Tuesday, 29 January 2019

NALURI IBU


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Inilah hati naluri seorang ibu. Sangat susah nak lupakan anak-anaknya walaupun sehari.
Kalau doa pulak, setiap detik dan juga minit. Tak pernah lupa untuk doakan anak-anak tersayang. Memaafkan dan mendoakan itulah rutin setiap hari usai solat dan juga sebelum memulakan apa saja rutin harian.

Gambar terbaru itu, baru sahaja saya dapat dari wasap profilenya. Tengok dia senyum macam.itu sahaja dah buat saya sebagai seorang ibu rasa sangat bahagia. Rasa rindu dan doa senantiasa setia berada dalam diri ini.

Selalu mohon pada Allah agar melindungi dirinya dan juga adik yang tersayang. Berusaha membahagikan rasa kasih dan sayang sama rata, agar memasing tak rasa tersisih. Lagipun buat apalah nak wujudkan rasa perbezaan dalam diri abang dan juga adik.

Tak kira abang ataupun adik tetap sahaja ada sisi yang istimewa dan kekurangan dimana-mana. Yang mana kurang berusaha untuk perbaikinya. Jika ada yang lebih sama-sama menglengkapi antara satu sama yang lain.

Alhamdulilah. Tak lama lagi akan bermulalah cuti panjang sempena dengan sambutan tahun baru raya Cina. Maka secara rasminya anak-anak tersayang akan pulang bercuti dan menghabiskan masa yang ada bersama-sama dengan saya.

Ada masanya wujud juga rasa terkilan, kerana tak mampu membawa mereka bercuti ke tempat-tempat yang menarik. Teringin rasa hati nak berbuat demikian, tapi mungkin tiada rezeki lagi buat anak-anak tersayang.

Rasa rindu pada anak-anak ini selalu ada dan tak pernah pudar.
Setiap ada rasa rindu itu wujud dan makin menebal, maka saat itulah juga saya akan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka berdua.

Waktu malam-malam begini selalu sahaja terpandang akan masa mereka tidur dan sebagainya.
Doa saya kepada Allah, agar Allah senantiasa melindungi anak-anak tersayang iaitu Muhamad Aiman Hakimi dan juga Nur Damia Rifqah serta permudahkanlah urusan mereka dalam pembelajaran dan dijauhkan dari segala kejahatan, musibah dan juga perbuatan maksiat. Insha Allah aamiin ya mujib.


Sekian
Sariah Awang Senik

Monday, 28 January 2019

BISIKAN RINDU



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Tahu, sekarang sedang sibuk bekerja. Tapi dek kerana ada idea yang datang menjengah serta bisikan rindu yang hadir secara tiba-tiba membuatkan jari-jemari ini laju sahaja menaip suatu entri buat anak-anak tersayang.

Doa ini semoga keduanya sihat sejahtera dan dilndungi dari segala musibah dan juga perkara-perkara yang tak diingini. Minggu ini cinta hati balik sempena bercuti menyambut Hari Raya Cina.

Mungkin dalam seminggu ini mereka berdua akan ada bersama. Jadi terubatlah segala kerinduan kepada cinta hati yang berdua itu.
Mereka semakin membesar, meningkat remaja dan dewasa. Tanggungjawab mereka berdua dah teramat berat.

Tekanan dapat dirasai daripada apa yang mereka berdua luahkan.
Apa pun, secara perlahan-lahan menasihati mereka berdua agar terus bersabar sambil berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan mereka dalam menuntut ilmu dan sebagainya.

Biarpun mereka berdua akan balik bercuti, namun dalam hati ini selalu saja merasa bagaikan tak cukup masa untuk bersama dengan mereka berdua.
Setiap hari tak putus dan tak pernah jemu berdoa agar mereka berdua berjaya dunia dan akhirat.

Seorang dah makin dewasa. Yang si dara pun dah muda remaja.
Inilah masa yang paling kritikal agar hubungan keramat ini tetap utuh dan erat setiap hari.
Memang mereka berdua dah besar. Tapi tak bermakna akan lepas tangan begitu sahaja.

Itulah sebabnya mengapa berkorban kebahagiaan sendiri demi mereka berdua.
Semoga Allah permudahkan dan kurniakan kemudahan kepada anak-anak dalam setiap kesulitan yang mereka berdua hadapi.
Insha Allah.

