Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Sudah pun mencapai usia 41 tahun. Tetapi terasa terlalu banyak perkara yang perlu di pelajari. Kalau nak tahu memang tahun ini tiada sebarang sambutan istimewa yang dilakukan. Tarikh hari jadinya jatuh sehari hari raya Cina. Maka jawabnya terpaksalah bekerja dari pagi hinggalah ke lewat malam. Ucapan yang paling bermakna adalah daripada anak-anak tersayang dan itulah yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk bekerja dan menghadapi segala dugaan di kehidupan ini.
Banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan aku selama ini. Tidak kiralah kisah sedih mahupun sebaliknya. Namun dengan semua cabaran kehidupan inilah, aku banyak belajar dan menjadikan pengajaran buat diriku dan anak-anak sekalian.
Bergelar seorang ibu tunggal yang telah pun berumur 41 tahun, bukanlah perkara yang mudah. Perasaan rendah diri dan sering menjadi bahan umpatan masyarakat telah semakin sebati di dalam kehidupan aku seharian. Kenyataannya ramai yang melabelkan golongan ibu tunggal ini sering menjadi perosak rumahtangga orang lain. Namun bukan semuanya berperangai sedemikian. Ada juga golongan ibu tunggal yang suka berdikari dan juga cuba membina kembali kehidupan yang ada dan mendidik dan membesarkan anak-anak bersendirian. Sesetengahnya ada yang sudah pun berjaya empayar perniagaan sendiri dan juga punyai impian untuk hidup bahagia seperti orang lain.
Walauapa pun, aku tidak malu membawa gelaran tersebut. Semuanya sudah tertulis dan tetap tidak akan kalah dengan segala cabaran yang mendatang. Fikir bahawa ada lagi golongan ibu tunggal yang punyai kehidupan yang lebih teruk berbanding aku dan juga anak-anak. Kini aku semakin selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Cuba menyusun dan juga mengkukuhkan ekonomi keluarga sebaik yang mungkin.
Mempelajari sesuatu kemahiran dan fokus dan selesaikan sesuatu hingga berjaya adalah misi yang telah sekian saya jalankan.
Halangannya mungkin terletak pada diri yang mudah terpedaya dek keletihan dan juga segala macam godaan yang ada di sekeliling kita. Genap 41 tahun ini, aku cuba menyusun semula strategi yang ada, agar lebih tersusun dan berdisplin.
Coretan Hari Jadi
Sariah Awang Senik
No comments:
Post a Comment