Monday, 23 February 2015

BIAR MERCUN BERBICARA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah sekejap sungguh masa berlalu. Sekarang sudah pun bulan February dan sekarang kaum Cina sedang merayakan hari raya mereka secara besar-besaran. Macam kita jugalah yang menyambut hari raya puasa. Tetapi rasanya sambutan hari raya Cina tahun ini agak hambar sedikit.

Mungkin tiada sambutan istimewa yang majikan saya buat untuk semua pekerja-pekerjanya. Apapun saya malas dan tidak mahu menyentuh semua isu-isu yang negatif ini. Sambutan di kawasan perumahan saya tersangat meriah. Habis sahaja, saya selesai bekerja di malam hari raya Cina itu, sambutannya sudah agak terasa. Dengan bunyi mercun yang berdentam dentun di sana sini, hampir membuatkan saya kurang selesa untuk tidur dan berehat.

Rumah saya di tengah-tengah kejiranan Cina. Bunyi mercunnya pulak betul-betul di tepi cuping telinga. Nak marah memang tidak boleh sebab ini adalah hari raya terbesar kaum Cina. Sudahnya saya dan anak-anak keluar dari rumah dan melihat percikan bunyi api dan juga mercun yang berwarna-warni di ruangan udara. Cantik dan terasa juga bahangnya kaum Cina berhari raya walaupun saya tidak sempat nak ucap selamat hari raya Cina kepada jiran-jiran Cina yang lain.

Hampir pukul 2 pagi pun, mereka asyik bermain bunga api dan juga mercun. Kesan sisa-sisa bunga api bertaburan di hadapan rumah. Kata anak dara saya, ibu biarlah, ni kan hari raya mereka. Katanya lagi, ibu diamkan je, nanti oklah tu. Lalu saya pun mendiamkan diri dan membiarkan bunyi mercun berkata-kata dengan nada mereka yang tersendiri.

Di kesempatan ini saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua jiran-jiran saya dan juga rakan-rakan sekerja yang sedang bercuti dan merayakan sambutan hari raya Cina ini.
Semoga berbahagia dan gembria selalu di samping keluarga tersayang.

Coretan Gong Xi Fai Chai
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...