Sekian
Sariah Awang Senik

Sunday, 27 January 2019

KISAH SEPINTAS LALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Ada masa terfikir juga.
Ada ke orang nak baca kisah Kak Long ini?

Kak Long pun bukan seorang retis. Glamour jauh langit dengan bumi.
Yang ada pengalaman hidup yang taklah sehebat mana.

Pekerjaan Kak Long pun bukanlah hebat mana. 
Berlatar belakangkan pendidikan SPM, seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan kedua cahayamata tersayang.

Anak-anak alhamdulillah Kak Long didik mereka dengan bersendirian.
Berpanas dan berhujan, keluar dalam kegelapan malam sebaik solat Subuh, syukurlah Kak Long dah lalui perit itu.

Kadang terfikir, bagaimana Kak Long lalui semua itu?
Semuanya urusan Allah.
Dia lebih tahu dari diri kita sendiri.

Hidup selepas bercerai taklah seteruk mana.
Hanya berpisah kasih sahaja, sedangkan kasih sayang Allah masih tetap setia bersama.

Kini gigih menyiapkan Ebook yang pertama.
Biarpun cabaran menyiapkan ebook tak kurang hebatnya, tapi hati ini sangat degil untuk menyiapkannya.

Anak-anak sangat memberi sokongan.
Mengajar si ibu yang buta it ini.
Kata mereka ibu pandai menulis dan sesama belajar bersama-sama dengan mereka.

Semalam bercakap sendiri dengan Pn Masayu Ahmad. 
Meluahkan segala keresahan walau sedar itulah pertama kali beramah mesra walau ukhwah terjalin dalam satu jemaah di Akademi Bekerja Dari Rumah sejak sekian lama.

Terasa bagai dekat walau hakikatnya jauh dimata ini.
Harapannya agar ebook ini memberi nafas baru dan semangat buat kaum wanita yang sedang ataupun bakal melalui satu proses perceraian.

Dan sedarlah ada satu hikmah besar dalam kehidupan disebalik mimpi ngeri diari yang bergelar seorang wanita.


Sekian
Sariah Awang Senik

Friday, 25 January 2019

HIKMAH DAN DUGAAN


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Ada segunung kebimbangan sedang bersarang dihati ini.
Berusaha jua menepisnya dan berserah segalanya kepada Allah yang maha esa.
Sedarlah bahawa sebuah kehidupan ini tak akan pernah sunyi dari apa jua cabaran.

Baru sahaja akan satu coretan ini. Semua telah dinyatakan sejelas-jelasnya akan akibat semua ini. Apa pun tetap jua berdoa hingga ke penghujungnya untuk jadikan impian yang kecil ini suatu kenyataan.

Biar pun masih tak melakar kejayaan yang besar, tapi biarlah kejayaan yang kecil, titik permulaan impian yang lebih besar.
Ada masa terfikir juga, Allah dah aturkan sebaik dan secantiknya.

Pasti hikmahnya teramatlah besar nanti. Permulaan untuk sebuah impiam yang besar dan nyata dan dalam masa Allah lengkapkan pakej ujian yang maha besar untuk melawan semua ini.

Pasti Allah lebih tahu akan kemampuan diri ini berbanding dengan diri ini sendiri.
Keperitan dan kesakitannya tetap ada.

Hiasilah dan lengkapkan diri sebaiknya dengan segala ibadah dan juga sedekah.
Disebalik dari tangan yang menerima maka lagi mulialah tangan yang memberinya.

Ya Allah semoga kau kurniakan keimanan dan juga kesabaran yang kuat untuk menghadapi nya. Insha Allah.


Sekian
Sariah Awang Senik

Wednesday, 23 January 2019

DERMA KILAT



MOHON BANTUAN SECEPAT YANG MUNGKIN!!!!

Assalamualaikum,

Sesiapa yg mengenali saudara FB Pak Pandir Pandai boleh la bagi sumbangan untuk permudahkan urusan anaknya menjalani operate jantung berlubang dan hati

Bayi ini sekarang berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS)dan memerlukan kos yg tinggi utk membiayai rawatan.

Diharap sudilah menyampaikan sumbangan ikhlas kpd saudara Kama aka Pak Pandir Pandai. (bapa)

Beliau tidak pun meminta tetapi atas sifat belas ihsan kita sesama manusia sudi sudi lah membantu setakat yg mampu..

Hari ini hari dia esok lusa mungkin hari kita. 

Segala sumbangan & doa tuan2 & puan2 kami dahulukan dgn ucapan terimakasih. 

Wakil2 bekas pelajar SRKC Lipis.


Sekian
Sariah Awang Senik

APABILA GENG ANEKDOT BERAKSI



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan dalam penerbitan buku anekdot ini.
Seumur hidup selama hampir 45 tahun bernafas dibumi bertuah ini, inilah pertama kali mengenali akan penulisan secara anekdot ini.

Anekdot adalah penulisan secara ringkas yang selalunya berunsur lucu.
Selalunya penulisan ini dipenuhi dengan dialog dan hanya terdapat satu ataupun dua tiga watak.

Secara kebetulan berkenalan dengan rakan fb menbuka lembaran baru dalam tahun 2019 ini. Permulaan yang pertama adalah terlibat dengan penulisan secara ebook dan bakal tak lama lagi. Yang keduanya satu buku penulisan secara anekdot dengan rakan-rakan penulis yang baru dan juga berpengalaman.

Tajuk anekdot kali ini adalah terlalu dekat dengan hati. Kisah ibu-ibu yang menjalankan perniagaan secara online dan juga cabaran dalam menjalankan perniagaan ini.
Ada kisah yang lucu dan juga yang agak menyentuh hati.
Paling tak disangka-sangka aksi dan idea ibu-ibu dalam meluahkan segala idea untuk tajuk penulisan anekdot sangat kreatif. Mungkin ini adalah percubaan yang terbaik dan membuka ruang untuk ibu-ibu hebat ini berkarya dan berkongsi akan pengalaman masing-masing.

Yang paling membuatkan hati teruja buku ini bakal memasuki Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.
Segala usaha-usaha sedang giat dijalankan termasuklah dari senarai semua cerita anekdot sampailah ke cover buku anekdot ini.

Hanya tuhan yang tahu bagaimana rasa terujanya saya dalam kelahiran buku anekdot yang sulung ini. Walau hanya berpeluang dapat menyumbang beberapa kisah anekdot tapi itulah cubaan pertama dan semoga ianya membuka lebih banyak peluang dalam bidang penulisan.

Minat menulis ini telah lama tersemadi sejak lama dahulu. Nampuk sejak beberapa tahun ang lepas saya kurang mendapat pendedahan. Mujurlah setelah mempunyai blog sendiri barulah saya berpeluang untuk belajar dan kembangkan lagi bakat yang ada.

Mohon doa juga dari kalian yang sudi singgah membaca entri agar dapat luangkan masa mendoakan agar secara proses penerbitan buku anekdot ini berjalan dengan lancar dan juga jayanya.
Insha Allah . Aamiin Ya Mujib.

Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday, 22 January 2019

EBOOK BERCERAI BUKAN SATU MUSIBAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Canva
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Peluang yang ada jangan disia-siakan.
Usahalah sebaik yang mungkin untuk lakukan yang terbaik.
Berjaya atau tak serahkan kepada Allah. Usahalah bersungguh-sungguh kerana peluang yang baik tidak datang selalu.

Jujurnya tiada pengalaman dalam menulis ebook ini.
Tapi apabila diberi peluang oleh pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, terus saya berusaha dan mencari segala isi-isi terpenting untuk penulisan ebook ini.

Tajuk untuk ebook ini adalah berdasarkan atas pengalaman saya sendiri. Sudah bergelar ibu tunggal selama hampir 6 tahun, melalui ebook ini saya berusaha untuk menyakinkan semua wanita bahawa perceraian bukanlah satu mimpi ngeri.

Malah perceraian adalah satu proses kehidupan untuk mengajar seseorang wanita untuk berubah menjadi lebih baik untuk anak-anak dan juga keluarga tersayang.
Bukanlah menggalakkan perceraian dalam sebuah rumahtangga, tetapi jika tiada jalan penyelesaian dan hanya menambahkan lagi dosa yang ada.

Dalam ebook ini juga terdapat beberapa kisah bagaimana nak hadapi sebuah perceraian, apakah yang berlaku jika telah bercerai dan juga cara terbaik untuk menghadapinya.
Paling penting bagaimana nak menguruskan emosi setelah bercerai dan terdapat juga beberapa fasa-fasa penting yang perlu seorang wanita lalui sebaik sahaja bercerai.

Siapalah yang mahukan perceraian dalam sesebuah rumahtangga. Impian semua wanita hanyalah mahukan rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke jannah.
Mohon doa agar segala proses penerbitan ebook ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Insha Allah.

