Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Assalamulaikum, alhamdulilah bersyukur kerana masih berpeluang menulis suatu entri untuk blog yang tidak seberapa ini.
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes tentang buli dan juga video tentang anak-anak yang duduk di asrama. Bagaimana anak-anak yang baru menginap di asrama di buli dan terpaksa menurut semua arahan yang di beri oleh para pelajar yang lebih senior. Mereka terpaksa menurut arahan para pelajar yang lebih senior kerana mereka merasa takut ataupun bimbang sesuatu kejadian yang lebih buruk lagi berlaku ke atas diri mereka.
Yang lebih menyedihkan semua kes dera dan buli ini berlaku di sekolah yang berasrama penuh dan juga sekolah menengah agama. Sepatutnya kejadian seumpama ini harus di elakkan sebaik yang mungkin. Para guru dan juga ibubapa haruslah bekerjasama menghadapi kes buli dan juga dera ini. Ada sesetengah anak-anak yang berbeza sifatnya apabila berada di rumah dan juga di sekolah. Apabila mereka berada di rumah, ada yang tidak merasa tenteram ataupun merasa tidak mempunyai ruang untuk mereka meluahkan hati dan perasaan mereka ataupun apa sahaja masalah yang sedang di hadapi.
Maka apabila mereka berada di asrama mereka akan berjumpa dengan pelbagai kawan-kawan yang terdiri dari pelbagai sifat dan juga perangai masing-masing. Selalunya anak-anak yang menjadi mangsa dera ataupun buli ini adalah seorang anak-anak yang agak pendiam dan juga bersifat menyendiri.
Saya sebagai seorang ibu dan juga sekaligus seorang bapa harus bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Bukan mudah mendidik anak-anak yang sedang meningkat remaja. Memandangkan saya mempunyai seorang anak yang juga tinggal di asrama, maka saya haruslah bersiap sedia dengan segala kemungkinan dan berdoa agar tiada apa yang buruk berlaku terhadap kedua-dua anak-anak saya.
Apa pun semoga kes buli dan juga dera yang berlaku terhadap anak-anak yang tinggal di asrama tidak akan berulang lagi. Semoga ada jalan penyelesaian yang baik yang dapat mengatasi semua masalah yang berlaku di asrama akan dapat di atasi sebaik yang mungkin.
Coretan Rasa
Sariah Awang Senik
Wishlist:
### Menjadi usahawan wanita online yang menjual pelbagai produk dan juga perkhidmatan.
### Membantu ibu-ibu tunggal yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan dan juga semengat untuk teruskan hidup tanpa bergantung kepada orang lain.
### Ingin menjadi penulis dan menulis sambil berdakwah dan bersedekah.
### Ingin jadikan blog sebagai tempat untuk orang lain mempromosikan produk dan juga perkhidmatan.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Anda pengguna telco tegar kepada salah satu rangkaian di bawah:
@@ Maxis
@@ Celcom
@@ Digi
@@ Umobile
Sudah berapa lama anda setia kepada semua rangkaian ini?
Sudah beratus ribu dalam setahun.anda habiskan untuk semua rangkaian telco tersebut?
Anda ingin menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bersusah payah menjual pelbagai jenis barang.
Ingin tahu bagaimana?
Sila hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com
No comments:
Post a Comment