadi terpaksalah aku selalu mengerakkan dia berkali-kali untuk bangun daripada tidur. Dalam pukul 7.05 pagi, aku pun menghantar anak dara ke sekolah yang tidak jauh daripada rumah aku. 

Selepas balik daripada sekolah, aku sibuk menguruskan rumahtangga dan juga tidak lupa untuk bersarapan. Sebenarnya aku bercadang untuk mengantikan semua puasa yang aku tinggal pada tahun lepas. Tidak puasa memang seronok, tapi nak mengantikannya seksa juga. Sepatutnya hari ini adalah hari cuti rehat aku. Aku tidak pasti dapat bercuti rehat. Banyak sangat masalah dalaman yang terpaksa aku lalui hampir setiap hari. 

Walaubagaimana pun, aku tetap berdoa dan terus berdoa moga semua yang aku rancangkan berjalan dengan lancar. Hari ini untuk hidangan tengahari aku cuma membelinya dari warung yang berhampiran dirumah aku. Selepas menghantar anak dara ke sekolah agama, aku terus memasak apa yang patut untuk hidangan makan malam nanti. 

Dalam hati aku tidak putus berdoa, moga tiada apa yang tidak diingini berlaku ditempat kerja aku. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Sedang asyik leka menulis entri ini, dah pun masuk waktu solat Asar.  Apa pun, aku hendak berhenti sekejap untuk bersolat terlebih dahulu. Nanti aku akan sambungkan dengan entri yang lebih berfaedah dan juga menarik. Insha Allah.

Coretan Harian

Sariah Awang Senik

Nota : Maaf inilah gambar kucing kesayangan yang bernama ' Momok'. Kalau nak tahu dialah yang banyak membantu menjaga rumah aku untuk bebas daripada serangan dan juga gangguan tikus.

Monday 25 May 2015

KOLEKSI SHAHRIZAD COTTON HOUSE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Shahrizad Cotton House
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah syukur di atas segala nikmat yang diberi oleh Allah yang maha esa. Kini ada koleksi terbaru dengan harga yang amat berpatutan. Juga terdapat corak-corak yang menarik dengan warna yang sangat cantik.

Jenis kain cotton grade AAA, tidak mudah renyuk, tahan lasak, licin dan juga senang digosok. Sekarang ini masih banyak lagi stok yang ada. Jika anda berminat hendak membelinya, bolehlah hubungi saya seperti dibawah.

Nama: Sariah Awang Senik

Tel     : 019-4075634

Email : sariah.awangsenik@gmail.com


Thursday 21 May 2015

PROMOSI HOMESTAY / RESORT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum. Hati berasa sangat bersyukur dapat melepasi semua halangan walaupun terpaksa berdepan dengan bermacam masalah. Tidak lama lagi cuti sekolah bakal bermula. Pasti ramai ibubapa sedang merancang untuk membawa anak-anak pergi bercuti di tempat-tempat yang menarik dan juga cantik.

Bagi anda yang mempunyai homestay dan juga resort, mungkin kami jemaah di Akademi Bekerja Dari Rumah boleh membantu anda mengiklankan homestay dan juga resort anda di blog homestay kami iaitu http://senaraihomestaymalaysia.blogspot.com.
Dengan kos pembayaran sebanyak RM 150, homestay dan juga resort anda akan kekal di dua link pengiklanan Akademi Bekerja Dari Rumah iaitu Homestay Malaysia dan juga Sohodirectory.

Jika anda berminat untuk menempatkan homestay dan resort anda di sini, anda bolehlah hubungi saya selaku salah seorang pengurus online ABDR. Nama saya Sariah 019-4075634 dan email saya ialah sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Homestay
Sariah Awang Senik

Wednesday 20 May 2015

PROMOSI BUKU ILIMIAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dropship Buku Ilimiah
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Buku motivasi yang sangat sesuai menjadi bahan bacaan utama anda. Tajuknya ialah AKU, DIA DAN REZEKI.
Penulis buku ini ialah Mohamad Feroz Muhamad Zin.

