Wednesday 5 November 2014

PANTASNYA MASA BERLALU

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Masa yang selama setahun, bukanlah terlalu lama. Ianya akan berlalu terlalu cepat tanpa kita sedari. Setiap hari sibuk dengan kerja, urusan rumahtangga dan juga perkara-perkara yang menuntut segala tanggungjawab daripada kita sebagai hamba Allaj di muka bumi yang bertuah ini.

Kalau nak tahu, dahulu waktu saya masih kecil dan belum mengerti apa-apa, selalu berfikir yang jangkamasa setahun itu terlalu lama. Namun setelah saya semakin dewasa, berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri, barulah sedar bahawa setahun itu terlalu cepat masa berlalu.

Kehidupan setiap orang pasti berbeza dan begitu juga dengan pengalaman kehidupan seseorang. Walaupun kehidupan yang telah saya lalui terlalu banyak dugaan, namun saya tidak pernah rasa menyesal. Semuanya Allah telah tetapkan. Rezeki, jodoh ajal dan segalanya telah pun telah ditetapkan sejak lahir lagi. Tetapi kita tidaklah bermakna menyerahkan bulat-bulat kepada Allah tanpa berusaha terlebih dahulu.

Kini saya berusaha sebaik yang mungkin memperbaiki kehidupan dan memantapkan lagi taraf ekonomi keluarga saya yang serba sederhana ini. Walaupun bergelar ibu dan juga ayah sekaligus, saya tidak pernah rasa menyesal. Ada hikmah yang tersembunyi dan saya mempunyai banyak masa untuk berfikir akan diri sendiri dan juga anak-anak.

Semoga saya dan juga anak-anak akan bahagia dengan cara kami yang tersendiri sebagaimana pantasnya masa berlalu. Doa dan harapan akan selalu saya panjatkan dan senantiasa percaya ada juga kebahagiaan untuk segala dugaan dan juga rintangan yang selama ini saya tempuhi. Insha Allah.

Coretan Masa
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

PAKEJ MAMPU MILIK ABDR
Dengan hanya membayar RM200 Yuran tempahan blog bisnes + boleh menjadi Pengurus Online ABDR.
Mempromosi kelas online & Ebook, dropship produk makanan juga dapat mengkumpul komisen bagi setiap jualan.
Cara pembayaran, di bayar penuh ataupun ansuran selepas mendaftar.
@@@ RM200 Bayaran Penuh
@@@ RM100 2 Kali pembayaran
@@@ RM50 4 kali pembayaran.

Jika anda telah bersedia dan ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya Sariah 019-4075633 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

SUMBER INSPIRASI

  Jumaat 16 Februari 2024 Alhamdulilah seperti biasa menjalankan segala rutin yang diamanahkan. Bekerja di sebuah r&r terutama pada musi...