Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http;//sariahawangsenik.blogspot.com
Masa sehari bercuti memang agak pantas berlalu. Macam makan nasi. Itulah yang aku rasa bila setiap hari aku offday ataupun cuti rehat. Kalau nak tahu dah off ini banyak sangat perkara yang aku hendak lalukan. Nak menjahitlah, menulislah dan bermacam-macam lagi. Kadang rasa tidak terbuat semua. Namun apa yang pasti hari ini je dah hampir dua ataupun tiga entri aku kat blog kesayangan aku ini iaitu Travelog Kehidupan.
Okey dah malam-malam macam ini aku suka mendengar radio sambil menulis. Laju je idea. Tidak payah nak fikir lama sangat. Aku pernah jugak alami kekeringan idea. Selalunya aku akan baca buku. Tidak kiralah buku apa. Anak-anak syurgaku sudah pun lena di buai mimpi. Mereka ini mesti penat sangat masa sekolah tadi. Al maklumlah hari ini hari aktiviti kokurikulum di sekolah.
Ketika sedang menulis entri ini, aku asyik melayan perasaan dan juga teringat zaman persekolahan yang banyak sangat kenangan pahit dan juga manisnya. Bersekolah di sebuah sekolah yang memang terkenal di daerah aku. Sekolah Menengah Clifford. Kalau nak tahu aku satu sekolah dengan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza. Adik aku dulu satu kelas dengannya. Waktu itu Datuk Siti berada di tingakatan 1 dan aku tingkatan 5. Masa itu memang perangai nakal sangat dan suka buat cikgu pening kepala dengan gelagat aku dan juga kawan-kawan karib aku yang lain.
Aku pernah beberapa kali di denda oleh cikgu sekolah kerana banyak kali melakukan kesalahan. Pernah juga di beri surat amaran dispin dan sebagainya. Abah adalah orang yang selalu di panggil gara-gara kenakalan aku. Abah pernah nasihatkan aku supaya berubah dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Pelajaran yang paling aku minati masa itu ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga lukisan. Alhamdulilah kesemua mata pelajaran ini saya lulus di dalam ketiga-tiga pelajaran ini.
Mata pun dah nak mengantuk ini. Minta di rehatkan. Cemburu pulak tengok anak-anak di sebelah tidur lena . Nak join sekalilah. Setakat ini sahajalah entri saya. Esok kita sambung lagi ya.
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment