Wednesday, 27 May 2015

HIPPOTERAPI ATAU TERAPI BERKUDA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum.
Bismilahirahmannirahim. Ya Allah semoga urusan dipermudahkan dengan jalan yang sebaik-baiknya.
Sebenarnya saya merasa sangat bersyukur dan lega kerana masih berpeluang untuk menulis suatu entri yang mungkin ataupun jarang kita ketahui tentang suatu kaedah rawatan yang terbaru iaitu Hippoterapi ataupun rawatan berkuda.

Sebenarnya hippo adalah suatu perkataan yang berasal dari bahasa greek yang bermaksud kuda dan juga rawatan pemulihan. Hippoterapi merupakan satu bentuk terapi yang menggunakan pergerakan haiwan khususnya kuda bagi menjalankan sesuatu rawatan. Mungkin kaedah rawatan ini masih baru dan hanya diperkenalkan di negara kita sejak beberapa tahun yang lepas.  Penyakit yang memerlukan kaedah rawatan hippoterapi ini adalah golongan orang kurang upaya, kanak-kanak down sindrom dan juga kanak-kanak yang ada masalah pembelajaran.

Hippoterapi adalah satu bentuk kaedah komunikasi dengan kuda yang melibatkan pergerakan secara fizikal dan juga lisan. Kesan daripada pergerakan  secara fizikal ianya menjadi suatu isyarat ataupun arahan untuk kuda bergerak. Dengan pergerakan tersebut yang secara dinamik, kuda digunakan untuk mencapai tahap matlamat terapi.

Menurut pakar perubatan, kaedah rawatan hippoterapi ini dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Antara penyakit yang dapat dipulihkan menggunakan kaedah rawatan ini antaranya adalah penyakit yang berkaitan mental , masalah komunikasi dan juga autisme. Ada beberapa tempat yang menawarkan rawatan hippoterapi ini. Salah satu daripadanya ialah Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia.

Selalunya bagi orang biasa menunggang kuda adalah perkara biasa dan juga aktiviti yang menyeronokkan. Tetapi bagi kanak-kanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu rawatan alternatif  dan juga keadah penyembuhan yang dapat membantu kanak-kanak ini menjalani kehidupan sepertimana kanak-kanak yang lain.

Coretan Rawatan
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...