Monday, 27 February 2017

GENAPLAH USIA 43 TAHUN

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Sekejap je masa berlalu . Lagi dua hari, maka berakhirlah bulan Februari. Dan dengan itu secara rasmilah dah genap 43 tahun saya menjalani seluruh kehidupan ini.

Walau tiada sambutan secara besar-besaran dan hanya ucapan dari rakan-rakan juga anak tersayang, namun semua itu amat bermakna bagi saya. Semua itu dah memandai.
Semangat untuk terus kuat menghadapi segala macam dugaan yang bakal ditempuhi nanti.

Bertambahlah usia, maka selalu dipanjatkan rasa syukur kerana Allah masih memberi peluang untuk memperbaiki segala kelemahan dan juga memberi peluang untuk membuat seberapa banyak kebaikan sementara masih berkesempatan.

Alhamdulilah. Walau diduga dengan pelbagai dugaan, saya tetap percaya dan yakin, semua yang datang itu, bagaikan satu tanda teguran Allah dengan penuh kasih sayang untuk senantiasa mengingatkan diri dan tidak leka dengan segala nikmat yang ada.

Apa pun, saya tetap bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Tahniah juga buat rakan sekerja yang juga menyambut hari jadi yang sama dengan saya walaupun berlainan tarikh.

Perjalanan masih jauh dan semoga saya diberikan kesabaran dan juga keimanan yang kuat untuk hadapi apa saja dugaan.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Thursday, 16 February 2017

HARI YANG LEBIH INDAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Koleksi Peribadi
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Indah nyaman di pagi hari. Bulan dan juga bintang masih bersinar dan berseri di awal pagi.
Syukur alhamdulilah diatas segala rahmat.
Dapat bangun dan bernafas seperti sebelumnya.

Mengimbas kembali kisah semalam, bagaikan masih baru dan segar di benak seorang ibu.
Menatap gambar dua insan atau dua cinta hati yang senantiasa memberi semangat baru untuk menjalani kehidupan seharian.


Waktu ini, dua cinta hati sedang asyik membaca dan membuat kerja sekolah. ASekarang si anak dara, Nur Damia Rifqah dan juga abangnya Muhamad Aiman Hakimi.

Indah dan bahagia bila melihatnya. Anugerah Allah yang telah diamanahkan untuk dididik dan jaga sebaik yang mungkin.

Apa pun, kini mereka berdua telah pun berusia 12 fahun dan juga abangnya hampir berusia 18 tahun. Abangnya sekarang sedang menunggu keputusan SPM .

Sebagai seorang ibu juga seorang ibu tunggal, saya akan berusaha sebaik yang mungkin agar kehidupan kami anak beranak akan lebih indah dan bahagia dari hari yang sebelumnya.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Monday, 13 February 2017

DEXANDRA MENJANA PENDAPATAN YANG MUDAH

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dari Group Whatshapp
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Perkara yang saat membahagiakan dan selalu menbuatkan saya teruja ialah bila dah habis kerja dan pulang ke rumah.

Sampai sahaja dirumah, anak dara tersayang sedang sibuk siapkan segala kerja-kerja sekolahnya. Saya berehat sebentar dan meneruskan segala aktiviti seperti biasa. Belum sempat berbuat apa-apa, anak-anak bulus sibuk mengeow-ngeow meminta makanan.

Hari ini segala tugasan berjalan dengan lancar. Ketika sedang menulis entri ini, saya sedang sibuk menyusun botol-botol perfume DEXANDRA yang telah diorder oleh pelanggan saya.

Syukur aalhamdulilah, segala rezeki yang telah diberi walau tidak sehebat mana. Yang penting kita harus terus bersyukur , berusaha sedaya upaya dan jangan sesekali lupa untuk membuat sedekah.

Baru sahaja saya terjebak dalam kancah perniagaan DEXANDRA ini. Setahun pun belum lagi. Asalnya hanyalah nak tolong adik tersayang menjual perfume DEXANDRA ini.

Tapi betullah kata orang. Tidak kenal maka tidak cinta. Dah terjatuh cinta pulak, nak tidur lena pun susahkan.

Bukan hanya sekadar wangian dan juga membelinya, malah ianya mampu menjana pendapatan yang sangat mudah, asalkan rajin dan terus bertindak apabila telah diajar oleh leader ataupun ketua kumpulan yang bertanggungjawab membimbing semua stokis, agent serta dropship.

Apabila telah sertai keluarga besar DEXANDRA INSPIRED PERFUME, kita melakukan perniagaan ini secara bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, kumpulan sokongan yang disertai oleh saya dan adik tersayang bernama TEAM PERFUME GARDEN.

Kumpulan ini diketuai oleh Kapten Adha dan dibantu oleh isterinya iaitu Pn Nordiana Yahya. Segala perbincangan ataupun masalah dibincangkan di group whatshapp dan dapat membantu diantara satu sama yang lain.

