Saturday 15 June 2019

CERITA ADILFITRI 2019



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://www.facebook.com/sariahawangsenik


Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar.
Patutnya akhir Ramadan yang lepas, saya update entri ini. Tapi itulah banyak sangat perkara yang nak diselesaikan. Bercuti raya pun bukannya lama mana. Hanya tiga hari jer.
Sebab nak memberi laluan kepada sahabat yang lain untuk berhariraya pula.
Hari raya Adilfitri 2019 kali ini, semuanya disambut secara sederhana.

Perkara pertama buat adalah beli baju raya anak-anak dahulu. Antara adik dan abang, adiklah yang kena siapkan bajunya dahulu. Kalau abang ini tak banyak sangat ragamnya.
Namun itulah, si abang dah senyap-senyap beli baju rayanya sendiri.
Abang hanya beli baju melayu sahaja. Asbab T-Shirt dan seluar dah terbiasa beli semasa semester yang lepas. Kata abang tak mahu menyusahkan ibu dan kebetulan si abang pun ada buat kerja part time. Sebenarnya rasa terkilan jugak dalam hati ini. Namun si abang tetap bertegas untuk tidak terlalu risau fikirkan semua hal yang remeh-temeh itu.

Mujurlah segalanya berjalan dengan lancar. Dari perjalanan balik raya sehinggalah ke pagi raya. Syukur jugalah tahun ini saya dan adik-beradik yang lain dapat berkumpul dan meraikan hari raya Aidilfitri dalam keadaan yang serba sederhana.

Setelah selesai bersolat Aidilfitri, saya dan adik-beradik yang lain bermaafan sesama sendiri termasuk juga memohon kemaafan dari mak cik dan juga abah yang tersayang. Semoga Allah senantiasa kurniakan kebahagiaan buat abah, makcik juga adik saya yang paling bongsu.

Berdoa juga kepada Allah agar masih mengizinkan saya dan adik-beradik yang lain supaya dapat berkumpul begini setiap kali menjelangnya bulan Syawal dan juga hari raya Aidilfitri.
Insyaallah.


Sekian
Sariah Awang Senik

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...