Sunday, 22 February 2015

PENAT BEKERJA WAKTU MUSIM PERAYAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bersempena cuti hari raya Cina yang lepas, saya terpaksa bekerja dari pagi hinggalah ke malam. Kalau nak di cerita pasal penat hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya. Hampir semua shift pagi terdiri daripada bangsa Cina. Dan menyebabkan shift petang terpaksa bekerja dari pagi hinggalah ke malam.

Permulaan bekerja pada hari pertama kerja pagi memang amat mencabar. Maklum sahajalah semalamnya habis kerja jam 12 malam. Dan esoknya hari Rabu telah pun memulakan shift pagi. Dan secara kebetulan pula hari pertama bekerja jatuh pada tarikh hari lahir kelahiran saya. Agak terkilan kerana tidak dapat meraikannya bersama dengan anak-anak tersayang. Namun ucapan dan ingatan kasih sayang anak-anak dapat mengubat semua rasa terkilan saya. Anak dara adalah insan pertama yang mengucapkan kata-kata yang indah itu. Dan itu tambah membuatkan saya bersemangat untuk bekerja dan menghadapi pelbagai cabaran.

Bekerja di dalam keadaan yang stress dan dengan keadaan cuaca yang semakin panas, bukanlah perkara yang mudah. Semalam hari terakhir cuti musim perayaan, keadaan sesak orang ramai yang pulang semula ke rumah untuk bekerja dan juga ada anak-anak yang akan bersekolah. Gelagat mereka sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada orang-orang macam saya. Dek kerana terlalu lama berada di dalam keadaan jalan yang jem, membuatkan orang ramai menjadi cepat marah dan juga berada di dalam keadaan yang tertekan.

Itulah cabaran sebenar saya yang bertugas sebagai salah seorang pekerja di sebuah lebuh raya utara selatan. Walaupun pekerjaan ini bukanlah berdasarkan minat namun saya tetap akan jalankan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Dan itulah yang saya lakukan hampir setiap hari. Kadang-kadang dengan gelagat pelanggan yang pelbagai hampir juga menguji tahap kesabaran saya sebagai pekerja. Memandangkan bekerja di bawah pengawasan PLUS, maka layanan dan juga kebersihan amat di utamakan.

Ketika saya sedang menulis entri ini, saya sedang cuba berehat sepenuhnya, sebelum bekerja semula pada jam 3 petang ini nanti. Walaubagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana sudah selesaikan semua tugasan saya sebagai pekerja sebaik yang mungkin. Ada beberapa perkara yang harus saya selesaikan terlebih dahulu sebaik sahaja selesai menulis entri ini. Apa pun, saya tetap menyimpan cita-cita untuk bekerja daripada rumah insha Allah suatu hari nanti.

Coretan Penat Lelah
Sariah Awang Senik.

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...