Friday, 21 November 2014

MENYAKITI DAN DISAKITI

TEKS : SARIAH AWANG SENIK
SUMBER : GOOGLE
http://sariahawangsenik.blogspot.com

ALHAMDULILAH, SYUKUR NIKMAT YANG ALLAH MASIH KURNIAKAN. DI DALAM KEHIDUPAN INI, KITA AKAN MELALUI PELBAGAI PROCESS KEHIDUPAN. ADAKALA KITA AKAN MERASA SUSAH DAN ADA AKAN RASA SENANG. KEBAHAGIAAN DI DALAM SESEBUAH KEHIDUPAN BUKAN DIUKUR DARIPADA SEGI KEKAYAAN DAN MATERIAL, MALAH LEBIH DARIPADA ITU.

UNTUK MENCAPAI SESEBUAH KEBAHAGIAAN DI DALAM KEHIDUPAN, BUKANLAH PERKARA YANG MUDAH. MENCAPAI SESEBUAH KEBAHAGIAAN DENGAN CARA MENYAKITI INSAN YANG LAIN, BUKANLAH KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA MENYAKITI INSAN YANG LAIN BERMAKNA MEREKA SEBENARNYA BAKAL JUGA MENYAKITI HATI SENDIRI.

MENYAKITI HATI ORANG LAIN SEBENARNYA LEBIH MENYAKITKAN DAN AKAN MEMBUATKAN KEHIDUPAN SESEORANG TIDAK AKAN PERNAH MERASA AMAN DAN TENTERAM. KITA BOLEH MENYATAKAN PADA ORANG LAIN, BAHAWA KITA TIDAK PERNAH SAKITKAN HATI SESEORANG, TETAPI HAKIKAT YANG SEBENARNYA ADALAH SEBALIKNYA. KEJUJURAN BUKAN SAHAJA DIUKUR DAN DINILAI PADA SESAMA MANUSIA, TETAPI KITA PERLU DAN PENTING JUGA UNTUK BERLAKU JUJUR DENGAN YANG MAHA PENCIPTANYA.

KEBAHAGIAAN YANG INGIN DICAPAI BIARLAH DENGAN CARA YANG BETUL. KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR-BENARNYA ADALAH APABILA KITA MENCAPAINYA TANPA MENYAKITI HATI INSAN YANG LAIN. DENGAN CARA INI, KEBAHAGIAAN AKAN LEBIH KEKAL ABADI. MENCAPAI KEBAHAGIAAN DENGAN HATI YANG TELAH DISAKITI AKAN MEMBUATKAN SESEORANG ITU LEBIH MATANG DAN BERSIKAP BERHATI-HATI DI DALAM MEMBUAT SEBARANG TINDAKAN. MEREKA AKAN LEBIH BERFIKIR PANJANG KERANA TIDAK MAHU ADA YANG DISAKITI DALAM MENYUSURI LIKU-LIKU KEHIDUPAN INI.

NAMUN BERSYUKURLAH ANDAI HATI ANDA PERNAH DISAKITI. DAN PASTIKAN ANDA TIDAK MENYAKITI HATI MANA-MANA INSAN DI MUKA BUMI INI HANYA KERANA INGIN MENGEJAR KEBAHAGIAAN YANG TIDAK PASTI. CUBALAH SETIAP HARI, MASA DAN SAAT ADAKAH ANDA TELAH BERFIKIR BAHAWA PERNAH MENYAKITI HATI INSAN-INSAN YANG ANDA SANGAT SAYANGI TANPA ANDA SEDARI? JIKALAU ANDA MERASAKAN TELAH SAKTI HATI MEREKA, MINTALAH MAAF DI ATAS SEGALA KETERLANJURAN KATA-KATA DAN JUGA TINDAKAN ANDA. NESCAYA KEBAHAGIAAN DAN JUGA KEJAYAAN AKAN LEBIH KEKAL LAMA DI DALAM KEHIDUPAN ANDA.

CORETAN TENTANG HATI
SARIAH AWANG SENIK

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@$@@

AKADEMI BEKERJA  DARI RUMAH
MENYEDIAKAN SEGALA KEMAHIRAN SECARA ONLINE DAN KHUSUS UNTUK MEREKA YANG INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN.
SEMUA KEMAHIRAN AKAN DAPAT DIPELAJARI DARI KELAS-KELAS YANG DISEDIAKAN SECARA ONLINE DAN MENGIKUT MASA YANG DITENTUKAN OLEH ANDA SENDIRI.

BERMINAT DAN TELAH BERSEDIA, HUBUNGI SAYA, SARIAH 019-4075634 ATAUPUN EMAIL SAYA sariah.awangsenik@gmail.com

MENJELANGNYA PEPERIKSAAN UPSR

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Koleksi Peribadi Http://sariahawangsenik.blogspot.com Rasanya cepat sangat masa berlalu. Anak dara te...