Posts

Showing posts from March, 2017

HADIAH CABUTAN BERTUAH LAGI

Image
Teks : Sariah Awang SenikSumber : Koleksi Group Whatshapphttp://sariahawangsenik.blogspot.comTadi,  masa nak datang kerja, tidaklah mengantuk sangat. Tapi bila dah masuk kerja dan buat semua kerja dalam kedai, terasa rasa mengantuk itu, bagai terbuai-buai je.Petang ini pelanggan ramai sedikit. Saya yang sedang sibuk menyusun pau pun, tidak habis-habis orang yang nak order pau.
Dalam hati, terkadang fikir jugak apalah yang sedap sangat makan pau ini.Apa pun, kalau orang berhenti rehat disini, memang tidak sah, kalau tidak beli atau makan pau disini.Dalam sibuk menulis entri ini pun, pelanggan tidak putus-putus masuk ke dalam kedai ini.Tidak lama lagi, akan berakhirlah bulan Mac 2017. Hari ini pun dah masuk 1 haribulan Rejab. Cuma nak beritahu, yang peluang nak menang hadiah cabutan bertuah masih terbuka luas.Syaratnya ialah, kena beli 1 botol perfume Dexandra dengan harga RM 65, 35ml.
Kalau beli 2 botol pulak, berharga RM 120 dan akan dapat percuma 1 botol tester 3ml.
Tidak kisah apa je…

BERUSAHA SELAGI TERMAMPU

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.comAlhamdulillah. Si anak dara telah pun ke sekolah kerana ada aktiviti sukan disekolahnya petang ini.
Cuaca kat luar agak mendung. Dan bila-bila hujan akan turun.Apa pun, syukur kerana selepas beberapa tahun, saya berjaya juga membina kehidupan sendiri walaupun tidak semewah mana.Mempunyai pekerjaan, menguruskan rumahtangga bersama anak-anak tersayang, Muhamad Aiman Hakimi dan juga Nur Damia Rifqah.Mujur selepas beberapa tahun, anak-anak semakin berdikari dan tahu apa yang perlu mereka lakukan dirumah semasa saya tiada dan keluar bekerja.Si abangnya baru saja menerima keputusan SPM dan bakal lanjutkan pelajarannya pada bila-bila masa sahaja. Sementara anak dara tersayang bakal menduduki peperiksaan UPSRnya pada tahun ini.Walau beribu halangan dan dugaan yang perlu ditempuhi, saya harus hadapinya dan tidak akan sesekali menyerah kalah dan cepat berputus asa.Dan yangv pasti, saya akan berusaha sedaya …

HADIAH ISTIMEWA SETIAP BULAN DARI DEXANDRA

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Rasanya bukan semua produk yang ada, yang menawarkan hadiah cabutan setiap bulan. Dan yang paling rasa tertarik dan menarik ialah kesemua hadiah yang disediakan sangatlah lumayan.Bukan hanya setakat membeli dan memakainya, malah bila-bila saja kita berpeluang menang hadiah cabutan bertuah tersebut.Produk minyak wangi yang sangat laris abad ini, ialah produk minyak wangi dari DEXANDRA INSPIRED PERFUME.
Setaraf dengan jenama yang terkenal dan kualitinya setanding dengan jenama antarabangsa yang berharga ratusan ribu ringgit. Banyak jenis yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan. Kalau nak diceritakan banyak jenis.Diasaskan oleh Pn Ernayanee Nur Julaimi. Seratus peratus produk bumiputra, tahan lebih daripada 8 jam.
Mudah dibawa kemana saja. Pati orginal dan alkohol first grade. Boleh terus dibawa bersolat dan inspirasi dari perfume jenama antarabangsa.Hampir setiap bulan mengadakan cabutan bertuah k…

JIWA-JIWA YANG KENTAL

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.comAlhamdulillah. Syukur atas segala rahmat.
Hari ini juga saya bercuti sehari. Bukan selalu cuti hari Ahad ini. Kalau tidak ada hal yang penting, memang susahlah nak cuti ini.Berkerja shift macam saya ini, memang susah nak cuti dihujung minggu. Tapi sesekali perlu juga ambil cuti hari Ahad ini.Dan kebetulan pula, saya dah lama tidak tulis entri yang baru untuk blog kesayangan iaitu TRAVELOG KEHIDUPAN ini. Bukanlah masalah idea, idea itu selalu ada. Tapi masa selalu tidak mengizinkan.Nak-nak tahun ini, anak dara bakal menduduki peperiksaan UPSR. Jadi banyaklah kelas tuisyen yang perlu dia datang dan belajar apa yang patut.Hampir enam tahun bergelar seorang ibu tunggal, banyak pengalaman pahit dan juga manis yang perlu saya lalui. Pada mulanya masalah status adalah perkara utama yang buatkan saya malu.Namun semua itu, saya dapat atasi satu persatu. Kadang sampai bila saya asyik merayu-rayu mohon simpa…

BERSYUKUR DAN MENGHARGAI

Image
Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Dari Dexandra
http://sariahawangsenik.blogspot.comPagi yang indah dan nyaman sekali.
Assalamualaikum. Syukur seadanya atas segala rahmat Allah.  Awal pagi tadi sibuk uruskan anak dara tersayang ke sekolah. Walau dah gerakkannya sejak dari awal, tapi ada saja yang belum siap.Padahal, sejak malam tadi dah berkali-kali ingatkan si anak dara agar siapkan segala kelengkapan sekolahnya awal-awal lagi.Apa pun, anak dara, tidak lama lagi akan mencecah 12 tahun. Cepat sangat masa berlalu. Abangnya tidak lama lagi, akan genaplah juga 18 tahun.Memang budak berdua ini, cepat sangat membesar. Walaupun membesar tanpa kasih sayang yang secukup dari seorang yang ayah, abah, papa dan sewaktu dengannya, namun itu bukanlah alasan yang mereka berdua tidak berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan.Sementara mereka berdua masih berada bersama di depan mata, saya sebagai seorang ibu tidak sesekali mengabaikan mereka dan insha Allah akan berusaha yang terbaik buat…

MAC YANG PENUH INDAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.comAlhamdulillah. Dah pun masuk bulan Mac 2017. Cepat sungguh masa berlalu.
Syukur juga pagi tadi dapat siapkan si anak dara sebaik yang mungkin.Sebenarnya pagi tadi dah terbangun agak lewat sikit. Maklumlah setiap hari balik saja dari kerja, ada saja kerja lain yang nak dibuat.Bekerja shift . Masuknya petang dan balik pukul 11.30 malam. Jadi bila sampai dirumah je, anak dara sudah pun lena dibuai mimpi nan indah. Terpaksa kemaskan dulu apa yang patut sebelum dapat berehat dan sebagainya. Apa pun syukur alhamdulillah, semuanya dapat saya uruskan sebaik yang mungkin.Apa pun, walau dah masuk bulan Mac, kehidupan harus dilalui seperti biasa dan hadapi semua dugaan dengan penuh kesabaran dan keimanan.Semoga bulan Mac akan lebih membawa kebahagiaan dan juga keindahan buat semua sahabat dan juga sesiapa saja yang singgah membaca di blog ini.Insha Allah. Aamiin.

Sekian Terima Kasih