Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum warahmatuallahiwabarakatuh.
Entah kenapa terasa teringin pulak nak beri salam kat semua, walaupun rasa macam tak de orang nak jawab. Hari ni semua urusan aku berjalan dengan lancar. Bermula dengan urusan sekolah anak-anak hinggalah kepada tanggungjawab aku sebagai seorang pembantu kedai. Aku kerja sebagai seorang pembantu kedai je, di sebuah hentian Rehat dan Rawat arah ke Kuala Lumpur.
Memang kerja aku tidaklah seglamour mana. Namun aku gembria kerana telah hampir berkerja kat situ selama lebih kurang 10 tahun. Lamanya! Betul ke lama? Bagi aku biasa je. Semuanya aku lakukan dahulu adalah tujuan utama untuk bantu ringankan beban kewangan bekas suami aku. Tapi tu dulu. Sekarang semuanya dah berubah. Walaupun aku dan suami dah berpisah, aku tetap meneruskan kerja aku ni seperti biasa.
Mempunyai majikan yang memahami akan keadaan aku dan tidak cerewet, itu semua sangat melegakan hati aku. Tapi aku tidak lah bercadang nak kerja sampai pencen kat highway ni.Aku teringin jugak jadi macam orang lain. Ya lah, kerja hanya dari hari Isnin sehingga Jumaat dan hari Sabtu dan Ahad bolehlah aku lepak dengan anak-anak dan buat sesuatu yang lebih berfaedah bersama-sama dengan anak-anak tersayang.
Rasanya aku dah lari dari tajuk ini. Harap sangat Cikgu Anys Idayu Zakaria dapat tegur aku kalau penulisan aku kali ini macam lain je. Hari dah larut malam. Anak bujang kesayangan dan anak dara dah lena dan entah apa-apa yang di impikannya. Kalau anak dara aku tu, aku tahu dia selalu bermimpi apa. Mesti mimpi nak beli hphone dan juga tabnya yang baru. Insha Allah ada rezeki kita akan beli semuanya.
Tapi mustahil jugak kalau dapat keduanya. Kalau mengamalkan teknik BAD ni boleh jadi impian nyata ni. Mata pun dah mengantuk dan mata ni merayu mintak tuannya berehat dan tidur. Okeylah esok sambung entri yang agak serius sikit. Tapi tak leh beritahu sekarang. Tidak surprise lah pulak nanti.
Sekarang adalah masanya seisi merehatkan minda dan badan berjalan sekaligus. Moga esok semuanya bakal dipermudahkan. Mana tahu dapat durian runtuh ke, ataupun apa sahaja.
Coretan Mata Mengantuk
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment