Saturday, 7 February 2015

AKU PERLU DAN MESTI BERUSAHA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, Bismilahirahmanirahim. Banyak perkara yang berlaku sama ada yang buruk dan baik yang telah pun berlalu dalam kamus kehidupan saya sepanjang tahun 2014. Bagaimana ingin memulakan sesuatu perubahan yang baik dan juga di kelilingi oleh kawan-kawan yang hampir 90 peratus berfikiran negatif. Bukan mudah kan? Tapi itulah yang telah saya lalui di sepanjang tahun 2015.

Banyak kelemahan juga yang harus saya perbaiki. Walaupun saya ni dah pun agak berusia tapi saya tidak kisah belajar perkara yang baru daripada mereka yang lebih muda. Tetapi rasanya sekarang hampir separuh daripada teman baru saya di alam maya ini terdiri daripada mereka yang muda dan banyak pengalaman terutamanya di dalam perniagaan secara online ini.

Walauapa pun yang berlaku saya harus terus berusaha dengan lebih gigih tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada saudara mara dan juga adik beradik. Adik beradik dah terlalu banyak menolong dan ada ketikanya mereka juga ada masalah keluarga sendiri yang harus di utamakan dan di selesaikan. Cukup-cukuplah menyusahkan diri mereka dan sekarang adalah tiba masanya saya harus berusaha dengan lebih gigih dan jangan selalu mengharapkan bantuan mereka.

Segala yang baik di buat bekalan dan juga pengajaran untuk masa hadapan. Yang buruk dijadikan teladan. Senantiasa berhati-hati di dalam mengatur langkah bagi mencapai sesuatu kejayaan. Kemungkinan mereka adik-beradik dan juga saudara mara terdekat inginkan kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan memprolehi kejayaan dengan hasil usaha sendiri. Insha Allah di masa hadapan saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi tanpa mengenal erti penat dan jemu.

Coretan Ikhlas
Sariah Awang Senik

PERJUANGAN BARU BERMULA

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogspot.com Syukur alhamdulillah. Peperiksaan UPSR pun dah...