Wednesday, 25 February 2015

JUJUR DAN IKHLAS DALAM SESUATU PEKERJAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Kejujuran dan juga keikhlasan adalah amat penting di dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika melakukan sesuatu kerja hanya inginkan sesuatu habuan ataupun inginkan perhatian memang agak memenatkan diri sendiri. Hasil kerja daripada sikap yang sebegini adalah langsung tidak memuaskan. Kebanyakan kerja ataupun sesuatu pekerjaan yang terhasil daripada niat sebegini selalunya banyak kesilapan yang berlaku dan juga menyusahkan orang lain yang ingin melakukan pekerjaan sebaik yang mungkin.

Memulakan awal sesuatu pekerjaan di dalam keadaan yang tidak stabil juga akan menyebabkan suatu kerugiaan besar kepada orang lain ataupun kepada sesebuah syarikat yang besar. Maka apabila hendak melakukan sesuatu haruslah di mulai dengan niat yang betul dan di redai oleh Allah yang maha esa. Sebaik-baiknya berdoalah kepada Allah moga semua pekerjaan yang bakal dilakukan berjalan dan sempurna juga akhirnya nanti. Jika rasa terpaksa ataupun hanya hendak menunjuk-nunjuk memang tidak akan bertahan lama.

Menghadapi hamba Allah sebegini kadang-kadang adalah merupakan suatu ujian juga kepada diri sendiri. Tidak mampu berbuat apa-apa, hanya mampu berdoa dan bertahan dengan segala kekuatan yang ada. Memang sukar pada mulanya, namun alhamdulilah berkat doa dan juga pelbagai kaedah yang telah dipelajari maka tidaklah rasa terlalu terbeban sangat.

Biarkanlah dia melakukan apa sahaja. Asal niat dan tujuan kita adalah betul dan tidak menyusahkan orang lain. Tidak perlu menunjuk- nunjuk keikhlasan dan kejujuran seseorang. Kerana semuanya boleh dilihat dengan jelas dari segi perbuatan dan juga hasil kerja seseorang.

Jika kerja yang dilakukan tidak mengalami sebarang kesalahan, maka benarlah semua kerja yang dilakukan hanya semata-mata kerana Allah. Dan jika sebaliknya namun akan berlakulah banyak kesalahan dan bakal mendatangkan masalah yang besar kepada orang lain ataupun sesuatu syarikat.

Dengan itu pastikan niat anda ikhlas dan jujur di dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jangan menyusahkan orang lain dengan niat yang tidak betul itu. Dan  Perbetulkan niat anda terlebih dahulu. Insha Allah segala pekerjaan yang dilakukan akan berjalan dengan lancar dan teratur.

Coretan Keikhlasan Dan Kejujuran
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...