Sunday, 10 May 2015

SAMBUTAN HARI IBU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, semalam adalah Hari Ibu seluruh dunia. Walau pun tiada ucapan daripada anak-anak, namun saya tetap merasa,bersyukur dengan kedua anak tersayang tetap dan selalu ada di samping saya. Memang saya tidak pernah menyambut hari ibu di dalam kehidupan seharian kami sekeluarga. Sepatutnya ianya tidak perlu diraikan. Cukuplah mereka berdua selalu bersama saya saat susah dan juga senang.

Lagipun Hari Ibu tidak digalakkan di raikan di dalam ajaran agama Islam ini. Sebenarnya semalam, saya begitu sibuk bersama anak dara tersayang di dalam memberikannya sokongan di dalam Hari Sukan di sekolahnya. Tahun ini memang tiada rezeki untuk anak tersayang. Dia hanya mampu mendapat satu hadiah sahaja di dalam acara lompat jauh di sekolahnya. Dalam acara balapan pula dia gagal meraih apa-apa kejayaan.

Sebagai seorang ibu, saya tetap merasa bangga kerana dia senantiasa bersemangat setiap kali kejohanan sukan bermula di sekolahnya. Semalam juga ada suatu kejadian yang tidak pernah berlaku kepadanya. Semasa dia menjalankan acara larian 4×200meter dan hanya beberapa langkah ke garisan penamat dia hampir pengsan dan sukar bernafas. Saya dan gurunya membawanya ke hospital kerana dia mengadu pening dan sukar bernafas. Ingatkan ianya hanya perkara biasa. Gurunya menasihatkan saya agar jangan mengambil ringan jikalau dia masih lagi sukar bernafas.

Setelah selesai mendapatkan rawatan di wad kecemasan, doktor memberitahu dia hampir mengalami stroke haba. Mujur dia di bawa cepat ke hospital dan tiada apa-apa yang buruk berlaku. Agak terkejut juga saya, kerana kejadian ini tidak pernah berlaku kepadanya sejak dia dari tahun satu lagi. Dia selalu aktif di sekolah dan juga selalu menyertai semua aktiviti di sekolahnya.

Ketika berada di luar wad kecemasan, saya sempat berbual bersama guru yang membawa anak saya ke hospital. Apa yang membuatkan saya terharu ialah gurunya memberitahu saya semasa dia sedang sakit dan sukar bernafas, dia memberitahu gurunya supaya tidak memberitahu saya kerana risau saya akan merasa risau. Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sebagai ibu. Begitu bijak dia menyimpan sesuatu yang berlaku hanya tidak mahu membuat saya merasa risau dan juga bimbang.

Gurunya tidak menyangka bahawa anak saya seorang yang cerdik dan aktif di sekolah sebenarnya mempunyai ibubapa yang telah pun berpisah. Mungkin dia tidak pernah bercerita dan hanya selesa bercerita dengan rakan-rakan baiknya sahaja. Syukur dia tidak mengalami apa-apa penyakit yang serius. Lewat petang semalam dia dibenarkan pulang oleh doktor dan beberapakan beberapa jenis ubat untuk di makan di rumah.

Saya sangat takut akan kehilangan dia, sebagaimana kehilangan kakaknya suatu waktu dahulu. Itulah peristiwa yang bermakna yang berlaku semalam dan saya bagaikan hampir terkejut dan tidak menyangka sama sekali akan berlaku kepada diri anak tersayang. Semoga anak dara dan juga abangnya menjadi anak-anak yang taat dan juga solehah dan berjaya di dalam semua bidang yang mereka bakal ceburi suatu hari nanti. Insha Allah.

Coretan Hari Ibu
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...