Saturday 29 November 2014

KOLEKSI DRESS MENARIK

TEKS : SARIAH AWANG SENIK
SUMBER : FACEBOOK
http://sariahawangsenik.blogspot.com

FLORA DRESS
TERDAPAT PELBAGAI CORAK YANG MENARIK.
ADA JUGA PELBAGAI WARNA YANG CANTIK-CANTIK.
HARGA RM70 DAH TERMASUK POSTAGE.
BERMINAT UNTUK DAPATKANNYA, HUBUNGI SAYA SARIAH 019-4075634 ATAUPUN EMAIL sariah.awangsenik@gmail.com

CORETAN PRODUK
SARIAH AWANG SENIK

KOLEKSI TERBARU BAJU DAN DRESS

TEKS : SARIAH AWANG SENIK
SUMBER : FACEBOOK
http://sariahawangsenik.blogspot.co

BAJU DOUBLE BLOUSE
HARGA AMAT BERPATUTAN.
HARGA RM 60 DAH TERMASUK POSTAGE.
TERDAPAT PELBAGAI WARNA YANG MENARIK.
SAIZ DARI S SAMPAI XL.
BERMINAT UNTUK DAPATKANNYA, HUBUNGI SAYA SARIAH 019-4075634 ATAUPUN EMAIL sariah.awangsenik@gmail.com. BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA MELALUI WHATSHAPP,WECHAT DAN JUGA INSTRAGRAM.

CORETAN PRODUK
SARIAH AWANG SENIK

Wednesday 26 November 2014

COMBINE PACK CHEEZY WEDGES SAUCE DAN TEPUNG MAGIK

TEKS : SARIAH AWANG SENIK
SUMBER : FACEBOOK
http://sariahawangsenik.blogspot.co

ALHAMDULILAH, CUTI SEKOLAH TELAH PUN BERMULA. ANAK-ANAK TERSAYANG SEMUANYA BERADA DIRUMAH. MEREKA SENANTIASA MERANCANG PELBAGAI AKTIVITI BAGI MEMENUHI MASA LAPANG YANG ADA.

SETELAH PENAT MELAKUKAN PELBAGAI AKTIVITI , MEREKA TENTU AKAN MERASA PENAT, LAPAR DAN JUGA DAHAGA. SEBAGAI SEORANG IBU, TENTU KITA SELALU MEMIKIRKAN HIDANGAN RINGAN YANG LAZAT DAN JUGA SENANG DISEDIAKAN.

BAGI IBUBAPA YANG KURANG BERKEMAMPUAN UNTUK MEMBAWA ANAK-ANAK MAKAN MAKANAN RINGAN SEPERTI RESTORAN MAKANAN RINGAN YANG TERKENAL IAITU SEPERTI KFC, BURGER KING DAN BERMACAM-MACAM LAGI.

IBUBAPA BOLEH MENYEDIAKAN SEMUA MAKANAN INI DENGAN KOS YANG PALING MURAH DAN RASANYA YANG SETARAF DENGAN RESTORAN MAKANAN SEGERA IAITU KFC. ANTARANYA SEPERTI SOS CHEEZY WEDGES DAN JUGA TEPUNG MAGIK.

KINI KEDUA JENIS SERBUK SEGERA INI BOLEH DI DAPATI DENGAN PACK YANG PALING MENJIMATKAN.
HARGA UNTUK KEDUA-DUA SERBUK SEGERA INI IALAH RM33 DAN SUDAH TERMASUK KOS POSTAGE.

BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN, HUBUNGI SAYA SARIAH 019-4075634 ATAUPUN EMAIL sariah.awang@gmail.com

CORETAN PRODUK
SARIAH AWANG SENIK

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

WISHLIST:
INGIN BERJAYA DAN KAYA TETAPI SEGALA HARTA DAPAT JUGA DINIKMATI OLEH ORANG LEBIH MEMERLUKAN.
INGIN MENJADI SEORANG PENULIS BLOG YANG DAPAT MEMBERI MAKLUMAT KEPADA ORANG LAIN.
MENJADI SEORANG TUKANG JAHIT YANG DAPATKAN HASILKAN KRAFTANGAN DARI RUMAH.

Sunday 23 November 2014

PERFUME GARDEN CLEARENCE STOK

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tawaran masih terbuka untuk menghabiskan stok clearence. Semua jenama ada. Harga RM 130 dah termasuk postage.
Berminat hendak mendapatkannya, boleh terus hubungi saya SARIAH 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com.

Coretan Wangian
Sariah Awang Senik

Friday 21 November 2014

MENYAKITI DAN DISAKITI

TEKS : SARIAH AWANG SENIK
SUMBER : GOOGLE
http://sariahawangsenik.blogspot.com

ALHAMDULILAH, SYUKUR NIKMAT YANG ALLAH MASIH KURNIAKAN. DI DALAM KEHIDUPAN INI, KITA AKAN MELALUI PELBAGAI PROCESS KEHIDUPAN. ADAKALA KITA AKAN MERASA SUSAH DAN ADA AKAN RASA SENANG. KEBAHAGIAAN DI DALAM SESEBUAH KEHIDUPAN BUKAN DIUKUR DARIPADA SEGI KEKAYAAN DAN MATERIAL, MALAH LEBIH DARIPADA ITU.