Berharga RM 30 dan dah termasuk postage. Genrenya ialah islamik dan tarbiah. Penerbitnya ialah Legancy Publishing S/B. Pengedarnya Inteam Publishing S/B. Jika berminat ingin membacanya, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Buku Ilimiah
Sariah Awang Senik

HIDUP INI SEBENARNYA ADALAH SUATU PERKONGSIAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Hidup ini adalah suatu perjalanan yang sungguh indah. Di setiap perjalanan akan ada kisah suka dan juga dukanya. Nikmati sepuasnya kala hati anda dilanda rasa sedih dan juga gembria. Ketika melalui kisah dan juga duka, percayalah bahawa ianya tidak akan selamanya bersedih. Dan juga begitu jugalah apabila anda melalui saat gembria.

Setiap daripada kita berhak untuk rasa gembria dan juga sebaliknya. Sebenarnya kehidupan ini bukan sahaja menerima sesuatu, malah lebih daripada itu. Kehidupan ini adalah suatu perkongsiaan. Bagaimana kita cuba memberikan sesuatu agar orang yang kita sayangi terus merasa gembria dan dihargai setiap masa. Kegembriaan dan juga kebahagiaan bukanlah terletak kepada wang, harta dan juga kuasa. Kebahagiaan itu sebenarnya ialah bagaimana kita saling berkongsi kebahagiaan dan juga membantu orang lain supaya mereka juga dapat memperbaiki diri dan juga kehidupan mereka yang tersedia ada.

Apabila kita ingin berkongsi sesuatu, tidak semestinya bersama-sama keluarga sahaja, malah boleh juga berkongsi dengan sesiapa sahaja. Contohnya rakan sekerja, sahabat handai dan juga jiran tetangga. Itulah indahnya perjalanan kehidupan ini. Masa yang ada tidaklah terlalu panjang. Usahalah dan cubalah jangan dicemari hati kita dengan perasaan benci, dendam dan juga amrah yang terlalu berpanjangan. Jika hati terlalu banyak sifat yang negatif ini, secara tidak langsung ianya akan terserlah dengan sendirinya.

Maka kehidupan ini haruslah lebih banyak memberi dan berkongsi dengan sesiapa sahaja. Dengan berbuat demikian, kita akan berasa lebih bahagia dan bermakna di dalam melalui sesuatu kehidupan. Insha Allah.

Coretan Kebahagiaan
Sariah Awang Senik

Monday 18 May 2015

PROMOSI BUKU ILIMIAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dropship Buku Ilimiah
http://sariahawang senik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Begitu cepat masa berlalu. Adakalanya masa itu umpama emas. Terlalu amat berharga dan kita harus menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.
Sesungguhnya masa yang ada boleh diisikan dengan segala aktiviti yang bermanfaat kepada diri dan juga keluarga.

Walaupun kita sedang bekerja, kita masih boleh lagi mencari pendapatan sampingan. Terdapat bermacam-macam cara untuk mencari pendapatan sampingan. Ketika sedang berada di rumah juga terdapat pelbagai cara untuk menambah ekonomi rumahtangga. Contohnya, kumpulan sokongan AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH, terdapat pelbagai produk yang menawarkan perniagaan secara 'dropship'. Cara perniagaan 'dropship' ini begitu terkenal di masa sekarang.

Selain daripada itu ada juga jemaah yang bernaung di bawah kumpulan sokongan ini yang telah pun berjaya menambah pendapatan sampingan hanya daripada rumah. Dia juga telah pun sepenuhnya berhenti kerja seawal umur 40 tahun. Bergelar seorang jurutera dan kini aktif membuat pelbagai kerja dari rumah.

Beliau yang saya maksudkan ialah Pn Azura Abdullah. Kini dia juga telah menghasilkan sebuah buku ilimiah yang bertajuk ' Bekerja Dan Berniaga'.
Harga buku ini ialah RM 45 dan telah termasuk postage.

Jika anda berminat hendak mendapatkannya, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Sekian Terima Kasih.
Sariah Awang Senik

Sunday 17 May 2015

HUJAN RAHMAT

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Amboi, hujan masih lagi turun diluar. Alhamdulilah hujan juga hari ini. Hampir beberapa minggu yang lepas cuaca terlalu panas dan hanya hujan sekejap sahaja. Hari ini pula hujan turun dengan lebatnya. Saya berasa sangat bersyukur kerana selalunya saya tidak dapat selesaikan segala urusan rumahtangga sebaik yang mungkin seperti hari ini. Bila dah rancang untuk buat sesuatu yang berat, ada sahaja yang menghalangnya.

