Posts

Showing posts from February, 2015

JUJUR DAN IKHLAS DALAM SESUATU PEKERJAAN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.comKejujuran dan juga keikhlasan adalah amat penting di dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika melakukan sesuatu kerja hanya inginkan sesuatu habuan ataupun inginkan perhatian memang agak memenatkan diri sendiri. Hasil kerja daripada sikap yang sebegini adalah langsung tidak memuaskan. Kebanyakan kerja ataupun sesuatu pekerjaan yang terhasil daripada niat sebegini selalunya banyak kesilapan yang berlaku dan juga menyusahkan orang lain yang ingin melakukan pekerjaan sebaik yang mungkin.Memulakan awal sesuatu pekerjaan di dalam keadaan yang tidak stabil juga akan menyebabkan suatu kerugiaan besar kepada orang lain ataupun kepada sesebuah syarikat yang besar. Maka apabila hendak melakukan sesuatu haruslah di mulai dengan niat yang betul dan di redai oleh Allah yang maha esa. Sebaik-baiknya berdoalah kepada Allah moga semua pekerjaan yang bakal dilakukan berjalan dan sempurna juga akhirnya nanti. Jika rasa terpaks…

BIAR MERCUN BERBICARA

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.comAlhamdulilah sekejap sungguh masa berlalu. Sekarang sudah pun bulan February dan sekarang kaum Cina sedang merayakan hari raya mereka secara besar-besaran. Macam kita jugalah yang menyambut hari raya puasa. Tetapi rasanya sambutan hari raya Cina tahun ini agak hambar sedikit.Mungkin tiada sambutan istimewa yang majikan saya buat untuk semua pekerja-pekerjanya. Apapun saya malas dan tidak mahu menyentuh semua isu-isu yang negatif ini. Sambutan di kawasan perumahan saya tersangat meriah. Habis sahaja, saya selesai bekerja di malam hari raya Cina itu, sambutannya sudah agak terasa. Dengan bunyi mercun yang berdentam dentun di sana sini, hampir membuatkan saya kurang selesa untuk tidur dan berehat. Rumah saya di tengah-tengah kejiranan Cina. Bunyi mercunnya pulak betul-betul di tepi cuping telinga. Nak marah memang tidak boleh sebab ini adalah hari raya terbesar kaum Cina. Sudahnya saya dan anak-anak keluar d…

GENAPLAH USIA 41 TAHUN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.comSudah pun mencapai usia 41 tahun. Tetapi terasa terlalu banyak perkara yang perlu di pelajari. Kalau nak tahu memang tahun ini tiada sebarang sambutan istimewa yang dilakukan. Tarikh hari jadinya jatuh sehari hari raya Cina. Maka jawabnya terpaksalah bekerja dari pagi hinggalah ke lewat malam. Ucapan yang paling bermakna adalah daripada anak-anak tersayang dan itulah yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk bekerja dan menghadapi segala dugaan di kehidupan ini.Banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan aku selama ini. Tidak kiralah kisah sedih mahupun sebaliknya. Namun dengan semua cabaran kehidupan inilah, aku banyak belajar dan menjadikan pengajaran buat diriku dan anak-anak sekalian.Bergelar seorang ibu tunggal yang telah pun berumur 41 tahun, bukanlah perkara yang mudah. Perasaan rendah diri dan sering menjadi bahan umpatan masyarakat telah semakin sebati di dalam kehidupan aku seharia…

PENAT BEKERJA WAKTU MUSIM PERAYAAN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.comBersempena cuti hari raya Cina yang lepas, saya terpaksa bekerja dari pagi hinggalah ke malam. Kalau nak di cerita pasal penat hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Hampir semua shift pagi terdiri daripada bangsa Cina. Dan menyebabkan shift petang terpaksa bekerja dari pagi hinggalah ke malam.Permulaan bekerja pada hari pertama kerja pagi memang amat mencabar. Maklum sahajalah semalamnya habis kerja jam 12 malam. Dan esoknya hari Rabu telah pun memulakan shift pagi. Dan secara kebetulan pula hari pertama bekerja jatuh pada tarikh hari lahir kelahiran saya. Agak terkilan kerana tidak dapat meraikannya bersama dengan anak-anak tersayang. Namun ucapan dan ingatan kasih sayang anak-anak dapat mengubat semua rasa terkilan saya. Anak dara adalah insan pertama yang mengucapkan kata-kata yang indah itu. Dan itu tambah membuatkan saya bersemangat untuk bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran.Bekerja di dalam k…

KENANGAN MASA BERLALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http;//sariahawangsenik.blogspot.comMasa sehari bercuti memang agak pantas berlalu. Macam makan nasi. Itulah yang aku rasa bila setiap hari aku offday ataupun cuti rehat. Kalau nak tahu dah off ini banyak sangat perkara yang aku hendak lalukan. Nak menjahitlah, menulislah dan bermacam-macam lagi. Kadang rasa tidak terbuat semua. Namun apa yang pasti hari ini je dah hampir dua ataupun tiga entri aku kat blog kesayangan aku ini iaitu Travelog Kehidupan.Okey dah malam-malam macam ini aku suka mendengar radio sambil menulis. Laju je idea. Tidak payah nak fikir lama sangat. Aku pernah jugak alami kekeringan idea. Selalunya aku akan baca buku. Tidak kiralah buku apa. Anak-anak syurgaku sudah pun lena di buai mimpi. Mereka ini mesti penat sangat masa sekolah tadi. Al maklumlah hari ini hari aktiviti kokurikulum di sekolah. Ketika sedang menulis entri ini, aku asyik melayan perasaan dan juga teringat zaman persekolahan yang banyak sangat kenangan pah…

CERDAS KAN MINDA ANAK-ANAK DENGAN AMALAN MEMAKAN PUR Q ACTIVE

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.comKini terdapat pelbagai makanan tambahan untuk minda anak-anak yang banyak berada di pasaran. Ada yang berbentuk kapsual ataupun cecair. Pur Q Active adalah makanan tambahan yang berbentuk jelly lembut yang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ianya juga boleh di makan oleh golongan dewasa ataupun sesiapa sahaja.Mengandungi garam bukit, zafaran dan juga terapi ayat-ayat ruqyah. Dengan mengamalkan pemakanan Pur Q Active, ianya dapat membantu melancarkan pengaliran oksigen ke otak. Dengan mendapat oksigen yang secukupnya, pastinya daya pemikiran mereka akan lebih fokus dan mudah memahami pembelajaran yang di ajarkan. Harga untuk makanan tambahan ini tidaklah terlalu mahal. Sesiapa sahaja mampu membelinya. Pur Q Active, harganya seperti berikut :
@@@ Harga sebotol RM 35
           RM 5 postage.
@@@ 2 botol RM 60 dan ada percuma tupperware.Jika anda berminat untuk membeli dan mencubanya untuk anak-anak anda bolehla…

BUKU ATM ATAU ALLAH TEMPAT MENGADU

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.comSebenarnya nya buku ATM ataupun Allah Tempat Mengadu menghimpunkan 40 kisah benar bagi mereka yang telah pun mengamalkan MMR ataupun mudahnya menjemput rezeki. Mereka juga sebenarnya adalah pembaca MMR. Kini buku ini boleh di beli dan di miliki sekarang.
Dapatkan ATM, baca dan amalkan apa yang telah di cadangkan di dalam ATM ini. Kita boleh cuba dan amalkan selama sertahun bermula dari Januari 2015 hinggalah Disember 2015. Baca dan buktikannya sendiri. Di dalam buku ATM ini, telah di pilih 40 cerita benar dan hampir 400 cerita yang di hantar oleh mereka yang mahu berkongsi keberhasilan masing-masing.
Mereka juga sebenarnya adalah pembaca MMR dan kisah tersebut semuanya berdasarkan atas apa yang telah mereka baca dan amalkan melalui membaca Mudahnya Menjemput Rezeki.
Penulis buku ini adalah Fathuri Salehuddin.Harga buku ini ialah RM25 termasuk kos postage. Berminat ingin dapatkan buku ini, boleh hubungi say…

EBOOK 44 RESIPI SIHAT BERPANTANG

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.comEbook 44 Resipi Sihat Berpantang
Penulis Masayu Ahmad
Sangat sesuai bagi persediaan ibu-ibu yang akan berpantang dan juga yang sedang mengamalkan diet untuk menguruskan badan.
Resipi yang sihat dan berkhasiat ini terdiri daripada 44 resipi. Ada resipi daripada ayam, ikan, daging dan juga nasi.
Harga promosi ialah RM 30 untuk 2 buah ebook.
Tawaran sah sehingga 30 Mac 2015.
Selepas tawaran tamat, harganya adalah RM 60.
Berminat untuk dapatkan ebook ini dari Akademi Bekerja Dari Rumah.
Anda boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.comSekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

SEJENAK BERSAMA ANAK-ANAK TERSAYANG

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.comSemalam hari Selasa adalah hari yang paling mencabar dan menduga aku sebagai seorang ibu dan juga tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Sebenarnya kerja aku ini tidaklah seglamour mana. Rasanya dah banyak kali juga, aku nyatakan di dalam entri yang lepas. Kerja sebagai seorang pembantu kedai di sebuah hentian Rehat dan Rawat. Tetapi asalkan kerjanya halal aku tetap dan setia dengan pekerjaan aku sekarang. Bercadang untuk berhenti kerja suatu hari nanti dan memulakan pekerjaan hanya dari rumah. Maka sebagai persediaan awal segala kerja secara sambilan, aku usahakan menjadikannya sebagai rutin harian aku. Pukul 11.37 malam, itu adalah waktu kedai aku di tutup. Sampai di rumah tepat pukul 12 malam. Masa sampai di rumah anak-anak masih belum tidur. Mungkin sedang mengemaskan buku sekolah dan menyediakan segala keperluan persekolahan untuk keesokan harinya. Si adik sudah pun penat, dan ingin terus tidur. Manaka…

TIPS KEKAL BAHAGIA SEBAGAI SEORANG IBU TUNGGAL

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.comTentu semua kaum wanita tidak mahu menjadi seorang ibu tunggal. Begitu jugalah dengan saya. Bergelar seorang ibu tunggal tanpa rela, namun redha menerima semua ketentuan dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kalau nak tahu, memang perit apabila bergelar seorang ibu tunggal. Perasaan malu dan rasa terhina dan juga terabai, itulah perasaan yang saya lalui setelah sah bergelar seorang ibu tunggal.Saya mencari seribu kesilapan yang telah menyebabkan saya bergelar seorang ibu tunggal. Namun semakin hari saya merasa penat dan letih memikirkan semua perkara tersebut. Pasa pandangan saya, sebagai seorang isteri saya telah memberikan segala yang terbaik untuk rumahtangga yang di bina atas dasar cinta, tetapi tidak menjamin kebahagiaan di dalam rumahtangga yang saya impikan selama ini.Demi masa hadapan anak-anak tersayang saya harus melakukan sesuatu yang terbaik untuk anak-anak dan juga kebahagiaan mereka. Tidak mahu t…

PERFUME GARDEN

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Lagi set Perfume Garden yang sesuai di jadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang dan bermacam lagi. Setnya mengandungi :
Bulgari Man 100ml
Bulgari Aqra Marrine 100ml
Perfume stick 8ml
Harga RM 300 sudah termasuk postage.
Anda berminat hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.comCoretan Wangian
Sariah Awang Senik

PERFUME GARDEN -KOLEKSI FEBRUARY

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.comKoleksi set yang terbaru dari Perfume Garden. Sesuai untuk lelaki.
Boleh di jadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang. Selain daripada itu boleh di jadikan hadiah pertunangan ataupun sebagai barang hantaran.
Setnya ialah :
CH Sport Man 100ml
Bodywash 100ml
Vial 2ml 3 pcs
Harga RM 200 dah termasuk postage.
Berminat hubungi saya seperti di bawah:
Sariah Awang Senik
Call/sms/whatshapp 019-4075634
Email sariah.awangsenik@gmail.com
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Coretan Perfume
Sariah Awang Senik

AKU PERLU DAN MESTI BERUSAHA

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.comAssalamulaikum, Bismilahirahmanirahim. Banyak perkara yang berlaku sama ada yang buruk dan baik yang telah pun berlalu dalam kamus kehidupan saya sepanjang tahun 2014. Bagaimana ingin memulakan sesuatu perubahan yang baik dan juga di kelilingi oleh kawan-kawan yang hampir 90 peratus berfikiran negatif. Bukan mudah kan? Tapi itulah yang telah saya lalui di sepanjang tahun 2015.Banyak kelemahan juga yang harus saya perbaiki. Walaupun saya ni dah pun agak berusia tapi saya tidak kisah belajar perkara yang baru daripada mereka yang lebih muda. Tetapi rasanya sekarang hampir separuh daripada teman baru saya di alam maya ini terdiri daripada mereka yang muda dan banyak pengalaman terutamanya di dalam perniagaan secara online ini. Walauapa pun yang berlaku saya harus terus berusaha dengan lebih gigih tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada saudara mara dan juga adik beradik. Adik beradik…

SEISI MEREHATKAN MINDA DAN BADAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.comAssalamulaikum warahmatuallahiwabarakatuh.
Entah kenapa terasa teringin pulak nak beri salam kat semua, walaupun rasa macam tak de orang nak jawab. Hari ni semua urusan aku berjalan dengan lancar. Bermula dengan urusan sekolah anak-anak hinggalah kepada tanggungjawab aku sebagai seorang pembantu kedai. Aku kerja sebagai seorang pembantu kedai je, di sebuah hentian Rehat dan Rawat arah ke Kuala Lumpur.Memang kerja aku tidaklah seglamour mana. Namun aku gembria kerana telah hampir berkerja kat situ selama lebih kurang 10 tahun. Lamanya! Betul ke lama? Bagi aku biasa je. Semuanya aku lakukan dahulu adalah tujuan utama untuk bantu ringankan beban kewangan bekas suami aku. Tapi tu dulu. Sekarang semuanya dah berubah. Walaupun aku dan suami dah berpisah, aku tetap meneruskan kerja aku ni seperti biasa.Mempunyai majikan yang memahami akan keadaan aku dan tidak cerewet, itu semua sangat melegakan hati aku. Tapi aku…

AIZMALL GEDUNG ONLINE

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.comAizmall gedung online adalah salah satu gedung yang menjual pelbagai makanan ringan ala barat seperti mana restoran makanan segera yang terkenal. Antaranya ialah KFC, MCDONALD, KENNYROGERS dan bermacam lagi.Antara produk yang di jual di sini ialah :
@@@ Mashed potato
@@@ Cheezy wedges sauce
@@@ Tepung Magik
@@@ Tepung ayam goreng uncle bob.
Semua produk adalah halal dan harganya amat berpatutan.
Harga adalah seperti berikut :
@@@ Mashed Potato RM 20
@@@ Cheezy Wedges Sauce RM 20
@@@ Tepung Magik RM 20
@@@ Tepung Ayam Goreng Uncle Bob RM 20
Semua harga sudah termasuk postage.Jika berminat ingin dapatkan semua barangan ini boleh hubungi saya seperti di bawah.
Nama : Sariah Awang Senik
No Tel : 019-4075634. Boleh juga whatshapp saya.
FB        : Sariah Awang Senik
Email   : sariah.awangsenik@gmail.com
Sekian Terima Kasih.

KENAPA AKU MAHU MENULIS

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.comAssalamulaikum. Bersyukur kepada hadrat Allah kerana masih di beri kekuatan untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Sebenarnya sejak sekolah lagi aku memang minat menulis. Asal sahaja ada masa terluang aku akan menulis tentang apa sahaja yang berlaku setiap hari. Kadang-kadang aku menulis tentang aktiviti harian dan juga segala urusan harian yang aku lakukan  setiap hari. Bagi aku dengan menulis segala yang berlaku setiap hari, aku akan dapat mengenal pasti di mana kelemahan dan juga kesilapan jika sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku. Selain daripada itu dengan menulis juga aku dapat meluahkan semua perasaan sedih ataupun gembria dan ianya tidaklah membebankan emosi dan juga perasaan hati aku ini. Selalunya aku menulis di dalam diari yang aku selalu sediakan setiap tahun. Aku selalunya sangat teruja apabila memasuki tahun yang baru kerana aku boleh membeli diari baru yang cantik lagi menarik pe…