UNTUK MENCAPAI SESEBUAH KEBAHAGIAAN DI DALAM KEHIDUPAN, BUKANLAH PERKARA YANG MUDAH. MENCAPAI SESEBUAH KEBAHAGIAAN DENGAN CARA MENYAKITI INSAN YANG LAIN, BUKANLAH KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA MENYAKITI INSAN YANG LAIN BERMAKNA MEREKA SEBENARNYA BAKAL JUGA MENYAKITI HATI SENDIRI.

MENYAKITI HATI ORANG LAIN SEBENARNYA LEBIH MENYAKITKAN DAN AKAN MEMBUATKAN KEHIDUPAN SESEORANG TIDAK AKAN PERNAH MERASA AMAN DAN TENTERAM. KITA BOLEH MENYATAKAN PADA ORANG LAIN, BAHAWA KITA TIDAK PERNAH SAKITKAN HATI SESEORANG, TETAPI HAKIKAT YANG SEBENARNYA ADALAH SEBALIKNYA. KEJUJURAN BUKAN SAHAJA DIUKUR DAN DINILAI PADA SESAMA MANUSIA, TETAPI KITA PERLU DAN PENTING JUGA UNTUK BERLAKU JUJUR DENGAN YANG MAHA PENCIPTANYA.

KEBAHAGIAAN YANG INGIN DICAPAI BIARLAH DENGAN CARA YANG BETUL. KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA ADALAH APABILA KITA MENCAPAINYA TANPA MENYAKITI HATI INSAN YANG LAIN. DENGAN CARA INI, KEBAHAGIAAN AKAN LEBIH KEKAL ABADI. MENCAPAI KEBAHAGIAAN DENGAN HATI YANG TELAH DISAKITI AKAN MEMBUATKAN SESEORANG ITU LEBIH MATANG DAN BERSIKAP BERHATI-HATI DI DALAM MEMBUAT SEBARANG TINDAKAN. MEREKA AKAN LEBIH BERFIKIR PANJANG KERANA TIDAK MAHU ADA YANG DISAKITI DALAM MENYUSURI LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI.

NAMUN BERSYUKURLAH ANDAI HATI ANDA PERNAH DISAKITI. DAN PASTIKAN ANDA TIDAK MENYAKITI HATI MANA-MANA INSAN DI MUKA BUMI INI HANYA KERANA INGIN MENGEJAR KEBAHAGIAAN YANG TIDAK PASTI. CUBALAH SETIAP HARI, MASA DAN SAAT ADAKAH ANDA TELAH BERFIKIR BAHAWA PERNAH MENYAKITI HATI INSAN-INSAN YANG ANDA SANGAT SAYANGI TANPA ANDA SEDARI? JIKALAU ANDA MERASAKAN TELAH SAKTI HATI MEREKA, MINTALAH MAAF DI ATAS SEGALA KETERLANJURAN KATA-KATA DAN JUGA TINDAKAN ANDA. NESCAYA KEBAHAGIAAN DAN JUGA KEJAYAAN AKAN LEBIH KEKAL LAMA DI DALAM KEHIDUPAN ANDA.

CORETAN TENTANG HATI
SARIAH AWANG SENIK

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@$@@

AKADEMI BEKERJA  DARI RUMAH
MENYEDIAKAN SEGALA KEMAHIRAN SECARA ONLINE DAN KHUSUS UNTUK MEREKA YANG INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN.
SEMUA KEMAHIRAN AKAN DAPAT DIPELAJARI DARI KELAS-KELAS YANG DISEDIAKAN SECARA ONLINE DAN MENGIKUT MASA YANG DITENTUKAN OLEH ANDA SENDIRI.

BERMINAT DAN TELAH BERSEDIA, HUBUNGI SAYA, SARIAH 019-4075634 ATAUPUN EMAIL SAYA sariah.awangsenik@gmail.com

Wednesday 19 November 2014

HARI-HARI TERAKHIR PERSEKOLAHAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Terasa terlalu cepat masa berlalu. Jangkamasa setahun, sebenarnya bukanlah lama sangat. Pejam cilik dah pun setahun. Macam itulah yang saya rasa apabila melihat anak-anak membesar di depan mata. Macam baru semalam je melahirkan anak-anak seperti kedua cahaya mata yang paling istimewa ini.