Sekian
Sariah Awang Senik



Wednesday, 16 January 2019

APABILA USIA MAKIN BERTAMBAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Sendiri
http://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Berterima kasih sangat kepada Allah atas segala nikmat yang dikecapi hari ini.
Semakin usia ini bertambah, maka perlahan-lahanlah kesibukan dunia ini harus ditinggalkan satu persatuan. Masa yang ada sebaiknya diisikan dengan segala amal ibadah untuk kehidupan yang lebih abadi nanti.

Usah risau akan segala yang berkaitan dengan dunia ini.
Percayalah Allah dah aturkan yanh paling terbaik buat diri kita dan juga keluarga.
Walau saat ini masih lagi bergelar seorang ibu tunggal, namum itulah hikmah disebalik gelaran ini.

Allah sudah berikan persediaan lebih awal untuk hidup sendirian sebagaimana berada di alam barzakh nanti. Cuma yang bezanya, masih lagi dapat merasai nikmat untuk bernafas lagi dan sebagainya.

Secara jujurnya diri ini tak pernah berhenti berdoa kepada Allah yang maha esa.
Berdoa semoga Allah tak menjemput pulang dalam keadaan yang jahil dan penuh dengan dosa.
Setiap hari berdoa agar dibebaskan diri dari semua keadaan yang menyedihkan itu.
Buat masa ini, fikiran lebih banyak ditumpukan perhatian untuk lebih perbaiki diri, akhlak dan juga keimanan kepada maha penciptaNya.

Semoga masa dan nikmat yang ada ini tak melalaikan dan memberi sepenuh perhatian untuk kehidupan yang lebih baik disana nanti.

Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday, 15 January 2019

PROJEK PENULISAN ANEKDOT













Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Wasap
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

Dalam kesibukan tugas menjalankan amanah seperti kebiasaannya, dalam hati dan fikiran ini tak pernah lupa akan impian nan satu ini.

Walau lambat dipertemukan oleh Allah akan peluang ini namun peluang datang bagaikan bulan jatuh ke riba.

Hanya berpandukan pada minat dan bukanlah 
berlatar belakangkan pendidikan tinggi dalam bidang penulisan.

Hanya mempunyai beberapa siri blog dan disitulah berkongsi akan segala kisah kehidupan ini.

Alhamdulilah. Mengenali rakan fb Rubiatul Addawiyah bagai satu rezeki yang telah Allah aturkan. Melalui beliaulah secara tak sengaja terlibat dalam penulisan anekdot ini.

Jujur tak pernah ambil kisah akan penulisan anekdot ini. Pernah ternampak buku yang ada penulisan anekdot tapi belum tergerak hati membacanya.

Syukur dan kini berusaha dan membuat sedikit kajian tentang penulisan anekdot.
Bakal terbit tak lama lagi dan akan masuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 pada Mac dan April nanti.

Bersama ibu-ibu lain yang juga mempunyai minat yang sama, kami usaha sedaya upaya untuk berikan yang terbaik.

Semoga semuanya dipermudahkan dan ada hikmat disebalik perjuangan penulisan ini.

Mohon doa juga dari kalian yang gigih membaca dan berikanlah sokongan terhadap impian kami para ibu yang punya impian yang satu ini.
Insha Allah.


Sekian 
Sariah Awang Senik

Sunday, 13 January 2019

HARI MINGGU YANG SANGAT INDAH


Teks :  Sariah Awang Senik

https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Dah hari minggu rupanya. Cepat betul masa berlalu.
Sekarang pun dah masuk minggu ke tiga dalam bulan Januari 2019.
Hari ini bekerja seperti biasa menjalankan segala tanggungjawab yang diamanahkan.
Buat masa ini hanya mampu bersabar sebelum memulakan sesuatu yang lebih baru.

Apa pun dalam hati ini masih lagi rasa tenteram.
Tugasan penulisan masih ada yang belum siap dan sedang bertungkus-lumus siapkan segala yang termampu.

Jauh dihati ini tetap juga berdoa agar segalanya dipermudahkan.
Semoga ada hikmah atas segalanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Thursday, 10 January 2019

HARI JUMAAT YANG LEBIH INDAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://facebook.com.my/sariah.awangsenik


Alhamdulilah. 
Syukur Allah masih beri peluang untuk bernafas lagi .
Esok atau lusa tak pasti lagi. Namun tetap saja berdoa agar masih ada peluang untuk 
lakukan yang terbaik setiap hari.

