Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum. Bersyukur kepada hadrat Allah kerana masih di beri kekuatan untuk menulis entri yang tidak seberapa ini. Sebenarnya sejak sekolah lagi aku memang minat menulis. Asal sahaja ada masa terluang aku akan menulis tentang apa sahaja yang berlaku setiap hari. Kadang-kadang aku menulis tentang aktiviti harian dan juga segala urusan harian yang aku lakukan setiap hari.
Bagi aku dengan menulis segala yang berlaku setiap hari, aku akan dapat mengenal pasti di mana kelemahan dan juga kesilapan jika sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku. Selain daripada itu dengan menulis juga aku dapat meluahkan semua perasaan sedih ataupun gembria dan ianya tidaklah membebankan emosi dan juga perasaan hati aku ini. Selalunya aku menulis di dalam diari yang aku selalu sediakan setiap tahun. Aku selalunya sangat teruja apabila memasuki tahun yang baru kerana aku boleh membeli diari baru yang cantik lagi menarik perhatian aku.
Sebenarnya sejak aku mengenali kumpulan sokongan Akademi Bekerja Dari Rumah, dan juga kursus kelas penulisan blog untuk perniagaan ataupun apa sahaja aku telah pun memahami bahawa dengan menulis melalui blog yang di sediakan, iannya mampu memberi pendapatan sampingan dan juga sekaligus dapat menjadi sumber maklumat kepada orangramai yang mencari maklumat melalui alam maya dan sebagainya. Nyata dengan belajar menulis blog dengan cara yang betul akan dapat mempunyai pembacanya yang tersendiri. Dan sebab itulah kenapa aku mahu lebih banyak menulis tidak kira tentang apa sahaja pengalaman yang pernah aku lalui selama ini.
Menulis dari hati yang ikhlas dan jujur dan tidak meniru hasil penulisan orang lain. Menjadikan hasil tulisan orang lain sebagai rujukan dan menyatakan segala informasi maklumat penulisan di blog anda tersebut. Sebenarnya antara tujuan utama aku menulis adalah untuk beramal dan juga menyedarkan dan memberi semangat terutama kepada golongan yang kurang bernasib baik dan juga golongan ibu tunggal. Itulah sebabnya aku harus lebih konsisten menulis dan juga cuba menulis sesuatu yang lebih banyak memberi maklumat kepada orang ramai.
Melalui guru online aku sendiri iaitu Pn Anys Idayu Zakaria aku di nasihatkan supaya lebih banyak menulis dan juga harus konsisten menulis setiap hari walaupun hanya sebaris ayat. Aku nekad membuat keputusan untuk lebih banyak menulis dan juga cuba menghadirkan diri di kursus-kursus yang berkaitan dengan penulisan supaya boleh menjadi seorang penulis yang baik, yang tidak pernah kekeringan idea. Siapa tahu suatu hari nanti jika di takdirkan aku telah tiada nanti, hasil penulisan aku di jadikan rujukan dan juga dapat di baca oleh anak-anak dan juga generasi yang akan datang.
Coretan Penulisan
Sariah Awang Senik
Nota : Anda ingin tahu lebih lanjut tentang Akademi Bekerja Dari Rumah, anda boleh juga hubungi saya Sariah salah seorang pengurus online di ABDR ataupun layari link ABDR iaitu http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment