Monday, 25 July 2016

INILAH KISAH KAMI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Raya tahun ini sangat bermakna bagi saya. Mana tidak, hampir agak lama juga saya tidak bertemu dengan kedua rakan baik saya ini. Kali terakhir bertemu dengan kedua mereka ialah lima tahun yang lepas.

Masa itu semuanya sangat berbeza. Termasuklah status dan juga kehidupan rumahtangga kami masing-masing. Wan Nurriza Wan Abd Hamid dan Norhanim Hamzah, adalah kedua rakan baik saya sejak dari sekolah rendah hinggalah usia kami dah pun 42 tahun. Dah tua kan, kami berdua ini?

Bukan tua, tetapi usia dah
bertambah dan makin mantang melayari bahtera kehidupan. Amboi, tidak mengaku tua lagi ya. Apa pun sepanjang ikatan ukhwah ini terjalin terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah ditempuhi.

Masa yang paling happy sekali, ialah zaman sekolah. Tidak kira sama ada sekolah rendah atau menengah, semuanya ada memorinya yang tersendiri. Bukan memori daun pisang tau. Sebab kami bertiga tidaklah sampai menari-nari macam itu. Memang masa itu irama dangdut dan rock tengah bersaing hebat mencari peminat-peminatnya yang tersendiri.

Kalau nak tahu, kami bertiga boleh dikategorikan sebagai budak yang paling baik, masa sekolah. Alamak, silap. Baik?
Baik, macam mana ya?
Sendiri nak ingatlah ya. Kami ini budak nakal jugalah masa sekolah. Tidak kiralah sekolah rendah atau menengah.
Semua aktiviti yang menguji kesabaran ibubapa dan juga cikgu-cikgu, memang kami dah buat. Tapi tidaklah sampai melawan cakap cikgu dan jadi anak yang kurang ajar.

Waktu itu, walau nakal gila kami bertiga tetap ada batasannya. Kadang nak buat sesuatu pun, kami suka berbincang sesama sendiri. Yang Norhanim pulak masa itu gemar memasak. Sampai sekarang masih dan suka lagi memasak. Dia suka masak, tapi tidak suka makan sangat. Kalau sekarang tiap kali lepas habis masak, sure dia share apa yang dia masak itu kat facebook.
Nak tengok apa resipi ataupun tengah nak cari idea apa nak masak, bolehlah lawat laman sosialnya Hanim Lopez.
Memain kau jadi, Hanim Lopez lagi, bukan Jennifer Lopez. Lagi satu Hanim ini pandai dan suka menyanyi.

Tidak silap saya, suaranya macam suara penyanyi Wan itu. Mana yang pernah lalui zaman 90an, tahulah siapa dia penyanyi ini. Berbeza pulak dengan rakan baik saya yang seorang lagi ini, Wan Nurriza Wan Abd Hamid. Dia ini sejak sekolah, memang suka bergaya dan berfesyen. Kira mereka ini adalah kepandaian dan kebolehan memasing.

Wan Nurriza ini, suka mencuba fesyen terbaru dan gemar membaca majalah-majalah berkaitan dengan fesyen dan juga cara make-up yang terkini. Satu lagi mereka berdua ini punya minat yang sama iaitu suka berkaraoke. Sampai sekarang mereka masih lagi suka habiskan aktiviti tersebut dimasa lapang.

Ehemm, itu tentang hal mereka berdua. Saya pulak agak sedikit berbeza dengan mereka berdua ini. Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah saya agak kelakian atau ' tomboy'. Saya suka dan selesa pakai t-shirt dan juga seluar jeans. Pakai kasut pulak, kasut rubber shoes. Macam lelaki kan.

Kalau pakai skirt pun, saya suka yang tidak terlalu singkat. Agak labuh tapi masih suka pakai kasut macam itu. Hobi saya masa sekolah, ialah melukis dan juga membaca dan tidak lupa juga menulis.
Itulah sebabnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM yang lepas saya boleh dapat kepujian, walau masa dalam kelas tidak tumpukan sangat sepenuh perhatian. Tapi masa nak dekat SPM tu, memang kami bertiga study ' all out'. Kira last minute lah persediaannya.

Paling saya tidak lupa, ialah kami pernah ponteng kelas dan didenda oleh cikgu dikelas kami. Semuanya gara-gara kenakalan kamilah pada masa itu yang suka mencuba sesuatu yang baru dan juga pelik. Kalau jumpa guru displin dan kaunseling itu, jangan cakaplah entah berapa kali dah berbuat demikian, namun tetap dan masih juga nakal.

Alhamdulilah seiring dengan waktu yang berlalu semua berlalu cepat sangat. Kami bertiga dah berkahwin dan juga mempunyai keluarga sendiri. Memang kami bertiga tidaklah secemerlang dan sepandai kawan-kawan yang lain masa sekolah itu, tetapi kami tetap dan berjaya membina kehidupan kami yang tersendiri. Tetiba rasa rindu pulak zaman persekolahan. Rasa nak semua itu berulang kembali. Macam cerita ' Back To The Future ' kan. Lah, itu kan hanya sebuah filem aje kan.

Buat Wan Nurriza dan Hanim Hamzah, sorrylah cerita kisah kita bertiga ini dalam blog kesayangan ini. Ini sahajalah satu-satunya medan untuk dimuziumkan semua kisah tentang persahabatan kita yang sangat unik ini. Entri ini memang special untuk kauorang berdua yang banyak terselit memori indah sepanjang kehidupan ini.

Sesibuk mana pun, tidak dilupakan sahaja semua yang telah kita lalui. Mandi sungai, belajar bersama, ponteng kelas, didenda, dan macam-macam lagi yang biarlah Rahsia macam tajuk lagu Siti Nurhaliza itu. Mentang-mentang Datuk Siti satu sekolah dengan kita kan.
Ahaks! Jangan terkejut, Datuk Siti memang satu sekolah dengan kami bertiga. Sekolah famous didaerah kami iaitu Sekolah Menengah Clifford Kuala Lipis.

Sebelum saya akhiri coretan ini, buat kedua sahabat ampun maaf dipinta andai ada coretan yang telah buat kauorang berdua tersinggung hati. Mana tahu kan?
Ampun patik, beribu-ribu ampun.
Sebenarnya kalau ikutkan hati panjang lagi coretan entri kali ini, tapi nanti bosan pulak orang yang singgah membacanya.

Iza dan Hanim, sahabat ku yang tersayang, sayang kauorang berdua ketat-ketat, walau dah makin longgar sana dan sini. Jangan marah ya. Nanti cepat berkedut. Insha Allah, semoga Allah rahmati disetiap perjalanan kalian berdua dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik.

Jika tiada aral melintang teringin jumpa lagi kauorang berdua satu masa nanti ya.
Semoga Allah permudahkan semua urusan kita bertiga.
Aamin ya rabi yal alamin.

Sekian Terima Kasih


No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...