Mereka berdua anak-anak yang paling istimewa yang telah Allah kurniakan dan terlalu besar maknanya di dalam kehidupan saya. Alhamdulilah sejak dari kecil kedua beradik ini , Muhamad Aiman Hakimi dan Nur Damia Rifqah tidak mempunyai banyak masalah untuk ke sekolah. Keduanya sangat berminat untuk pergi ke sekolah. Masih saya ingat ketika hari pertama abangnya ke sekolah taski iaitu sebuah sekolah tadika yang menitik beratkan asuhan islam. Abangnya semasa kecil adalah seorang kanak-kanak yang lasak dan suka berkawan dengan anak-anak yang lain.

Proces pembelajaran si abang sangat memberangsangkan. Abangnya boleh membaca dan mengenal huruf seawal usia 5 tahun. Doa-doa ringkas dan juga surah Al-Fatihah senang dan mudah untuk dia ingat dan menghafalnya. Abangnya agak kreatif apabila membuat dan menulis huruf-huruf rumi. Maka tidak hairanlah sehingga ke usia 15 tahun , dia telah mewakili sekolah dan juga daerah di dalam seni penulisan khat.

Begitu juga dengan si adik, Nur Damia Rifqah. Memasuki tadika Pasti seawal usia 4 tahun, membuatkan dia lebih cepat belajar daripada abangnya. Si adik tidak pernah merasa takut dan juga menangis semasa hendak ke sekolah. Abang dan juga adik mempunyai perangai yang sama semasa mereka bersekolah tadika. Iaitu mereka berdua tidak suka saya menunggu mereka berdua semasa di awal sekolah tadika. Mereka berdua pasti akan menyuruh saya balik ke rumah dan berpesan agar saya tidak bimbang akan keadan mereka semasa bersekolah.

Kini kedua cahaya mata saya semakin membesar dan pandai menghadapi segala dugaan dengan hati yang kuat dan cekal. Adiknya sekarang telah memprolehi keputusan yang sangat membanggakan pada peperiksaan persekolahan yang lepas. Begitu juga dengan abangnya, baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PT3 yang lepas. Sebagai seorang ibu, saya berdoa moga dia akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PT3 nanti.

Semoga mereka berdua menjadi anak-anak yang taat dan juga solehah. Dan jika saya ditakdirkan nanti tiada di dunia ini, maka mereka berdualah yang akan mendoakan saya di sana nanti. Amin.

Coretan Kasih Ibu
Sariah Awang Senik

Nota : Sekitar gambar kenangan Hari Penyampaian Anugerah Cemerlang Sek Keb Hulu Bernam 2014. Anakanda Nur Damia Rifqah meraih kejayaan dengan mendapat tempat ke-3 di dalam kelas.
Juga gambar kenangan si abang Muhamad Aiman Hakimi semasa rombongan ke Kelantan.

Tuesday 18 November 2014

PERFUME GARDEN SALE CLEARENCE

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar Whatshapp.
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Perfume garden sekarang sedang menghabiskan sale clearence. Semua perfume yang berada di bawah perfume garden, bukanlah rosak tetapi hanya rosak daripada segi packaging dan juga label kotak.

Kini, terdapat perfume yang menarik yang berjenama dengan harga yang paling berpatutan. Semua perfume berharga RM130 dan sudah termasuk postage. Jika anda berminat ingin mendapatkan perfume ini boleh terus hubungi saya SARIAH 019-4075634 ataupun terus email di sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Wangian
Sariah Awang Senik

CHEEZY WEDGES SOS DAN MASHED POTATO

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Tentu anak-anak yang berada dirumah senantiasa berada di dalam kelaparan setelah penat berada di rumah menjalankan pelbagai aktiviti. Selalunya anak-anak sukakan makanan ringan seperti kentang goreng, burger, sosej dan juga lain-lain lagi.

Tentu anak-anak suka makanan ringan seperti cheezy wedges dan juga mashed potato seperti mana yang terdapat di restoran makanan ringan terkenal iaitu KFC, MC DONALD dan bermacam-macam lagi.

Kini anda boleh sediakan semuanya hanya dirumah. Produk ini adalah halal dan 100% disediakan oleh orang islam. Harganya ialah :
@@@ Cheezy Wedges 200 gm
            RM 20 termasuk postage.
@@@ Mashed potato 250 gm termasuk
            sos.
            RM 20 juga termasuk postage
Juga terdapat pack combine untuk kedua-duanya sekali dengan harga
            RM 33 dah termasuk postage.

Jika anda berminat untuk mencuba produk ini sebagai hidangan ringan anak-anak di rumah, bolehlah hubungi saya SARIAH 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik.blogspot.com

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

PERCERAIAN BUKANLAH PENAMAT KEBAHAGIAAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Tiada siapa yang mahukan perceraian di dalam kehidupan rumahtangga mereka. Semuanya mahukan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun kita hanya manpu merancang dan yang menentukannya hanyalah yang maha esa.

Mungkin isu perceraian adalah isu biasa yang diperkatakan setiap hari. Tetapi menghadapi dan melalui sebuah perceraian bukanlah perkara yang mudah. Seseorang yang sedang melalui process perceraian haruslah bertindak dan berfikir tanpa dipengaruhi perasaan emosional. Jangan terlalu meraih simpati daripada terutamanya daripada orang yang baru dikenali. Banyakkan diri bersabar dan berfikir secara lebih positif. Berdoalah kepada Allah dan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Apabila berlakunya sesebuah perceraian, anggaplah bahawa ianya adalah sebahagiaan daripada process kehidupan. Manusia akan banyak belajar daripada sebuah kemusnahan dan mencari kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya secara beransur-ansur. Berikan masa yang secukupnya kepada diri sendiri dan cubalah mengatur kembali kehidupan bersama dengan anak-anak.

Jangan sesekali meracuni fikiran anak-anak dengan bercerita tentang keburukan bekas suami di hadapan anak-anak. Anak-anak zaman sekarang , bijak berfikir dan juga menilai segala dugaan yang berlaku di antara ayah dan juga ibu mereka.

Setelah melalui pelbagai episode kedukaan di dalam kehidupan, pasti sinar kebahagiaan akan menjelma kembali di dalam kehidupan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian. Ketahuilah perceraian bukanlah penamat kebahagiaan seseorang. Kebahagiaan bukan diukur sama ada seseorang hidup berseorangan ataupun bersama dengan pasangannya, tetapi kebahagiaan itu terletak kepada bagaimana tabahnya seseorang melalui episode kedukaan dan berusaha mengakui segala kelemahan diri .

Apapun hargailah sebuah kehidupan yang terlalu singkat ini. Percayalah masih banyak perkara yang mampu membuatkan kehidupan kita bahagia. Janganlah terlalu lama menyimpan perasaan marah, benci dan juga dendam terhadap bekas suami dan isteri. Ianya hanya membuatkan kehidupan seseorang tidak tenteram.

Perceraian hanyalah sebahagiaan daripada sebuah kehidupan. Dunia seseorang tidak akan musnah walaupun berlaku perceraian.

Coretan Perceraian
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ingin mencari pendapatan tambahan dengan menjadi agent dropship di AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.
Jika anda berminat dan juga sudah bersedia, boleh hubungi saya SARIAH 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Sunday 16 November 2014

ASAL BERCERITA LANGSUNG TERJUAL

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook Dan Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, masih berpeluang menulis sesuatu yang istimewa yang telah berlaku pada minggu lepas. Memikirkan yang anak-anak bakal memulakan cuti persekolahan pada hanya beberapa sahaja lagi, saya sedang memikirkan dan juga menyediakan juadah makanan ringan seperti mana dijual di restoran makanan ringan yang terkenal seperti KFC.

Anak-anak gemar memakan cheezy wedges dan juga mashed potato. Saya teringat yang serbuk cheezy wedges dan juga mashed potato pernah dijual di group ABDR. Kalau tidak silap, guru online saya sendiri ada menjual produk ini secara dropship.

Ketika itu saya sedang bersembang dengan beberapa jiran yang sedang berbual dan bercerita tentang anak-anak. Untuk memastikan yang guru online saya ada menjual produk ini, saya lantas menghantar pesanan melalui whatshapp tentang hal ini. Setelah menghubunginya, maka benarlah dan mengakui bahawa dia menjual produk ini secara dropship.

Dalam masa yang sama , saya berbual-bual kosong dengan jiran lalu terkeluarlah cerita tentang produk cheezy wedges dan juga mashed potato. Jiran amat berminat dan menyatakan akan membeli produk ini. Saya cuba mempromosikan di group whatshapp yang lain dan ternyata mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Bermulalah daripada saat itu, saya terus mempromosikan lagi dan sekarang sudah menjual sebanyak 6 peket serbuk cheezy wedges dan mashed potato.

Saya nekad untuk berusaha meneruskan perniagaan dropship ini.

Kepada yang berminat untuk mencuba serbuk cheezy wedges dan mashed potato bolehlah hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com. Harga produk ini ialah :
@@@ Serbuk cheezy wedges 200gm RM200.
@@@  Serbuk mashed potato 200gm dan 50gm sos.

Coretan Produk
Sariah Awang Senik

Saturday 15 November 2014

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Cuti sekolah, bakal bermula tidak lama lagi. Terasa cepat sangat masa berlalu. Dah hampir hujung tahun. Dan selepas itu bermulalah tahun baru iaitu tahun 2015. Anak bujang serta adiknya sudah pun merancang pelbagai aktiviti yang hendak dilakukan sepanjang cuti sekolah nanti.

Walaupun si abang sibuk membuat kerja partime namun masih tetap menjalankan aktiviti yang lain seperti biasa. Apa pun sebagai seorang ibu saya juga tetap mengikut apa yang dicadangkan oleh anak-anak mengikut kemampuan masing-masing.

Cuti sekolah yang bakal bermula bukanlah lama, hanya selama sebulan sahaja. Tapi rasanya bukanlah lama sangat. Untuk itu, sebagai seorang ibu saya berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak tersayang.