Hari ini cuti offday. Walau dihujung hati ini ada sedikit kerisauan terus sahaja berdoa agar 
rasa ini terus pudar. Doanya mudah sahaja. Berdoa agar hari ini dapat berehat dari segala kerja yang sangat memenatkan. Mengambil berkatnya hari Jumaat ini, tak henti berdoa agar hari dapat bercuti dan berehat. 

Cadangnya hari ini hendak terus habiskan segala task untuk ebook pertama dan juga menyiapkan task untuk penulisan anekdot. 
Alhamdulilah. Permulaan tahun bermula dengan task-task tentang penulisan.

Sangat tahu diri ini terlalu banyak kelemahan disana dan disini. Meminati bidang penulisan dan berusaha setiap hari untuk terus membaca dan juga beramal dengan segala ilmu yang ada. Permulaan pagi ini dihiasi dengan zikir dan selawat juga sedekah yang tak seberapa. Betapa segala rutin ini penting untuk diamalkan setiap hari dan tak hanya tertumpu kepada hari Jumaat ini sahaja.

Setiap tugasan dan amalan ini perlulah dicatat dan dilakukan secara konsisten. 
Semuanya dilakukan sendiri demi untuk memastikan kehidupan yang dilalui lebih bermakna.
Tak lama lagi usia makin bertambah. Lihat dan perbaikilah segala amalan agar nanti sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan yang lebih kekal disana nanti.

Bacalah surah Al-Kahfi setiap hari dan jadikan sebagai rutin harian dan makanan minda yang paling terbaik. Bacaan Yasin dan surah-surah yang lain amalkan selalu. Sebagai hambanya kita tak tahu apa hikmah mengamalkan bacaan semua surah-surah ini. Yang pasti telah tertulis dalam Al-Quran akan segala mukjizat-mukjizat dalam setiap surah yang dibaca.

Semoga hari Jumaat ini bakal memberi seribu kebahagiaan dan juga rezeki luar biasa yang melimpah-ruah tanpa hentinya. Aamiin Ya Mujib.

Sekian 
Sariah Awang Senik

Wednesday, 9 January 2019

TERUSKAN SEGALA USAHA


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah kerana masih lagi berpeluang untuk bernafas di bumi Allah yang penuh rahmat ini. Menyusuri kehidupan setiap hari, terasa masa bagaikan pantas berlalu. Melihat anak-anak makin membesar dan meningkat dewasa terasa disisa-sisa kehidupan ini perlu lakukan sesuatu secara lebih drastik lagi.

Melihat pada keadaan masa yang terlalu banyak berlaku hal-hal yang tak sepatutnya berlaku, buatkan diri terasa insaf. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku tanpa kita sedari.
Maka sebaiknya masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya tanpa fikirkan hal yang lain.

Fokus terus kepada segala cita-cita dan juga impian yang ada.
Jika rasa lelah, berehatlah sebentar. Berdoa dan berusahalah agar segalanya dipermudahkan.

Sekian
Sariah Awang Senik

Saturday, 5 January 2019

HARI AHAD DATANG LAGI



Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Cerah dan ceria betul hari Ahad pertama dalam tahun 2019 ini.
Pagi tadi, badan ini terasa lesu sangat. Rasa malas itu bagaikan menari-nari dalam diri. Kalau bekerja waktu pejabat, sah-sahlah tidur lagi setelah selesai semua kerja rumah.

Memandangkan sekarang sudah bekerja shift pagi, maka suka atau tak kenalah harungi semua itu. Kalau ikutkan nak je terus berniaga sendiri. Apa pun banyak persediaan yang perlu dilakukan untuk ke arah itu sepenuhnya.

Projek penulisan ebook dan juga penulisan anekdot saya masih dalam proses. Secara jujur saya tak tahu bagaimanakah hasil kedua projek penulisan ini. Menyertai kumpulan yang berminat ke arah yang sama secara automatik dapat membantu tingkatkan kemahiran penulisan saya.

Dah agak lewat juga untuk belajar tentang semua yang berkaitan dengan penulisan. Kelulusan yang ada pun taklah setinggi mana. Tapi disebabkan minat saya gagahkan diri dan menerima kritikan dengan hati terbuka.