Hari ini juga, anak-anak tersayang ringan tulang untuk menolong membantu mengemas rumah dan juga menyusun apa yang patut. Di rumah ini yang paling banyak hanyalah koleksi buku-buku anak tersayang dan juga buku-buku koleksi saya sendiri. Buku yang ada di simpanan saya adalah novel, buku-buku ilmiah dan juga buku motivasi. Agak sejuk juga apabila hujan dah turun. Sekejap lagi saya terpaksa menjalankan tanggungjawab saya sebagai pekerja dan berdoa moga semua urusan dipermudahkan sebaik yang mungkin.

Anak dara tersayang saya hari ini, hanya sibuk menonton rancangan kegemarannya sahaja. Daripada cerita kartun hinggalah rancangan drama tv yang popular suatu waktu dahulu. Saya sempat mengingatkan dia supaya jangan lupa mengulangkaji kerana tidak lama akan ada peperiksaan di sekolah agamanya.

Hampir terlupa saya untuk bersiap ke tempat kerja dek sibuk menyiapkan entri saya untuk hari minggu ini. Okey, saya seharus bersiap secepat yang mungkin. Walaupun masih hujan, namun saya pasti ianya akan reda tidak lama lagi. Kata orang, hujan lebat macam ini adalah masih paling baik untuk berdoa. Di kesempatan ini saya berdoa, moga semua insan yang saya kenali tidak kira di laman sosial ataupun di luar, moga mereka akan berbahagia selalu dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Insha Allah.

Coretan Harian
Sariah Awang Senik

Wednesday 13 May 2015

BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : http://bukuallahtempatmeminta.blogspot.com/2015/05/dropship-buku-allah-tempat-meminta-buku.html
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Setiap kesusahan yang dilalui oleh seseorang akan ada kesenangannya yang tersendiri. Begitu jugalah dengan buku motivasi terbaru yang bertajuk BERSAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN. Penulis buku ini juga sebenarnya asalnya adalah pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Ingin dapatkan buku motivasi yang menarik ini, anda bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Kesenangan
Sariah Awang Senik

BUKU MOTIVASI 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Mungkin ada yang masih tercari-cari buku motivasi yang berbentuk ilmiah yang sesuai dijadikan panduan untuk mengharungi segala dugaan di dalam sesebuah kehidupan.

Kini terdapat buku baru dari pakar motivasi terkenal iaitu Dr Azizan Osman. Buku yang bertajuk 21 Formula Hidup Luar Biasa adalah buku terbaru dari Dr Azizan Osman.

Harga buku ini ialah RM 45 termasuk postage. Jika ada yang berminat untuk membaca dan mendapatkannya, bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Tuesday 12 May 2015

SIFAT MALAS

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, cuaca mendung sahaja di luar itu. Hujan yang turun pun cuma sedikit. Aku masih lagi di tempat kerja. Menjalankan tugas dan juga amanah sebaik yang mungkin. Kalau difikirkan dalam cuaca yang mendung macam ini, kalau tidur pun seronok juga. Kalau mengikut kata hati memang macam itu. Nak kerja senang dan selalu dapat duit tetapi malas nak berusaha. Namun sampai bila ya, aku tewas dek perasaan malas ini?

Secara jujurnya, aku nak berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada ' zon selesa ' ini. Tetapi ada sahaja godaan yang selalu mengusik hati dan juga minda aku yang satu ini. Aku pasti jika aku berusaha ' all out' tentu hasilnya lebih memberangsangkan. Bak kata orang, rezeki seseorang hanya tuhan sahaja yang lebih mengetahuinya.

Sifat malas ini selalu sahaja mengoda jiwa dan juga naluri aku. Biarlah, nantilah, takut gagal, dan bermacam lagi perasaan yang negatif. Kalau mendengar semua bisikan hati itu, alamat tidak ke mana-manalah kehidupan aku. Aku tidak mahu menjadi manusia yang gagal merancang. Mujur sudah menjadi kebiasaan aku suka mencoretkan sesuatu di dalam diari aku yang tidak seberapa itu. Berbekalkan coretan yang ada itulah yang tidak membuatkan diriku cepat leka dengan dunia yang aku ciptakan sendiri.

Aku harus berusaha dan merancang sebaik yang mungkin demi masa depan aku dan anak-anak. Insha Allah berbekal doa dan usaha yang tidak pernah putus, aku juga mampu meraih kejayaan aku sendiri insha Allah.


Sekian Terima Kasih

Sariah Awang Senik

Monday 11 May 2015

PROMOSI EBOOK MEI 2015

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Masih terbuka promosi ebook daripada AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Promosi masih berlangsung dengan harga yang amat istimewa.

Harganya ialah RM 50 untuk dua buah ebook. Ebooknya ialah:
@@@ Yeay Mama Sudah Resign
@@@ 101 Idea Home Based Bisnes.

Jika berminat ingin dapatkannya, bolehlah hubungi saya sperti di bawah :
Sariah Awang Senik
019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
Fb Sariah Awang Senik
Fanpage Sariah AWANG SENIK Corner
Instragram SARIAH74

Sekian Terima Kasih

Sunday 10 May 2015

SAMBUTAN HARI IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, semalam adalah Hari Ibu seluruh dunia. Walau pun tiada ucapan daripada anak-anak, namun saya tetap merasa,bersyukur dengan kedua anak tersayang tetap dan selalu ada di samping saya. Memang saya tidak pernah menyambut hari ibu di dalam kehidupan seharian kami sekeluarga. Sepatutnya ianya tidak perlu diraikan. Cukuplah mereka berdua selalu bersama saya saat susah dan juga senang.

Lagipun Hari Ibu tidak digalakkan di raikan di dalam ajaran agama Islam ini. Sebenarnya semalam, saya begitu sibuk bersama anak dara tersayang di dalam memberikannya sokongan di dalam Hari Sukan di sekolahnya. Tahun ini memang tiada rezeki untuk anak tersayang. Dia hanya mampu mendapat satu hadiah sahaja di dalam acara lompat jauh di sekolahnya. Dalam acara balapan pula dia gagal meraih apa-apa kejayaan.

Sebagai seorang ibu, saya tetap merasa bangga kerana dia senantiasa bersemangat setiap kali kejohanan sukan bermula di sekolahnya. Semalam juga ada suatu kejadian yang tidak pernah berlaku kepadanya. Semasa dia menjalankan acara larian 4×200meter dan hanya beberapa langkah ke garisan penamat dia hampir pengsan dan sukar bernafas. Saya dan gurunya membawanya ke hospital kerana dia mengadu pening dan sukar bernafas. Ingatkan ianya hanya perkara biasa. Gurunya menasihatkan saya agar jangan mengambil ringan jikalau dia masih lagi sukar bernafas.

Setelah selesai mendapatkan rawatan di wad kecemasan, doktor memberitahu dia hampir mengalami stroke haba. Mujur dia di bawa cepat ke hospital dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Agak terkejut juga saya, kerana kejadian ini tidak pernah berlaku kepadanya sejak dia dari tahun satu lagi. Dia selalu aktif di sekolah dan juga selalu menyertai semua aktiviti di sekolahnya.

Ketika berada di luar wad kecemasan, saya sempat berbual bersama guru yang membawa anak saya ke hospital. Apa yang membuatkan saya terharu ialah gurunya memberitahu saya semasa dia sedang sakit dan sukar bernafas, dia memberitahu gurunya supaya tidak memberitahu saya kerana risau saya akan merasa risau. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sebagai ibu. Begitu bijak dia menyimpan sesuatu yang berlaku hanya tidak mahu membuat saya merasa risau dan juga bimbang.

Gurunya tidak menyangka bahawa anak saya seorang yang cerdik dan aktif di sekolah sebenarnya mempunyai ibubapa yang telah pun berpisah. Mungkin dia tidak pernah bercerita dan hanya selesa bercerita dengan rakan-rakan baiknya sahaja. Syukur dia tidak mengalami apa-apa penyakit yang serius. Lewat petang semalam dia dibenarkan pulang oleh doktor dan beberapakan beberapa jenis ubat untuk di makan di rumah.

Saya sangat takut akan kehilangan dia, sebagaimana kehilangan kakaknya suatu waktu dahulu. Itulah peristiwa yang bermakna yang berlaku semalam dan saya bagaikan hampir terkejut dan tidak menyangka sama sekali akan berlaku kepada diri anak tersayang. Semoga anak dara dan juga abangnya menjadi anak-anak yang taat dan juga solehah dan berjaya di dalam semua bidang yang mereka bakal ceburi suatu hari nanti. Insha Allah.

