Thursday, 10 January 2019

HARI JUMAAT YANG LEBIH INDAH


Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
https://facebook.com.my/sariah.awangsenik


Alhamdulilah. 
Syukur Allah masih beri peluang untuk bernafas lagi .
Esok atau lusa tak pasti lagi. Namun tetap saja berdoa agar masih ada peluang untuk 
lakukan yang terbaik setiap hari.

Hari ini cuti offday. Walau dihujung hati ini ada sedikit kerisauan terus sahaja berdoa agar 
rasa ini terus pudar. Doanya mudah sahaja. Berdoa agar hari ini dapat berehat dari segala kerja yang sangat memenatkan. Mengambil berkatnya hari Jumaat ini, tak henti berdoa agar hari dapat bercuti dan berehat. 

Cadangnya hari ini hendak terus habiskan segala task untuk ebook pertama dan juga menyiapkan task untuk penulisan anekdot. 
Alhamdulilah. Permulaan tahun bermula dengan task-task tentang penulisan.

Sangat tahu diri ini terlalu banyak kelemahan disana dan disini. Meminati bidang penulisan dan berusaha setiap hari untuk terus membaca dan juga beramal dengan segala ilmu yang ada. Permulaan pagi ini dihiasi dengan zikir dan selawat juga sedekah yang tak seberapa. Betapa segala rutin ini penting untuk diamalkan setiap hari dan tak hanya tertumpu kepada hari Jumaat ini sahaja.

Setiap tugasan dan amalan ini perlulah dicatat dan dilakukan secara konsisten. 
Semuanya dilakukan sendiri demi untuk memastikan kehidupan yang dilalui lebih bermakna.
Tak lama lagi usia makin bertambah. Lihat dan perbaikilah segala amalan agar nanti sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan yang lebih kekal disana nanti.

Bacalah surah Al-Kahfi setiap hari dan jadikan sebagai rutin harian dan makanan minda yang paling terbaik. Bacaan Yasin dan surah-surah yang lain amalkan selalu. Sebagai hambanya kita tak tahu apa hikmah mengamalkan bacaan semua surah-surah ini. Yang pasti telah tertulis dalam Al-Quran akan segala mukjizat-mukjizat dalam setiap surah yang dibaca.

Semoga hari Jumaat ini bakal memberi seribu kebahagiaan dan juga rezeki luar biasa yang melimpah-ruah tanpa hentinya. Aamiin Ya Mujib.

Sekian 
Sariah Awang Senik

APABILA USIA MAKIN BERTAMBAH

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Sendiri http://www.facebook.com/sariah.awangsenik Berterima kasih sangat kepada Allah ata...