Doa saya dipagi Ahad yang ceria lagi indah ini, agar semuanya berjalan lancar dengan jayanya. Insha Allah Ya Mujib.

Sekian
Sariah Awang Senik

Friday, 4 January 2019

EBOOK YANG PERTAMA

 Teks :  Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik


Dalam kesibukan menyiapkan semua tugasan untuk ebook yang pertama ini masih sempat selitkan entri terbaru untuk blog Travelog Kehidupan. Blog Travelog Kehidupan ini umpama anak yang sulung. Dalam blog inilah berkongsi segala kisah suka duka sebuah kehidupan seorang yang bergelar ibu tunggal.

Kalau difikirkan bergelar seorang ibu tunggal atau isteri tanggungjawabnya masih tetap sama dan tak banyak bezanya. Setelah sekian lama menulis dari blog Travelog Kehidupan ini barulah mendapat peluang untuk menerbitkan ebook yang pertama yang berkisar tentang pengalaman kehidupan yang tak seberapa ini.
Kisah kehidupan seorang ibu tunggal yang tak pernah sunyi dari dugaan hidup. Dan asbab dugaan hidup inilah yang banyak mengajar saya tentang pentingnya untuk terus mengekalkan sikap positif dan tak buang masa mengeluh nasib diri.

Diharapkan segala perkongsiaan dalam ebook ini nanti dapat memberi manfaat bagi yang sudi membaca ebook yang pertama ini. Mohon doa juga dari kalian yang budiman agar dapat berikan yang terbaik walau tahu ramai lagi ahli jemaah lain dalam kumpulan itu yang lebih berpengalaman.
Apa pun berusaha niatkan dalam hati ini bahawa betulkan segala niat.
Niat bukan untuk bersaing tapi hanyalah sebagai satu perkongsiaan dari segala yang berlaku dalam kehidupan yang maha singkat ini.
Semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan jayanya.


Sekian
Sariah Awang Senik

Tuesday, 1 January 2019

MESTI KUAT


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
https://www.facebook.com/sariah.awangsenik

MESTI KUAT

Sejak semalam hati sedikit tersentuh dengan kesihatan si abang.
Nak marah pun dia bukannya budak 5 atau 6 tahun lagi.
Sudahnya si ibu ini hanya mampu beri nasihat sesekali juga dengan leteran.

Dari mula cuti semester si abang dah mula bekerja part time.
Ada masa rasa kasihan yang teramat sangat.

Jujur tak mampu sediakan serba lengkap untuk anak-anak.
Hanya rumah sewa untuk berteduh dan juga dua jenis pekerjaan sebagai sumber pendapatan.

Nak bermula persekolahan ini segala macam bayaran yang perlu diuruskan.
Alhamdulilah rezeki anak-anak tetap ada dan datang dalam masa yang sangat tepat.

Tak banyak namun sangat membantu ringankan beban yang ada.
Dah malas nak bercerita kepada pihak yang satu lagi mengenai anak-anak.

Hanya mampu berdoa, berusaha serta tak meraih dan berkongsi akan segala kesusahan.
Kerana sedar ramai lagi insan insan yang lebih perit hidupnya.

Cumanya setelah si abang dalam perjalanan pulang ke tempat belajar dan si adik sudah pun balik asrama, hati ibu dibuai rasa sunyi.

Padahal baru beberapa jam mereka melangkah menjalankan tanggungjawab mereka.
Bantal dan tilam mereka berdua pun masih panas lagi.

Beginilah satu kehidupan.
Berputar pantas menjalani roda kehidupan.
Adakala di bawah dan ada masa diatas.
Diuji, buat silap dan belajar lagi.
Walau sehebat mana dugaan, percayalah Allah itu ada disamping kita.

Jangan sesekali lalai.
Utamakan Allah di permulaan, pertengahan dan begitulah akhirnya.
Yang pasti keimanan dan kesabaran mesti kuat dan secara tak langsung anak-anak juga makin kuat dan hebat.

Bukanlah nak kata anak sendiri hebat atau anak orang lain kurang hebat, hanya sebagai peringatan ke atas diri sendiri.
Masih lagi dalam process belajar dan berusaha yang terbuat buat anak-anak yang tersayang.


Sekian
Sariah Awang Senik

KEPERITAN HIDUP, IKHLAS ATAU SEBALIKNYA

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Google http://www.facebook.com/sariahawangsenik Semua dari kita pasti akan lalui keperitan hidup y...