Wednesday 17 January 2018

HARGAILAH SEGALA KEHIDUPAN INI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber :  Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com


Agak lama juga tak update sebarang entri kat blog kesayangan ini.
Lantaran asyik terikat saja dengan komitmen yang lain.
Menguruskan segalanya bukan mudah.
Namun tetap bersyukur kerana Allah senantiasa ada disisi.


Sebenarnya kita ada banyak pilihan untuk hidup lebih bahagia.
Walaupun ada masanya kita diduga dengan pelbagai dugaan yang maha hebat, tapi percayalah ada sebab Allah datangkan dugaan itu semua.



Mungkin juga kita ini teramat leka dengan segala kenikmatan hinggakan kita semakin jauh dengan Allah yang maha esa.
Dibaginya segala dugaan sebagai satu teguran yang penuh kasih sayang dari Allah terhadap diri kita.


Datangnya dugaan yang maha hebat itu, mungkin juga membuatkan kita kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi.
Berbaliklah kepada Allah bahawa tiada yang kekal dan tiada satu pun didunia ini milik kita kekal abadi.



Apa sahaja yang kita ada hanyalah milik Allah kekal abadi. Dan sepatutnya kita memohon dahulu kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan.


Hati manusia hanyalah Allah yang pegang dan berdoalah dengan hati yang ikhlas dan jujur kepada Allah.
Jika dugaan yang datang itu membuatkan hidup kita berubah 360 darjah, percayalah kita masih punya keluarga dan juga sahabat handai.


Mereka juga sangat mengambil berat tentang hal kita dan sewajarnya kita patut lebih memahami mereka dari yang lain.


Alhamdulillah. Apa sahaja yang kita ada sekarang adalah sangat berharga daripada yang lainnya.
Hargailah segala kehidupan yang kita ada sekarang.
Syukurlah Ya Allah
Ya Mujib.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday 3 January 2018

BAJU PUTIH KAIN BIRU TUA VS KAIN BIRU MUDA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot


Dah dua hari rasa agak sunyi pulak.
Mana tidaknya si anak dara dah pun bersekolah menengah.
Kalau tahun lepas dia bersekolah rendah
Sekarang dah pun bersekolah menengah.

Maklumlah dah terbiasa tengok dia beruniform warna putih dan kain biru tua. Ini pulak tengok dia berkain biru muda, mestilah nampak macam pelik.


Rasa tidak percaya yang dia semakin besar dan pandai.
Yang pasti dia tegas dengan apa yang dia nak.
Kalau paksa dia buat sesuatu memang tidak akan berjaya.
Semua kena pujuk dan ada cara yang tersendiri.


Hari ini agak lambat sikit dia balik.
Kebetulan pulak, saya bercuti rehat.
Rupa- rupanya dia temankan ayahnya pergi makan.


Harapnya dia dan abangnya tidak lupakan saya sebagai ibunya.
Dulu masa anak-anak masih kecil, tidak teringat pulak ayahnya nak tengok mereka berdua.


Bila dah besar panjang dan sejak abangnya menyambung pelajaran di Kuantan, perlahan-lahannya segalanya berubah.


Apa pun saya tetap berdoa agar semuanya baik-baik sahaja.
Harapnya dalam hati anak-anak mereka tidak lupakan saya sebagai ibu mereka.


Alhamdulillah.
Baru sekejap tadi anak dara tersayang balik dengan ayahnya.
Bila tanya dah makan atau tidak, terus katanya dah makan.
Tidak apalah.


Mohon hanya yang baik dan fikir yang baik-baik sahaja.
Aamiin.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Tuesday 2 January 2018

MISI CINTA 2018

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
Http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulillah.
Syukur. Dapat juga bangun jam 4.30 am, walau terpaksa menempuh pelbagai halangan.


Jujur banyak dugaan yang terpaksa dilalui dalam kehidupan seharian. Dan sebagai seorang hamba yang selalu lemah, kita perlukan kekuatan dalaman dan juga luaran untuk mengharunginya.


Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui akan apa yang berlaku.
Dikurniakan kita masalah yang bertimpa- timpa hanya dengan satu tujuan.


Apakah tujuan Allah itu ya?


Tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk kita kembali kepada Allah yang maha esa serta taat akan segala perintah dan tinggalkan apa sahaja yang dilarang oleh Allah.


Jadi apa sahaja haruslah berbalik kepada Allah. Akui bahawa tiada satu kuasa pun yang maha hebat selain dari kuasa yang maha penciptanya.


Kini saya berusahadengan lebih
gigih lagi untuk teruskan segala misi mencari cinta ini sehingga berjaya.
Dan juga dapat merasai akan segala nikmatnya.


Nikmat yang bukan hanya saya seorang saja yang merasai malah turut juga orang-orang disekeliling merasai akan segala impaknya.


Insha Allah jika percaya atas segala kuasa Allah, pasti dia akan makbulkan segala doa kita tepat pada masanya yang sangat sesuai.
Alhamdulillah.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...