Coretan Hari Ibu
Sariah Awang Senik

Wednesday 6 May 2015

KESERONOKAN YANG MENGUNDANG PADAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Satu Malaysia di gemparkan dengan satu kisah kemalangan yang begitu tragis. Kemalangan yang mengorbankan 3 nyawa yang tidak bersalah akibat daripada mereka yang hanya ingin mencari keseronokan. Ianya berlaku di kilometer 6.2 lebuhraya Duta Ulu Kelang ( DUKE ) awal pagi Sabtu yang lalu. Di dalam kemalangan tersebut, mereka yang terkorban adalah sepasang suami dan juga isteri iaitu, Fairuz Nizam 35 tahun, Nora Safiri Asikin 27 dan bayi mereka yang berumur 7 bulan iaitu Nur Firuza Annisa .

Menurut saksi, kemalangan tersebut di sebabkan oleh beberapa buah kereta Myvi yang berlumba sesama sendiri dan melanggar kereta Pajero Sport milik mangsa. Di fahamkan kereta Myvi tersebut bergesel dengan kereta mangsa dan sebuah lagi kereta Myvi melanggar lagi kereta Pajero dan menyebabkan kereta mangsa berpusing sebanyak 3 kali. Kesemua mangsa tercampak ke atas jalan raya termasuklah bayi mereka yang berusia 7 bulan.

Betapa manusia terlalu mengejar keseronokan dan membawa kepada sebuah kecuaian dan menyebabkan kematian. Akibat daripada kemalangan tersebut telah menyebabkan 2 lagi anak mangsa iaitu adik Nur Firuza Amira 7 tahun serta adiknya yang kedua Nur Firuza Aqila 4 tahun menjadi yatim piatu dalam sekelip mata. Anak-anak ini masih terlalu mentah untuk memahami apa yang terjadi ke atas kedua orang tua mereka. Mereka bakal menghadapi trauma yang hebat dan bakal berkekalan sehingga mereka berdua dewasa.

Apabila melihat video anak-anak ini menangis dan juga memanggil mama dan papa, hati ini sayu yang teramat sangat. Moga Allah memberikan mereka sepenuh kekuatan mental dan juga fizikal untuk mengharungi kehidupan yang seterusnya. Syukur mereka berdua masih mempunyai nenek dan juga bapa saudara yang amat penyayang dan senantiasa dilimpahi dengan kasih dan sayang.

Telah banyak kisah kemalangan yang terjadi akibat keseronokan dan juga kecuaian orang lain. Sekalipun pemandu-pemandu ini bernaung di bawah sesuatu kelab mereka haruslah bertindak secara berhemah tanpa menyebabkan banyak pihak yang merasa marah di atas segala tindakan mereka di sebuah laman sosial. Cubalah untuk meluangkan sedikit waktu menziarahi keluarga mangsa dan juga anak-anaknya yang masih terlalu kecil. Dimanakah letaknya sifat belas dan juga kasihan sesama insan.

Seharusnya di masa akan datang setiap kelab ataupun pertubuhan yang didaftarkan harus diteliti kenapa ianya di tubuhkan dan apakah matlamat penubuhan kelab dan juga sesuatu pertubuhan. Kini kita harus lebih berhati-hati semasa memandu di jalan raya ataupun kawasan lebuh raya. Maut tidak mengenal sesiapa. Hanya beberapa saat sahaja dan telah mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah.

Bagaimana kehidupan dan masa depan anak-anak ini hanya Allah yang maha mengetahui. Setiap yang berlaku walau teramat pahit ada sejuta hikmah yang tersembunyi. Bak kata orang, " Dugaan Yang Hebat Hanya Untuk Orang-orang yang hebat."
Al-Fatihah untuk semua mangsa dan moga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah. Amin.

Coretan Sayu
Sariah Awang Senik

Saturday 2 May 2015

KEBAHAGIAAN DAN KEPUASAN SEORANG IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah. Syukur hati saya sebagai seorang ibu melihat dan juga mendidik sendiri kedua anak-anak tersayang walaupun bergelar seorang ibu tunggal. Status ibu tunggal langsung tidak melemahkan semangat untuk memberikan yang terbaik buat kedua anak tersayang saya. Yalah, masyarakat hari ini masih ada mempunyai pandangan negatif tentang seorang ibu tunggal.