Jika ada yang berminat nak berjaya dan berada dibawah bimbingan dua insan hebat ini, bolehlah terus whatshapp ataupun call saya, Sariah Awang Senik di no 019-4075634.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Nota kaki: Saya kini sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu anak dara tersayang mengumpul dana untuk sekolahnya, iaitu Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam.
Setiap pembelian dari produk perfume DEXANDRA ini, RM 10 akan disalurkan ke dana sekolah anak saya.


Sunday, 12 February 2017

DEXANDRA TERUS CERIA DAN WANGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Group Team Perfume Garden
http://sariahawangsenik.blogspot.com


Alhamdulilah. Pejam celik je dah pun sampai hari Isnin. Cepat sungguh masa berlalu kan. Semalam terlalu sibuk dengan tanggungjawab yang perlu diselesaikan sebaik yang mungkin.

Bersyukur pagi ini bila melihat sinaran bulan dipagi hari. Tiada nikmat yang dapat disamakan dengan segala nikmat yang telah dinikmati pada pagi tadi.


Hari ini saya terus ceria menjalani segala kehidupan seperti biasa. Walau apa sahaja yang berlaku dan juga bakal melalui pelbagai dugaan, saya percaya dan yakin bahawa terselit seribu hikmah disebaliknya.

Usah dipenuhi seluruh kehidupan dengan rona-rona hitam yang tiada kesudahannya. Jika terpaksa menghadapi satu dugaan, anggap saja ianya bagaikan menduduki peperiksaan di universiti kehidupan.

Dengan tercetusnya ilham dari wangian kehidupan, DEXANDRA, perfume ini berada pada masa yang sangat sesuai. Mana mungkin kita mampu membeli perfume bertaraf antarabangsa dengan wangian-wangian yang sungguh memikat hati.

Berharga serendah RM 65 untuk 35ml, ia adalah harga mampu milik buat semua. Mempunyai ciri-ciri istimewa seperti tahan lebih daripada 8 jam, boleh dibawa bersolat dan senang dibawa ke mana-mana sahaja.

Terdapat dari 70 lebih jenis wangian kehidupannya yang sungguh mengoda yang sesuai untuk lelaki dan juga perempuan tidak kira tua ataupun muda.

Apabila memakai sahaja perfume DEXANDRA ini setiap hari, maka secara automatik akan bertambahlah ceria dan yakin menjalani segala rancangan yang telah diaturkan.

Berminat nak cuba perfume DEXANDRA?

Sesiapa sahaja boleh hubungi saya, Sariah Awang Senik 019-4075634.


Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik


Wednesday, 8 February 2017

BLOG SEBAGAI AGENT PEMASARAN ALAM MAYA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Google
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Alhamdulilah. Selesai juga segala urusan penting tengahari tadi. Daripada memperbaharui lesen sehinggalah segala urusan negara di rumah saya yang kecil lagi comel itu.

Sambil dengar radio Sinar Fm dan si anak dara terus lena dibuai mimpi yang serba indah. Pasti dia penat jalankan segala aktiviti kokurikulumnya petang tadi.

Jujurnya dulu saya tidak tahu pun akan apa itu blog yang sebenarnya. Dari kewujudannya sehinggalah manfaat menggunakan blog sebagai salah satu tempat untuk berkongsi apa saja yang menarik sama ada tentang bisnes ataupun perkhidmatan.

Selain dari dua perkara yang saya sebutkan diatas, blog juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk kita menulis segala pengalaman berharga tentang apa yang berlaku dalam hidup kita seharian. Seeloknya tulislah yang baik-baik dan juga dapat dijadikan sebagai panduan berharga buat pembaca blog yang singgah membaca entri yang kita isikan di blog tersebut.

Dan yang paling bestnya, blog dapat dijadikan sebagai agent pemasaran alam maya yang paling terbaik.

Mempunyai perniagaan dan juga perkhidmatan tidak semestinya kita mesti mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.
Dengan kos yang murah pun, kita mampu memperkenalkan perniagaan dan juga perkhidmatan ke pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

Syaratnya, asalkan kita rajin menulis entri-entri terkini tentang segala aktiviti perniagaan yang sedang kita usahakan. Tidak perlu tulis panjang-panjang. Secara ringkas pun sudah memandai.

Apabila kita rajin menulis entri tentang apa sahaja yang sedang kita lakukan secara automatik menjadikan blog kita amat dikenali dipapan Google. Ada sesetengah pembaca suka menjadi silent reader dan suka singgah membaca entri kita, sehinggalah secara tanpa sedar mereka menjadi follower di blog kita.

Google dan blog, bagaikan aur dengan tebing. Macam adik-beradik. Sangat perlu memerlukan antara satu sama lain. Dan juga dah jadi satu trend, mencari segala macam maklumat dengan hanya satu perkataan.

