Friday 28 June 2019

MENULIS BERPANDUKAN AL QURAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariahawangsenik



Hari ini anak dara pulang bercuti dari asrama.
Tak pasti pulak, sampai dirumah pukul berapa.
Yang pastinya, mungkin selepas solat Jumaat sebab abahnya nak menunaikan solat Jumaat dulu.

Sejak abangnya balik semula belajar, memang agak sunyi. Tapi pada peringkat permulaanlah.
Lama-kelamaan dapatlah ikut irama sunyi sepi itu.

Biarpun tinggal bersendirian, tak pernah rasa menyesal.
Sebab itulah rahmatnya.
Ada lebih banyak masa bersendirian dan berbual bicara dengan Allah.

Masa yang terluang adalah ruang terbaik untuk diisi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat.
Antaranya menulis, membaca dan melayan karenah si bulus.

Kini berusaha untuk menulis berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.
Walau mengaji Quran pun belum lagi khatam tapi itu bukanlah alasannya.

Segigih yang mungkin untuk memahami ayat-ayat cinta suci yang terkandung dalam setiap ayat-ayat Al-Quran tersebut.

Semoga Allah kurniakan butir-butir bernas untuk menulis hasil dari pemahaman sendiri melalui ayat-ayat suci Al-Quran.
Insyaallah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday 15 June 2019

MISI MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Semoga Allah permudahkan segalanya dalam memahami segal ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah ini. Antara ayat-ayat yang paling terkesan adalah ayat Al-Baqarah 2 ayat 161-163.


Al-Baqarah 2:161

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَمَاتُوا۟ وَهُمْ كُفَّارٌ أُو۟لَٰٓئِكَ عَلَيْهِمْ لَعْنَةُ ٱللَّهِ وَٱلْمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلنَّاسِ أَجْمَعِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir, dan mereka mati sedang mereka tetap dalam keadaan kafir, mereka itulah orang-orang yang ditimpa laknat Allah dan malaikat serta manusia sekaliannya.

get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps

Nota: Bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam sejak lahir sehinggalah sekarang. Kalau tidak selamanya berada dalam laknat Allah.

Al-Baqarah 2:162

خَٰلِدِينَ فِيهَاۖ لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ

Mereka kekal di dalam laknat itu, tidak diringankan azab sengsara dari mereka dan mereka pula tidak diberikan tempoh atau perhatian.

get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps

Nota : Yang dilahirkan kafir dan mati dalam keadaan masih kafir, azab sengsara mereka tidak diringankan oleh Allah dan para malaikat.

Al-Baqarah 2:163

وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

get Quran App:bit.ly/AlQuranApp

#GreentechApps

Nota : Dan jelas lagi nyata bahawa kita hanya disarankan untuk beriman terus kepada Allah kerana hanya Allahlah yang maha berkuasa atas segalanya.
Ini adalah pertama kali saya cuba memahami segala ayat-ayat mengikut tafsiran saya sendiri. Jika ada kekurangan dimana-mana, mohon beri tunjuk ajar dan maafkan segala kekhilafan saya ini.


Sekian
Sariah Awang Senik

CERITA ADILFITRI 2019



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar.
Patutnya akhir Ramadan yang lepas, saya update entri ini. Tapi itulah banyak sangat perkara yang nak diselesaikan. Bercuti raya pun bukannya lama mana. Hanya tiga hari jer.
Sebab nak memberi laluan kepada sahabat yang lain untuk berhariraya pula.
Hari raya Adilfitri 2019 kali ini, semuanya disambut secara sederhana.

Perkara pertama buat adalah beli baju raya anak-anak dahulu. Antara adik dan abang, adiklah yang kena siapkan bajunya dahulu. Kalau abang ini tak banyak sangat ragamnya.
Namun itulah, si abang dah senyap-senyap beli baju rayanya sendiri.
Abang hanya beli baju melayu sahaja. Asbab T-Shirt dan seluar dah terbiasa beli semasa semester yang lepas. Kata abang tak mahu menyusahkan ibu dan kebetulan si abang pun ada buat kerja part time. Sebenarnya rasa terkilan jugak dalam hati ini. Namun si abang tetap bertegas untuk tidak terlalu risau fikirkan semua hal yang remeh-temeh itu.

Mujurlah segalanya berjalan dengan lancar. Dari perjalanan balik raya sehinggalah ke pagi raya. Syukur jugalah tahun ini saya dan adik-beradik yang lain dapat berkumpul dan meraikan hari raya Aidilfitri dalam keadaan yang serba sederhana.

Setelah selesai bersolat Aidilfitri, saya dan adik-beradik yang lain bermaafan sesama sendiri termasuk juga memohon kemaafan dari mak cik dan juga abah yang tersayang. Semoga Allah senantiasa kurniakan kebahagiaan buat abah, makcik juga adik saya yang paling bongsu.

Berdoa juga kepada Allah agar masih mengizinkan saya dan adik-beradik yang lain supaya dapat berkumpul begini setiap kali menjelangnya bulan Syawal dan juga hari raya Aidilfitri.
Insyaallah.


Sekian
Sariah Awang Senik

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...