Monday 25 July 2016

INILAH KISAH KAMI

INILAH KISAH KAMI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Raya tahun ini sangat bermakna bagi saya. Mana tidak, hampir agak lama juga saya tidak bertemu dengan kedua rakan baik saya ini. Kali terakhir bertemu dengan kedua mereka ialah lima tahun yang lepas.

Masa itu semuanya sangat berbeza. Termasuklah status dan juga kehidupan rumahtangga kami masing-masing. Wan Nurriza Wan Abd Hamid dan Norhanim Hamzah, adalah kedua rakan baik saya sejak dari sekolah rendah hinggalah usia kami dah pun 42 tahun. Dah tua kan, kami berdua ini?

Bukan tua, tetapi usia dah
bertambah dan makin mantang melayari bahtera kehidupan. Amboi, tidak mengaku tua lagi ya. Apa pun sepanjang ikatan ukhwah ini terjalin terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah ditempuhi.

Masa yang paling happy sekali, ialah zaman sekolah. Tidak kira sama ada sekolah rendah atau menengah, semuanya ada memorinya yang tersendiri. Bukan memori daun pisang tau. Sebab kami bertiga tidaklah sampai menari-nari macam itu. Memang masa itu irama dangdut dan rock tengah bersaing hebat mencari peminat-peminatnya yang tersendiri.

Kalau nak tahu, kami bertiga boleh dikategorikan sebagai budak yang paling baik, masa sekolah. Alamak, silap. Baik?
Baik, macam mana ya?
Sendiri nak ingatlah ya. Kami ini budak nakal jugalah masa sekolah. Tidak kiralah sekolah rendah atau menengah.
Semua aktiviti yang menguji kesabaran ibubapa dan juga cikgu-cikgu, memang kami dah buat. Tapi tidaklah sampai melawan cakap cikgu dan jadi anak yang kurang ajar.

Waktu itu, walau nakal gila kami bertiga tetap ada batasannya. Kadang nak buat sesuatu pun, kami suka berbincang sesama sendiri. Yang Norhanim pulak masa itu gemar memasak. Sampai sekarang masih dan suka lagi memasak. Dia suka masak, tapi tidak suka makan sangat. Kalau sekarang tiap kali lepas habis masak, sure dia share apa yang dia masak itu kat facebook.
Nak tengok apa resipi ataupun tengah nak cari idea apa nak masak, bolehlah lawat laman sosialnya Hanim Lopez.
Memain kau jadi, Hanim Lopez lagi, bukan Jennifer Lopez. Lagi satu Hanim ini pandai dan suka menyanyi.

Tidak silap saya, suaranya macam suara penyanyi Wan itu. Mana yang pernah lalui zaman 90an, tahulah siapa dia penyanyi ini. Berbeza pulak dengan rakan baik saya yang seorang lagi ini, Wan Nurriza Wan Abd Hamid. Dia ini sejak sekolah, memang suka bergaya dan berfesyen. Kira mereka ini adalah kepandaian dan kebolehan memasing.

Wan Nurriza ini, suka mencuba fesyen terbaru dan gemar membaca majalah-majalah berkaitan dengan fesyen dan juga cara make-up yang terkini. Satu lagi mereka berdua ini punya minat yang sama iaitu suka berkaraoke. Sampai sekarang mereka masih lagi suka habiskan aktiviti tersebut dimasa lapang.

Ehemm, itu tentang hal mereka berdua. Saya pulak agak sedikit berbeza dengan mereka berdua ini. Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah saya agak kelakian atau ' tomboy'. Saya suka dan selesa pakai t-shirt dan juga seluar jeans. Pakai kasut pulak, kasut rubber shoes. Macam lelaki kan.

Kalau pakai skirt pun, saya suka yang tidak terlalu singkat. Agak labuh tapi masih suka pakai kasut macam itu. Hobi saya masa sekolah, ialah melukis dan juga membaca dan tidak lupa juga menulis.
Itulah sebabnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM yang lepas saya boleh dapat kepujian, walau masa dalam kelas tidak tumpukan sangat sepenuh perhatian. Tapi masa nak dekat SPM tu, memang kami bertiga study ' all out'. Kira last minute lah persediaannya.

Paling saya tidak lupa, ialah kami pernah ponteng kelas dan didenda oleh cikgu dikelas kami. Semuanya gara-gara kenakalan kamilah pada masa itu yang suka mencuba sesuatu yang baru dan juga pelik. Kalau jumpa guru displin dan kaunseling itu, jangan cakaplah entah berapa kali dah berbuat demikian, namun tetap dan masih juga nakal.

Alhamdulilah seiring dengan waktu yang berlalu semua berlalu cepat sangat. Kami bertiga dah berkahwin dan juga mempunyai keluarga sendiri. Memang kami bertiga tidaklah secemerlang dan sepandai kawan-kawan yang lain masa sekolah itu, tetapi kami tetap dan berjaya membina kehidupan kami yang tersendiri. Tetiba rasa rindu pulak zaman persekolahan. Rasa nak semua itu berulang kembali. Macam cerita ' Back To The Future ' kan. Lah, itu kan hanya sebuah filem aje kan.

Buat Wan Nurriza dan Hanim Hamzah, sorrylah cerita kisah kita bertiga ini dalam blog kesayangan ini. Ini sahajalah satu-satunya medan untuk dimuziumkan semua kisah tentang persahabatan kita yang sangat unik ini. Entri ini memang special untuk kauorang berdua yang banyak terselit memori indah sepanjang kehidupan ini.

Sesibuk mana pun, tidak dilupakan sahaja semua yang telah kita lalui. Mandi sungai, belajar bersama, ponteng kelas, didenda, dan macam-macam lagi yang biarlah Rahsia macam tajuk lagu Siti Nurhaliza itu. Mentang-mentang Datuk Siti satu sekolah dengan kita kan.
Ahaks! Jangan terkejut, Datuk Siti memang satu sekolah dengan kami bertiga. Sekolah famous didaerah kami iaitu Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis.

Sebelum saya akhiri coretan ini, buat kedua sahabat ampun maaf dipinta andai ada coretan yang telah buat kauorang berdua tersinggung hati. Mana tahu kan?
Ampun patik, beribu-ribu ampun.
Sebenarnya kalau ikutkan hati panjang lagi coretan entri kali ini, tapi nanti bosan pulak orang yang singgah membacanya.

Iza dan Hanim, sahabat ku yang tersayang, sayang kauorang berdua ketat-ketat, walau dah makin longgar sana dan sini. Jangan marah ya. Nanti cepat berkedut. Insha Allah, semoga Allah rahmati disetiap perjalanan kalian berdua dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

Jika tiada aral melintang teringin jumpa lagi kauorang berdua satu masa nanti ya.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita bertiga.
Aamin ya rabi yal alamin.

Sekian Terima Kasih


ALAMAK, AIR TIDAK ADA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Aduhai! Tidak sangka pulak air boleh tidak ada pepagi ini. Ingatkan masalah ini dah selesai pagi ini. Rupanya belum lagi. Entah apa masalahnya lagi, saya pun kurang pasti. Dahlah pagi-pagi banyak urusan rasmi nak buat. Boleh pulak tidak ada airnya.

Memang ada air tangki. Tapi tangki dirumah itu sudahlah kecil. Kami tiga beranak je, tidak cukup nak tampung segala keperluan. Itulah jadinya kalau tidak bersedia dengan apa-apa kemungkinan. Memang dua atau tiga hari yang lepas, hujan terlampau kuat. Mungkin sebab itulah tekanan makin kuat pada paip air yang sudah agak lama. Duduk dikawasan perumahan ini juga dah hampir lima tahun lebih. Alhamdulilah, kawasan kejiranan pun amat baik.

Walaupun berjiran dengan bangsa-bangsa yang lain, namun saya tidak sedikit pun rasa terganggu. Kadang rasa selesa pulak. Apalah nak buat pepagi ini kan. Nak membasuh tidak boleh. Nak memasak, mana pulak datang airnya. Nak mengemas pun sama. Pasti tidak sikit banyak nak pakai air juga.

Ya, Allah, semoga semuanya dipermudahkan segala urusan sebelum tengahari ini. Jadi sempatlah memasak dan juga membasuh. Aamiin.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday 20 July 2016

JALINAN UKHWAH YANG TIDAK DISANGKA

JALINAN UKHWAH YANG TIDAK DISANGKA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Facebook
http: //sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Syukur atas segala rahmat yang Allah telah kurniakan. Rasanya sudah agak lama juga saya tidak menulis sebarang entri baru untuk blog ini. Mungkin juga agak sibuk atau itulah alasan yang terbaik untuk tutup semua kesalahan diri sendiri bukan. Apa pun, kini saya sedang berusaha untuk menulis dan berkongsi apa sahaja yang baik dan dapat memberi manfaat kepada semua.

Untuk pengetahunan semua, saya rasa sangat bersyukur kerana Allah senantiasa pertemukan saya dengan orang-orang yang luar biasa hebat. Kenapa ya, saya cakap macam ini?

Yalah, dua, tiga hari lepas saya sedang berusaha siapkan satu task yang sangat penting dan tahu ada satu kebaikan yang tersembunyi disebaliknya. Saya kini sedang bernaung dibawah satu kumpulan sokongan yang sangat luar biasa hebat.

Nama kumpulan sokongan yang sangat hebat itu adalah GROUP SUPPORT LIKE/KOMEN. Misi utama kumpulan ini adalah mengumpulkan semua golongan usahawan-usahawan yang mempunyai produk dan juga perkhidmatan agar sesama sendiri dapat membantu, berkongsi ilmu dan memberi sokongan sesama sendiri. Dalam task itu, kami dikehendaki mencari salah seorang sahabat dalam GSL untuk ditemuramah tentang produk dan juga perkhidmatan mereka.

Tidak sangka hasil dari task itu, saya dipertemukan oleh seorang hamba Allah yang sangat hebat dan luar biasa orangnya. Hamba Allah tersebut ialah Shamsuddhudha Ahmed Rashidi.
Orangnya memang kecil dan comel sekali. Hasil dari perbualan kami, rupanya dia dan suami sedang mengusahakan satu pusat pendidikan yang diberi nama EIMateen. Selain daripada itu dia juga mempunyai sebuah sekolah rendah agama yang dinamakan Sek Ren Agama EIMateen. Semasa bersembang dengan Shamsuddhudha ini, nyata rupanya kami mempunyai minat yang sama iaitu suka menulis dan menjahit.

Jadi tidak hairanlah dahulu dia pernah mempunyai sebuah blog, tetapi terpaksa dimansuhkan akibat daripada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Rupanya dia juga seorang penulis khat dan ada menganjurkan kelas kemahiran khat dan juga menjahit.

Hasil dari minatnya yang suka menjadi, dia juga mengeluarkan shawl untuk kanak-kanak ekslusif yang dinamakan Founder Fyerakids. Kalau ada ibu-ibu yang sedang mencari shawl yang sesuai untuk kanak-kanak bolehlah hubungi pn Shamsuddhudha Ahmed Rashidi ini ya.

Apa pun banyak perkara baru dan juga ilmu yang dapat kami kongsikan bersama. Itulah namanya jalinan ukhawah yang terjalin tanpa disangka-sangka. Alhamdulilah. Rasa bersyukur yang teramat sangat kepada Allah kerana dia pertemukan saya dengan seorang insan yang hebat lagi luar biasa ini.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...