Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Gambar google
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Tiada siapa yang mahukan perceraian di dalam kehidupan rumahtangga mereka. Semuanya mahukan kebahagiaan berkekalan hingga ke akhir hayat. Namun kita hanya manpu merancang dan yang menentukannya hanyalah yang maha esa.
Mungkin isu perceraian adalah isu biasa yang diperkatakan setiap hari. Tetapi menghadapi dan melalui sebuah perceraian bukanlah perkara yang mudah. Seseorang yang sedang melalui process perceraian haruslah bertindak dan berfikir tanpa dipengaruhi perasaan emosional. Jangan terlalu meraih simpati daripada terutamanya daripada orang yang baru dikenali. Banyakkan diri bersabar dan berfikir secara lebih positif. Berdoalah kepada Allah dan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Apabila berlakunya sesebuah perceraian, anggaplah bahawa ianya adalah sebahagiaan daripada process kehidupan. Manusia akan banyak belajar daripada sebuah kemusnahan dan mencari kelemahan diri dan berusaha memperbaikinya secara beransur-ansur. Berikan masa yang secukupnya kepada diri sendiri dan cubalah mengatur kembali kehidupan bersama dengan anak-anak.
Jangan sesekali meracuni fikiran anak-anak dengan bercerita tentang keburukan bekas suami di hadapan anak-anak. Anak-anak zaman sekarang , bijak berfikir dan juga menilai segala dugaan yang berlaku di antara ayah dan juga ibu mereka.
Setelah melalui pelbagai episode kedukaan di dalam kehidupan, pasti sinar kebahagiaan akan menjelma kembali di dalam kehidupan anak-anak yang menjadi mangsa perceraian. Ketahuilah perceraian bukanlah penamat kebahagiaan seseorang. Kebahagiaan bukan diukur sama ada seseorang hidup berseorangan ataupun bersama dengan pasangannya, tetapi kebahagiaan itu terletak kepada bagaimana tabahnya seseorang melalui episode kedukaan dan berusaha mengakui segala kelemahan diri .
Apapun hargailah sebuah kehidupan yang terlalu singkat ini. Percayalah masih banyak perkara yang mampu membuatkan kehidupan kita bahagia. Janganlah terlalu lama menyimpan perasaan marah, benci dan juga dendam terhadap bekas suami dan isteri. Ianya hanya membuatkan kehidupan seseorang tidak tenteram.
Perceraian hanyalah sebahagiaan daripada sebuah kehidupan. Dunia seseorang tidak akan musnah walaupun berlaku perceraian.
Coretan Perceraian
Sariah Awang Senik
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Ingin mencari pendapatan tambahan dengan menjadi agent dropship di AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH.
Jika anda berminat dan juga sudah bersedia, boleh hubungi saya SARIAH 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com
No comments:
Post a Comment