Apa pun saya tetap dan nekad untuk membesarkan dan juga mendidik mereka berdua sebaik yang mungkin. Melihat mereka membesar dan tersenyum riang adalah suatu kepuasan dan juga kebahagiaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Betapa mereka berdua tetap membesar meskipun tanpa kasih dan sayang seorang yang bernama ayah. Mereka berdua masih lagi punyai seorang ayah. Tetapi mungkin ketika ini ayah mereka ada masalah tersendiri.

Tidak pernah sesekali pun mereka rasa rendah diri walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Tidak tahulah mereka mungkin ada cara tersendiri untuk meluahkan segala perasaan yang ada. Selama hampir beberapa tahun, mereka tetap mencapai keputusan yang membanggakan di dalam bidang akademik dan juga apa sahaja bidang yang mereka gemari.

Saya akui di peringkat permulaan memang ada sedikit kesan negatif daripada sebuah perceraian. Namun saya berusaha dan tetap bersama-sama mereka setiap kali ada masalah di dalam sesuatu yang sedang mereka usahakan.
Berkongsi minat yang sama iaitu membaca, saya berusaha membelikan buku-buku yang terbaik untuk santapan minda mereka. Kalau nak ikutkan terdapat banyak koleksi buku-buku di rumah. Ada majalah, komik, novel dan juga buku-buku yang menguji minda mereka.

Kini saya berusaha memberikan yang terbaik buat anak-anak tersayang. Apalah sangat pengorbanan saya sebagai seorang ibu, jika dibandingkan dengan senyuman yang terukir di wajah mereka berdua.  Saya lebih rela mengorbankan kebahagiaan sendiri, demi melihat mereka kekal bersemangat dan juga gembria menjalani kehidupan.seharian.

Suatu masa nanti insha Allah akan ada bahagian yang telah Allah tentukan di kehidupan saya dan juga anak-anak tersayang.

Sekian Coretan Kasih
Sariah Awang Senik

Friday 1 May 2015

HARI PEKERJA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Semalam adalah hari pekerja ataupu hari buruh satu Malaysia. Memang kalau bekerja waktu pejabat, memang semalam tidak payah keluar bekerja dan hanya duduk ' melepak' di rumah. Namun apakan daya, pekerjaan aku tidak macam itu. Saya bekerja shift dan walaupun bekerja hanya sebagai pembantu tetapi saya bersyukur dengan rezeki yang ada.

Tidak bercadang untuk bekerja lebih lama di sini, cuma sekadar ingin mencari seberapa banyak pengalaman berniaga cara bangsa lain berniaga dan mengukuhkan perniagaan mereka.
Di dalam bidang perniagaan kesabaran dan niat untuk belajar sesuatu haruslah ada di dalam diri masing-masing. Pengurusan kewangan juga amat penting selain kepercayaan yang kuat di antara majikan dan juga pekerjanya.

Telah hampir 10 tahun lebih mencari rezeki di sini dan kini saya terpaksa bersaing dengan warga asing untuk mencari rezeki. Saya akui setiap hamba Allah di bumi ini telah dijanjikan rezekinya masing-masing. Maka dengan itu setiap cabaran yang datang harus di hadapi dengan hati yang redha. Bidang pekerjaan saya menawarkan perkhidmatan dan sudah tentulah layanan haruslah sebaik yang mungkin. Tidak bermakna layanan haruslah seperti di hotel 5 lima, namun cukuplah dengan cara hormat menghormati di antara pekerja dan juga dengan para pelanggan. Janganlah terlalu cepat menunding jari jika sesuatu permasalahan yang berlaku.

Contohnya baru-baru ini dengan sistem GST yang baru sahaja di jalankan keatas semua para peniaga. Tiada guna melepaskan kemarahan terhadap pekerja. Saya sebagai pengguna berhadapan juga dengan masalah GST. Namun tidaklah merasa terlalu marah. Cuma sedang berfikir untuk mencari jalan alternatif lain untuk dapatkan kembali wang GST yang telah saya belanjakan di dalam sebulan.

Salah satu caranya ialah dengan berniaga melalui secara online ataupun offline. Di laman sosial terdapat bermacam-macam peluang perniagaan. Tetapi haruslah berhati-hati jika ada sebarang penipuan yang mungkin akan berlaku.

Okey, sempena hari pekerja ini saya ucapkan Selamat Hari Pekerja, dan semoga pekerjaan yang kita lakukan mendapat manfaat di dunia dan juga akhirat. Inha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...