Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Alhamdulilah, terasa diri ini telah melakukan pelbagai kesilapan dan juga sering membazirkan masa yang ada. Seharusnya masa yang ada dihabiskan sebaik yang mungkin. Namun selalu sahaja ada godaan yang datang daripada pelbagai sudut. Semenjak bergelar seorang ibu tunggal selama hampir 3 tahun, terlalu banyak perkara yang saya telah pelajari. Betapa kita manusia hanya merancang dan tuhan jua yang menentukan.
Saat dilanda sesuatu musibah dan juga dugaan, terasa diri ini bagaikan tidak mampu untuk menghadapi semuanya. Bagaimana orang yang kita sayangi dan percaya mendustai diri kita tanpa disedari. Bagaimana dengan kelemahan yang kita ada di ambil sebagai suatu kesempatan yang terbaik untuk menutupi semua keburukan diri insan yang selama ini kita percayai. Begitu mudah melupakan semua kebaikan dan pengorbanan dan menjadikan kelemahan dan juga kesilapan kita sebagai alasan terbaik untuk menyelamatkan diri sendiri.
Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Ajaibnya kuasa Allah sukar diungkapkan dengan kata-kata. Apabila sedang melalui suatu saat kesukaran tiada apa yang mampu dilakukan, melainkan berdoa, bersujud dan juga menyerahkan semuanya kepada yang maha esa. Percayalah Allah jadikan sesuatu semua bersebab dan ada rahmat yang tersembunyi. Kita tidak pasti apakah lagi yang akan berlaku kepada diri dan juga keluarga kita kelak. Ketika saat sedih dan juga kecewa hati kita bagaikan terhiris dengan sembilu yang amat tajam. Tetapi Allah telah pun menyediakan penawarnya tersendiri andai kita terus berdoa dan juga meminta dan juga merayu kepada tuhan yang mengawal seluruh alam semesta ini.
Saat sukar itu berlaku pergi satu persatu. Di berinya kita rahmat tanpa disedari. Kasih sayang dan juga cinta yang hilang suatu waktu dahulu diterbitkan dan hadir sekali lagi di dalam hati ini. Berusaha untuk menepisnya namun bagaikan tidak mampu. Rasa bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di dalam hati ini. Sedang dilanda kekeliruan ini, hanya doa dan terus berdoa moga Allah berikan petunjuk yang baik. Jika memang ianya terbaik, maka semoga semuanya berjalan dengan lancar. Jika sebaliknya, mohon dijauhkan sama sekali daripada kehidupan saya.
Walaubagaimana pun, biarlah segala-galanya masih kekal begitu dan juga menjadi rahsia yang hanya Allah yang mampu menjawabnya. Insha Allah saya akan tetap berdoa dan terus berusaha yang terbaik buat anak-anak tersayang dan juga keluarga yang dicintai. Amin.
Coretan Kuasa Allah
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment