Tuesday, 11 November 2014

PENGGUNAAN ILMU SIHIR UNTUK MEMBALAS DENDAM

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Assalamulaikum, berkat rezeki yang masih diberikan oleh yang maha esa, berusaha menulis entri yang agak serius dan juga nyata berlaku di dalam masyarakat kita sejak kebelakangan ini.

Hati dan juga perasaan manusia, amat sukar untuk difahami dan juga memahaminya. Bukan semua hamba Allah yang hidup di atas muka bumi dapat menerima sesuatu musibah ataupun dugaan yang berlaku di dalam kehidupannya dengan baik.

Ada juga hati manusia yang penuh dengan perasaan dendam, benci dan juga cemburu akan segala kebahagiaan dan juga kemewahan yang dimiliki oleh orang lain. Dan apabila keimanan yang dimiliki oleh seseorang semakin menipis, maka segala tindakan akan dikuasai seratus peratus dengan perasaan benci dan juga dendam.

Golongan yang sedemikian selalunya akan bertindak dan memohon bantuan daripada syaitan untuk membalas dendam dan sudah tentulah menggunakan ilmu sihir kerana ianya tidak nampak oleh mata kasar manusia dan sukar untuk membuktikan akan kesalahannya seperti mana kegiatan jenayah fizikal yang lain. Hanya tahu akan berlaku semua ini, hanyalah Allah yang maha esa.

Sesiapa sahaja mampu menggunakan ilmu sihir yang teramat bahaya ini. Hanya keimanan dan juga solat, zikir dan membaca ayat-ayat suci al-quran sahaja yang dapat mengatasinya. Selain daripada doa yang tidak pernah mengenal letih dan lelah.
Yang menggunakan serta mengamalkan penggunaan ilmu sihir di dalam seluruh aspek kehidupannya amat sukar dikenali. Golongan profesional juga ada yang terlibat, malah berpendidikan dan juga datang daripada keluarga yang baik. Tetapi kerana rasa hasad dengki akan kebahagiaan seseorang membuatkan mereka senantiasa mencari peluang untuk mereka membalas segala dendam yang terbuku dihati mereka.

Di kalangan masyarakat melayu terutama di kampung banyak terdapat kejadian seperti ini berlaku. Mereka tidak suka memohon bantuan daripada Allah, mungkin mereka merasakan balasan daripada Allah lambat dan juga perlu beramal dan juga sebagainya. Jalan yang paling mudah cepat dan juga berkesan hanyalah dengan menggunakan ilmu sihir untuk membuatkan kehidupan seseorang hancur dan musnah begitu sahaja.

Kejadian seperti menggunakan ilmu sihir untuk memusnahkan kebahagiaan rumahtangga orang lain sehingga bercerai berai, menimbulkan perasaan benci di antara rakan sepejabat, rakan sekampung mahupun rakan baik selalu terjadi di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Ilmu sihir melibatkan hati dan juga minda seseorang. Ianya akan menguasai hati dan pemikiran seseorang tanpa disedari. Jika selama ini sesuatu perkara yang baik, apabila telah dikuasai oleh ilmu sihir akan membuatkan pemikiran seseorang akan berubah. Maka akan berlakulah pergaduhan dan juga perselisihan faham walaupun disebabkan perkara yang kecil dan juga tidak munasabah. Kehidupan seseorang yang dikuasai oleh ilmu sihir akan bercelaru dan tidak teratur dan akan membawa pelbagai keburukan di dalam kehidupannya.

Jika tidak dapat dikesan dan diubati secara rawatan islam dan sebagainya akan membawa kepada keburukan yang lebih banyak di dalam diri seseorang. Memang jelas dan nyata menggunakan ilmu sihir hanya akan memusnah seluruh kehidupan manusia. Ianya hanya bersifat sementara kerana balasan Allah diatas semua dosa yang telah kita lakukan adalah benar dan pasti. Hanya Allah berhak untuk menghukum dan juga mengadili perbuatan seseorang. Kita hanya hambanya di atas muka bumi ini dan apabila tiba masanya akan juga kembali semula kepada maha penciptanya.
Sesungguhnya jangan sesekali ataupun mengamalkan menggunakan ilmu sihir didalam kehidupan seharian kita. Berdoalah setiap masa dan saat kepada Allah yang maha esa. Cepat dan lambat Allah makbulkan doa hanyalah dia yang maha mengetahuinya.

Coretan Keinsafan
Sariah Awang Senik

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kelas Offline Fanpage mula bisnes di Johor Bharu.
Tarikh 22/11/2014 dan 29/11/2014
Bonus 4 ebook, dropship 2 pilihan produk
@@@ 3 jam satu seisi
@@@ 10-1 pm
@@@ 2.30-5.30 pm
@@@ Yuran RM300
@@@ Hanya 3-5 pelajar satu seisi

Anda sudah bersedia dan berminat untuk menyertainya hubungi saya Sariah 019-4075634 ataupun email sariah.awangsenik@gmail.com

No comments:

Post a Comment

AKHIRNYA

26 Ogos 2024 Selasa Bagaikan semalam melahir dan membesarkan mereka berdua. Kini masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri demi mencapai ...