Coretan Cuti Sekolah
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

MASIH BERMINAT UNTUK MEMPUNYAI.KEDAI ONLINE DENGAN HARGA YANG PALING MENARIK.
SERTAILAH KAMI DI AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH DAN ANDA AKAN DI BANTU OLEH GURULINE YANG BERPENGALAMAN SECARA ONLINE MENGIKUT MASA YANG ANDA TENTUKAN SENDIRI.
ANDA JUGA AKAN MEMPUNYAI BLOG SENDIRI YANG AKAN MENCERITAKAN TENTANG PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN ANDA.
SUDAH BERSEDIA, HUBUNGI SAYA SARIAH AWANG SENIK DI NO 019-4075634 ATAU PUN EMAIL sariah.awangsenik@gmail.com

Tuesday 11 November 2014

PENGGUNAAN ILMU SIHIR UNTUK MEMBALAS DENDAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, berkat rezeki yang masih diberikan oleh yang maha esa, berusaha menulis entri yang agak serius dan juga nyata berlaku di dalam masyarakat kita sejak kebelakangan ini.

Hati dan juga perasaan manusia, amat sukar untuk difahami dan juga memahaminya. Bukan semua hamba Allah yang hidup di atas muka bumi dapat menerima sesuatu musibah ataupun dugaan yang berlaku di dalam kehidupannya dengan baik.

Ada juga hati manusia yang penuh dengan perasaan dendam, benci dan juga cemburu akan segala kebahagiaan dan juga kemewahan yang dimiliki oleh orang lain. Dan apabila keimanan yang dimiliki oleh seseorang semakin menipis, maka segala tindakan akan dikuasai seratus peratus dengan perasaan benci dan juga dendam.

Golongan yang sedemikian selalunya akan bertindak dan memohon bantuan daripada syaitan untuk membalas dendam dan sudah tentulah menggunakan ilmu sihir kerana ianya tidak nampak oleh mata kasar manusia dan sukar untuk membuktikan akan kesalahannya seperti mana kegiatan jenayah fizikal yang lain. Hanya tahu akan berlaku semua ini, hanyalah Allah yang maha esa.

Sesiapa sahaja mampu menggunakan ilmu sihir yang teramat bahaya ini. Hanya keimanan dan juga solat, zikir dan membaca ayat-ayat suci al-quran sahaja yang dapat mengatasinya. Selain daripada doa yang tidak pernah mengenal letih dan lelah.
Yang menggunakan serta mengamalkan penggunaan ilmu sihir di dalam seluruh aspek kehidupannya amat sukar dikenali. Golongan profesional juga ada yang terlibat, malah berpendidikan dan juga datang daripada keluarga yang baik. Tetapi kerana rasa hasad dengki akan kebahagiaan seseorang membuatkan mereka senantiasa mencari peluang untuk mereka membalas segala dendam yang terbuku dihati mereka.

Di kalangan masyarakat melayu terutama di kampung banyak terdapat kejadian seperti ini berlaku. Mereka tidak suka memohon bantuan daripada Allah, mungkin mereka merasakan balasan daripada Allah lambat dan juga perlu beramal dan juga sebagainya. Jalan yang paling mudah cepat dan juga berkesan hanyalah dengan menggunakan ilmu sihir untuk membuatkan kehidupan seseorang hancur dan musnah begitu sahaja.

Kejadian seperti menggunakan ilmu sihir untuk memusnahkan kebahagiaan rumahtangga orang lain sehingga bercerai berai, menimbulkan perasaan benci di antara rakan sepejabat, rakan sekampung mahupun rakan baik selalu terjadi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Ilmu sihir melibatkan hati dan juga minda seseorang. Ianya akan menguasai hati dan pemikiran seseorang tanpa disedari. Jika selama ini sesuatu perkara yang baik, apabila telah dikuasai oleh ilmu sihir akan membuatkan pemikiran seseorang akan berubah. Maka akan berlakulah pergaduhan dan juga perselisihan faham walaupun disebabkan perkara yang kecil dan juga tidak munasabah. Kehidupan seseorang yang dikuasai oleh ilmu sihir akan bercelaru dan tidak teratur dan akan membawa pelbagai keburukan di dalam kehidupannya.

Jika tidak dapat dikesan dan diubati secara rawatan islam dan sebagainya akan membawa kepada keburukan yang lebih banyak di dalam diri seseorang. Memang jelas dan nyata menggunakan ilmu sihir hanya akan memusnah seluruh kehidupan manusia. Ianya hanya bersifat sementara kerana balasan Allah diatas semua dosa yang telah kita lakukan adalah benar dan pasti. Hanya Allah berhak untuk menghukum dan juga mengadili perbuatan seseorang. Kita hanya hambanya di atas muka bumi ini dan apabila tiba masanya akan juga kembali semula kepada maha penciptanya.
Sesungguhnya jangan sesekali ataupun mengamalkan menggunakan ilmu sihir didalam kehidupan seharian kita. Berdoalah setiap masa dan saat kepada Allah yang maha esa. Cepat dan lambat Allah makbulkan doa hanyalah dia yang maha mengetahuinya.

Coretan Keinsafan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kelas Offline Fanpage mula bisnes di Johor Bharu.
Tarikh 22/11/2014 dan 29/11/2014
Bonus 4 ebook, dropship 2 pilihan produk
@@@ 3 jam satu seisi
@@@ 10-1 pm
@@@ 2.30-5.30 pm
@@@ Yuran RM300
@@@ Hanya 3-5 pelajar satu seisi

Anda sudah bersedia dan berminat untuk menyertainya hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

KASIH SAYANG TERLERAI DEK SEBUAH PERCERAIAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Sendiri
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah, segalanya dipermudahkan oleh Allah dengan caranya yang tersendiri. Apabila berlakunya sesuatu perceraian selalunya yang menjadi mangsa adalah anak-anak. Mereka sebenarnya tidak memahami apa yang telah berlaku di antara kedua ibu dan bapa mereka.

Tiada siapa yang berkahwin dan kemudiannya bercerai. Setelah melalui pelbagai episode kesedihan di dalam melalui sesebuah perceraian, nyata keadaan makin aman dan tenteram serta mempunyai banyak ruang untuk berfikir dan memperbaiki kehidupan yang telah tersedia ada. Apa pun yang berlaku, kehidupan haruslah diteruskan dan berfikir secara positif untuk kebaikan semua.

Bukan mengenang dan berharap sesuatu yang tidak pasti, tetapi apa sahaja bentuk perceraian yang berlaku hubungan kasih sayang antara seorang anak dan ayah tetap sama. Tiada yang berubah dan jangan sesekali menanamkan perasaan benci di dalam hati anak-anak.

Gambar yang di selitkan di dalam entri ini adalah gambar kenangan anak yang bongsu bersama abahnya suatu ketika dahulu. Dahulu anak yang perempuan memang agak rapat dengan abahnya tetapi setelah perceraian hubungan kasih sayang antara anak dan abahnya semakin terpisah jauh. Kemungkinan abahnya memerlukan ruang untuk berfikir ataupun sedang sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.

Sebenarnya yang berpisah dan bercerai hanyalah ibu dan bapa tetapi tidak anak-anak. Hubungan itu tetap akan kekal sehingga ke akhir hayat. Maka sepatutnya wajarlah sama ada ibu ataupun bapa berusaha memperbaiki hubungan walaupun telah bercerai. Sebagai ibu saya tidak pernah menghalang anak-anak ataupun abahnya untuk berjumpa dengan anak-anak.

Memberi kebebasan sepenuhnya tidak bermakna lepas tangan tetapi masih memantau segala tindakan dengan tidak dipengaruhi oleh semua perasaan negatif. Memainkan peranan sebagai seorang ibu dan juga ayah, bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi tetap percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmah yang tersendiri.

Kini saya sebagai seorang ibu tetap dan akan senantiasa berdoa moga hubungan kasih sayang antara anak-anak dan juga abah mereka akan bertambah baik. Hati saya tetap yakin mungkin ada sesuatu ataupun sebabnya tersendiri kenapa abahnya semakin menjauhkan diri daripada anak-anak. Namun kasih sayang anak-anak terhadap abah mereka tetap akan kekal di hati anak-anak tersayang.

Coretan Kasih Sayang
Sariah Awang Senik

Monday 10 November 2014

EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Bagaimana mengurus para pelanggan secara online?
Bagaimana berurusan jual beli barangan secara online?
Bagaimana menguruska para pelanggan yang cerewet?

Semua masalah serta panduan yang berguna ada terdapat di dalam Ebook terbaru dari ABDR ini. Ebooknya berharga RM30 dan amat terhad.

Anda berminat ingin mendapatkannya boleh hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan Ebook
Sariah Awang Senik

PAKEJ MAMPU MILIK ABDR

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Facebook
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Anda teringin mempunyai kedai secara online tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Di Akademi Bekerja Dari Rumah semua sudah tersedia. Bermula dengan guru-guru yang mengajar secara online dan juga jemaah yang senantiasa membantu berdasarkan dari kepakaran dan kemahiran masing-masing.

Dengan pakej mampu milik daripada ABDR anda boleh memiliki kedai online sendiri sekaligus mempelajari blog yang dapat menceritakan tentang perniagaan dan juga perkhidmatan anda.

Yuran pendaftaran masih sama iaitu RM 200. Pembayaran boleh di buat secara ansuran ataupun tunai. Jika secara tunai, setelah selesai bayaran, kita akan bermula serta merta. Tetapi jika secara ansuran, kelas akan bermula setelah selesai urusan pembayaran.

Cara pembayaran ialah ;
@@@ RM200 Bayaran penuh.
@@@ RM100 dua kali pembayaran
@@@ RM 50 empat kali pembayaran.

Jika anda sudah bersedia dan berminat untuk ketahui lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Coretan ABDR
Sariah Awang Senik

Saturday 8 November 2014

KES BULI DAN JUGA DERA DI SEKOLAH BERASRAMA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah bersyukur kerana masih berpeluang menulis suatu entri untuk blog yang tidak seberapa ini.

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes tentang buli dan juga video tentang anak-anak yang duduk di asrama. Bagaimana anak-anak yang baru menginap di asrama di buli dan terpaksa menurut semua arahan yang di beri oleh para pelajar yang lebih senior. Mereka terpaksa menurut arahan para pelajar yang lebih senior kerana mereka merasa takut ataupun bimbang sesuatu kejadian yang lebih buruk lagi berlaku ke atas diri mereka.

Yang lebih menyedihkan semua kes dera dan buli ini berlaku di sekolah yang berasrama penuh dan juga sekolah menengah agama. Sepatutnya kejadian seumpama ini harus di elakkan sebaik yang mungkin. Para guru dan juga ibubapa haruslah bekerjasama menghadapi kes buli dan juga dera ini. Ada sesetengah anak-anak yang berbeza sifatnya apabila berada di rumah dan juga di sekolah. Apabila mereka berada di rumah, ada yang tidak merasa tenteram ataupun merasa tidak mempunyai ruang untuk mereka meluahkan hati dan perasaan mereka ataupun apa sahaja masalah yang sedang di hadapi.

Maka apabila mereka berada di asrama mereka akan berjumpa dengan pelbagai kawan-kawan yang terdiri dari pelbagai sifat dan juga perangai masing-masing. Selalunya anak-anak yang menjadi mangsa dera ataupun buli ini adalah seorang anak-anak yang agak pendiam dan juga bersifat menyendiri.

Saya sebagai seorang ibu dan juga sekaligus seorang bapa harus bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Bukan mudah mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja. Memandangkan saya mempunyai seorang anak yang juga tinggal di asrama, maka saya haruslah bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan berdoa agar tiada apa yang buruk berlaku terhadap kedua-dua anak-anak saya.

Apa pun semoga kes buli dan juga dera yang berlaku terhadap anak-anak yang tinggal di asrama tidak akan berulang lagi. Semoga ada jalan penyelesaian yang baik yang dapat mengatasi semua masalah yang berlaku di asrama akan dapat di atasi sebaik yang mungkin.

Coretan Rasa
Sariah Awang Senik

Wishlist:
### Menjadi usahawan wanita online yang menjual pelbagai produk dan juga perkhidmatan.
### Membantu ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan dan juga semengat untuk teruskan hidup tanpa bergantung kepada orang lain.
### Ingin menjadi penulis dan menulis sambil berdakwah dan bersedekah.
### Ingin jadikan blog sebagai tempat untuk orang lain mempromosikan produk dan juga perkhidmatan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Anda pengguna telco tegar kepada salah satu rangkaian di bawah:
@@ Maxis
@@ Celcom
@@ Digi
@@ Umobile
Sudah berapa lama anda setia kepada semua rangkaian ini?
Sudah beratus ribu dalam setahun.anda habiskan untuk semua rangkaian telco tersebut?
Anda ingin menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bersusah payah menjual pelbagai jenis barang.
Ingin tahu bagaimana?
Sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Wednesday 5 November 2014

PANTASNYA MASA BERLALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Masa yang selama setahun, bukanlah terlalu lama. Ianya akan berlalu terlalu cepat tanpa kita sedari. Setiap hari sibuk dengan kerja, urusan rumahtangga dan juga perkara-perkara yang menuntut segala tanggungjawab daripada kita sebagai hamba Allaj di muka bumi yang bertuah ini.

Kalau nak tahu, dahulu waktu saya masih kecil dan belum mengerti apa-apa, selalu berfikir yang jangkamasa setahun itu terlalu lama. Namun setelah saya semakin dewasa, berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri, barulah sedar bahawa setahun itu terlalu cepat masa berlalu.

Kehidupan setiap orang pasti berbeza dan begitu juga dengan pengalaman kehidupan seseorang. Walaupun kehidupan yang telah saya lalui terlalu banyak dugaan, namun saya tidak pernah rasa menyesal. Semuanya Allah telah tetapkan. Rezeki, jodoh ajal dan segalanya telah pun telah ditetapkan sejak lahir lagi. Tetapi kita tidaklah bermakna menyerahkan bulat-bulat kepada Allah tanpa berusaha terlebih dahulu.

Kini saya berusaha sebaik yang mungkin memperbaiki kehidupan dan memantapkan lagi taraf ekonomi keluarga saya yang serba sederhana ini. Walaupun bergelar ibu dan juga ayah sekaligus, saya tidak pernah rasa menyesal. Ada hikmah yang tersembunyi dan saya mempunyai banyak masa untuk berfikir akan diri sendiri dan juga anak-anak.

Semoga saya dan juga anak-anak akan bahagia dengan cara kami yang tersendiri sebagaimana pantasnya masa berlalu. Doa dan harapan akan selalu saya panjatkan dan senantiasa percaya ada juga kebahagiaan untuk segala dugaan dan juga rintangan yang selama ini saya tempuhi. Insha Allah.

Coretan Masa
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PAKEJ MAMPU MILIK ABDR
Dengan hanya membayar RM200 Yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR.
Mempromosi kelas online & Ebook, dropship produk makanan juga dapat mengkumpul komisen bagi setiap jualan.
Cara pembayaran, di bayar penuh ataupun ansuran selepas mendaftar.
@@@ RM200 Bayaran Penuh
@@@ RM100 2 Kali pembayaran
@@@ RM50 4 kali pembayaran.

Jika anda telah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075633 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

Monday 3 November 2014

PENGALAMAN BERNIAGA TANPA MODAL DAN PERNIAGAAN DROPSHIP

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, alhamdulilah masih lagi berpeluang untuk meneruskan coretan untuk entri yang berkaitan dengan perniagaan pada hari ini. Untuk perniagaan dropship, pengalaman tentang menjalankan perniagaan ini masih terlalu sedikit. Mengenali perniagaan ini hanya secara online dan berpeluang mendalaminya pada pertengahan tahun 2013. Dan sehingga kini terdapat banyak produk yang dijalankan secara droship.

Antara produk yang dijual secara dropship ialah produk makanan kesihatan, pakaian dan juga beberapa produk yang lain. Untuk perniagaan yang dijalankan tanpa sebarang modal, pengalamannya ialah semasa saya masih bekerja di Subang Airport yang lama.

Ketika itu saya berkawan rapat dengan rakan sekerja yang berasal dari Kelantan. Saudara mara rakan sekerja saya ini gemar membeli kain dan juga tudung yang dibeli secara borong dan kemudian rakan sekerja saya membantu menjual di pejabat tempat saya bekerja. Kain dan juga tudungnya semuanya cantik dan juga selesa dipakai. Ada yang mahal dan juga yang murah. Asalnya saya hanya sebagai pembeli, tetapi kemudiannya bertukar menjadi penjual kerana rakan sekerja yang terpaksa bekerja di luar pejabat. Untuk kain dan tudung yang murah memang secara tunai. Tetapi bagi yang mahal, saya menjualnya secara dua kali pembayaran. Terdapat pelbagai masalah bagi yang membeli secara dua kali pembayaran. Kerana bukan semua yang mahu membayarnya walau berkali-kali telah diingatkan tentang pembayaran yang bakal mereka selesaikan. Hanya 2 tahun sahaja saya menjalankan perniagaan ini sebelum rakan sekerja pulang semula ke Kelantan dan saya terpaksa berhenti kerana berpindah tempat kerja.

Ada satu perniagaan yang saya sempat usahakan semasa menjaga arwah anak yang sedang sakit. Ketika itu saya hanya menjalankan perniagaan berbekalkan apa yang ada dirumah. Antaranya menjual ais krim yang dibuat sendiri. Semasa saya sedang mengemas kabinet dapur, saya terjumpa beberapa bungkusan plastik ais krim yang telah lama tetapi masih elok digunakan dan belum ada lagi tarikh luputnya.

Sambutan terhadap ais krim yang saya jual itu memang diluar dugaan. Dan hasil daripada menjual ais krim tersebut barulah saya gunakan sebagai modal sepenuhnya untuk membeli bahan-bahan yang lain. Pelanggan saya pada masa itu adalah kanak-kanak tetapi terdapat juga jiran-jiran terdekat yang juga berminat membeli ais krim yang saya jual.

Perniagaan ini tidak dapat saya jalankan secara konsistem kerana masalah arwah anak yang kerap kali terpaksa dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan dan beberapa lagi masalah yang lain.

Kini saya masih lagi menjalankan sebuah perniagaan tetapi secara dropship dan saya tidak perlu risau tentang stok barang dan juga urusan penghantaran. Perniagaan ini saya jalankan hanya dari rumah dan secara atas talian.
Walauapa pun masalah yang dihadapi saya tetap akan berusaha menjalankan perniagaan ini sehinggalah berjaya. Semoga saya dan juga sesiapa sahaja yang menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan akan berjaya dan mencapai cita-cita yang anda idamkan selama ini.

Coretan Niaga
Sariah Awang Senik

Nota : Ingin menjana pendapatan tambahan hanya melalui hphone yang anda miliki, sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com dan juga Facebook Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PAKEJ MAMPU MILIK ABDR!!!
Masih terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.
Yuran hanya RM200 boleh dibayar secara ansuran.
Melalui pakej ini anda sekaligus mempunyai blog sendiri yang dapat memasarkan produk dan juga perkhidmatan anda.
Anda telah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075634 atau email sariah.awangsenik@gmail.com

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...