Jadi yang magiknya, bila taip saja apa saja, maka secara automatiknya akan keluarkan pelbagai maklumat yang kita perlukan.
Tidak payahlah lagi buang masa dan juga duit dengan menyewa kedai dan juga mengaji pekerja untuk bekerja dengan kita.

Dengan cara demikian kita telah menjimatkan duit, dan bolehlah digunakan duit tersebut untuk tujuan yang lain. Maka, memang sahlah blog adalah salah satu agent pemasaran terbaik dengan kos yang sangat murah dan berpatutan. Melalui blog kita dapatkan secara lebih terperinci tentang apa saja sama ada perniagaan ataupun perkhidmatan.

Bagaimana kita nak belajar menulis blog yang betul untuk tujuan perniagaan dan juga perkhidmatan pun, boleh kita pelajari secara online dan yang paling menyeronokkan adalah belajar mengikut masa yang kita tetapkan tanpa menganggu segala aktiviti harian kita.

Anda nak tahu lebih lanjut, bolehlah whatshapp saya, Sariah Awang Senik di no 019-4075634.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Monday, 6 February 2017

SERIKAN PAGI ANDA DENGAN WANGIAN DEXANDRA

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Dari Group Telegram
http://sariahawangsenik.blogspot.com
Terasa suatu kepuasan, bila semua urusan harian berjalan dengan lancar. Pepagi tadi sibuk uruskan si anak dara ke sekolah.
Dah jadi suatu kebiasaan, bila dia nak ke sekolahnya, mesti nak spraykan sedikit dengan bauan Dexandra. Katanya, kawannya pun dah tertarik hati dengan wangian Dexandra yang dipakai setiap pagi.
Jadi, apa lagi, teruslah dia bawa 1 botol wangian Dexandra ke sekolahnya untuk tujuan promosi.
Sebenarnya pakai perfume ini bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk, tapi lebih untuk melindungi diri dari bau-bauan yang tidak sepatutnya. Biasalah, sekarang kan, cuaca agak panas dan badan kita pun makin kuat berpeluh.
Jadi bila pakai perfume Dexandra ini, dapatlah elakkan bau peluh terbau dek rakan-rakan kita yang lain.
Lagipun semakin kuat kita berpeluh, makin kuatlah perfume Dexandra bertindak balas bersama peluh kita itu kan.
Best kan macam itu.
Apa pun memang sifat perfume Dexandra tahan sehingga lebih daripada 8 jam. Dan kalau baju yang kita pakai, selalu dispraykan dengan bau yang sama, maka secara automatiknya, baunya akan kekal selamanya disitu.
Dengan harga mampu milik iaitu RM 65, 35ml terdapat bermacam bau yang menarik untuk lelaki dan juga perempuan.
Dan ada juga set-set berpasangan yang sesuai untuk yang tersayang.
Selain daripada hanya membeli, sesiapa saja yang membeli perfume Dexandra berpeluang juga hadiah cabutan bertuah.
Nak tahu lebih lanjut lagi, bolehlah hubungi saya Sariah Awang Senik 019-4076634 ataupun email saya sariah.awangsenik@gmail.com
Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

Wednesday, 1 February 2017

FEBRUARI DATANG LAGI

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : Tiada
http://sariahawangsenik.blogspot.com

Langit mendung dan cuaca nyaman sekali.
Alhamdulillah. Permulaan pagi yang sangat mendamaikan. Walau ada hati yang sedang bergolak hebat, namun kehidupan ini perlu diteruskan. Kerana percaya dan juga yakin sedang dari kita ada bahagian memasing.

Kalau hari ini kita sakitkan hati orang lain, tidak mustahil, Allah akan rancangkan perkara yang sama dalam kehidupan kita kelak.

Percayalah setiap apa yang dirancangkan dan terjadi dalam kehidupan kita itu ada sebabnya yang tersendiri. Dalam rakusnya kita mengejar segala impian, adakalanya kita terlepas pandang akan sesuatu.

Rencana Allah itu adalah yang lebih terbaik. Kadang kita tidak suka, tapi itulah yang terbaik. Allah menguji setiap masa dan saat.

Jadi semuanya terpulang kepada diri kita. Pilih yang terbaik bukan saja untuk diri sendiri malah juga untuk semua insan yang kita sayangi.

Bulan Februari datang lagi membawa seribu sinar kebahagiaan yang tersendiri. Hidup bukan sahaja untuk menerima akan sebuah kebahagiaan, tapi bertanggungjawab juga untuk membahagiakan kehidupan yang lain.

Jangan pernah cepat berputus asa. Kelak kebahagiaan itu tetap ada kini dan juga selamanya.
Insha Allah.

Sekian Terima Kasih
Sariah Awang Senik

CAKAP BAGAIKAN SATU DOA

Teks : Sariah Awang Senik Sumber : Tiada http://sariahawangsenik.blogspot.com Amboi!! Gelap betul hujan kat luar tu. Rasa-rasanya macam...